1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Dari ‘boarding pass’ ke balai polis: Kisah gelap sindiket ‘travel scam’

Baru-baru ini, media melaporkan dua pasangan kekasih ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kerana disyaki menjadi ‘keldai dadah’. Mereka ditahan selepas imbasan semula bagasi salah satu pasangan yang tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Menurut laporan Harian Metro, berdasarkan siasatan awal, semua suspek mengaku menerima tawaran kerja menerusi aplikasi TikTok yang menawarkan upah lumayan antara RM8,000 hingga RM11,000 bagi membawa barangan.

Hasil semakan turut mendapati kesemua suspek baru pertama kali membuat pasport dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Hasrat kedua-dua pasangan ini untuk melancong ke Manchester, London akhirnya terkubur.

Ini keldai dadah ini sudah banyak kali berlaku. Dengar macam pelik, kan? Tapi inilah realiti yang berlaku sekarang. Modus operandi mereka pun makin canggih. Semuanya bermula dengan tawaran manis, kerja mudah dan janji nak bawa bekerja sambil melancong.

Kedengaran menarik tapi malangnya ramai tak sedar itu sebenarnya perangkap yang boleh musnahkan masa hadapan.

Terpengaruh dengan gaya hidup

Ramai mangsa mengaku mereka direkrut melalui media sosial. Sindiket akan guna akaun yang nampak profesional, siap tunjuk gaya hidup mewah, trip ke luar negara dan kerja yang kononnya ‘simple je’. Dijanjikan upah yang lumayan hanya untuk bawa barang ke satu destinasi tapi bila sampai airport, lain pula ceritanya.

Inilah bahaya travel scam zaman sekarang. Sindiket tahu orang kita mudah percaya bila nampak peluang yang senang dan duit cepat.

Mereka pun tahu ramai orang muda suka travel, suka content lifestyle, suka kerja fleksibel. Jadi mereka gabungkan semua tu jadi umpan. Bila mangsa dah terperangkap, semuanya sudah terlambat. Sebab bila dadah ada dalam bagasi kita, ‘saya tak tahu’ bukan alasan yang mampu melepaskan diri.

Apa pengajaran besar dari semua ni?

Pertama, jangan mudah percaya tawaran kerja online yang nampak terlalu perfect. Kalau ada job yang janji travel free, dapat duit banyak, kerja pula ‘simple je’— itu red flag besar.

Kedua, jangan sesekali bawa, pegang atau simpan barang orang lain sepanjang travel. Tak kira lah kawan baru kenal atau stranger yang minta tolong sekejap, semuanya bahaya.

Ketiga, sentiasa buat semakan. Kalau ada syarikat tawarkan job travel, check website sebenar, tanya rakan-rakan, google testimoni. Jangan malas buat research. Lebih baik paranoid daripada jadi headline berita.

Akhir sekali, jadilah traveler yang bijak. Dunia travel sekarang bukan macam dulu. Ada banyak peluang menarik tapi pada masa yang sama ada banyak juga perangkap. Kalau rasa ragu-ragu, tolak sahaja pelawaan. Ingat, sekali tersilap, hidup boleh hancur dalam sekelip mata.

Semoga kisah dan trend ini jadi peringatan buat semua. Travel dengan seronok tak salah tapi travel dengan bijak itu wajib. Stay safe and jangan sesekali biarkan “trip percuma” jadi perangkap yang membawa padah.

 

Solehah Traveltriptraveltravel scamscammerkeldai dadahLTAPP

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Ribuan penerbangan Eropah bakal dibatalkan Mei ini

Berita RTM baru-baru ini melaporkan, industri pelancongan dunia dikejutkan dengan amaran keras daripada Persatuan ...

Rakyat Malaysia serbu Jepun: 3.6 juta pelancong pada Mac 2026

Pernahkah anda terfikir mengapa media sosial kita kini dipenuhi dengan gambar-gambar berlatarbelakangkan Gunung Fuji atau ...

Penerbangan terus Bangkok-KL dengan Nok Air

Dunia pelancongan serantau kembali rancak dengan khabar gembira yang pastinya dinantikan oleh rakyat Malaysia yang kaki ...

Daftar e-Konsular: Langkah wajib sebelum travel ke luar negara

Bayangkan situasi ini: Anda sedang seronok menikmati keindahan pemandangan di negara orang, tiba-tiba beg diragut atau ...

Pengalaman ngeri sangkut di imigresen Korea

Setiap kali ke luar negara, adakah anda akan memeriksa passport setiap kali keluar dan masuk negara tersebut? Benda ...

Apa yang best di Surabaya-Bromo?

Jam menunjukkan jam 2 pagi. Suhu di luar mencecah 8°C, cukup dingin untuk membuatkan badan terasa menggigil. Namun, dalam ...