1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Mengenai Kami

Solehah Travel Sdn Bhd

‘Rakan Pengembaraan Anda’

Di sebalik nama Solehah Travel, tersimpan sebuah kisah inspirasi. Diasaskan oleh seorang suami atas rasa cinta dan penghargaan terhadap isterinya, Solehah, syarikat ini lahir dari impian untuk membawa lebih ramai rakyat Malaysia melihat dunia.

Sejak 2017, kami telah mendengar suara anda. Kami faham bahawa percutian impian tidak semestinya perlu mahal. Melalui kaji selidik yang mendalam, kami membuktikan bahawa kualiti dan bajet mampu milik boleh berjalan seiring.

Fokus utama kami adalah menyediakan pakej yang fleksibel mengikut citarasa dan bajet anda. Malah matlamat kami jelas, bagi memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang meneroka destinasi idaman dengan sokongan penuh daripada rakan yang boleh dipercayai.

Kami komited untuk terus berinovasi dalam memberikan perkhidmatan pelancongan terbaik yang inklusif dan mampu milik. Dengan sokongan padu daripada anda, Solehah Travel optimis untuk menerajui transformasi industri pelancongan negara.

Ayuh, jadikan setiap kembara anda satu kenangan indah yang abadi. Sokongan anda adalah nadi kekuatan kami untuk terus terbang tinggi dan membuktikan bahawa dunia ini milik semua untuk diterokai. Sertai keluarga besar Solehah Travel hari ini kerana kami bukan sekadar agensi. Kami adalah Rakan Pengembaraan Anda.

AGENSI PELANCONGAN BERLESEN

Berdaftar Dengan Kementerian Pelancongan Malaysia & BUMITRA Malaysia

KPK/LN 9868

Agensi Pelancongan & Pengembaraan yang diluluskan dalam menyediakan khidmat inbound / outbound

BM 910

Ahli Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA)

1313873-W

Entiti perniagaan yang sah & ditubuhkan sebagai sebuah syarikat Sdn. Bhd. pada 11hb Februari 2019

SEJAK 2017

Diyakini & dipercayai sejak 2017 dalam menguruskan pakej percutian para pelanggan dalam & luar negara

Pakej Percutian
Dalam Negara

Pakej Percutian
Luar Negara