1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Copyright © 2017 - 2026
Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).
All Rights Reserved.
No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.
Kerjaya anda bermula dari Solehah Travel
Solehah Travel mengalu-alukan individu muda, berbakat dan bersemangat tinggi untuk menyertai pasukan kami. Kami percaya bahawa tenaga muda yang kreatif dan inovatif adalah kunci dalam membangunkan industri pelancongan yang semakin pesat di Malaysia.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2017, Solehah Travel telah berkembang sebagai syarikat pelancongan yang menawarkan pakej mampu milik di dalam dan luar negara. Selaras dengan slogan kami, “Rakan Pengembaraan Anda”, kami sentiasa mencari bakat baharu untuk bersama-sama membina masa depan syarikat yang lebih cemerlang, sambil memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan kami.
Kami sediakan peluang pembelajaran, latihan dan tugasan pelbagai untuk mengasah bakat anda. Mulakan kerjaya dengan asas kukuh dan berkembang bersama kejayaan syarikat.
Setiap usaha dihargai dengan ganjaran setimpal. Lebih komited dan rajin anda bekerja, lebih banyak hasil dan peluang yang boleh anda nikmati di sini.
Kami amalkan cara kerja yang teratur, fokus dan pantas. Anda akan belajar menyelesaikan cabaran dengan cekap sambil menyesuaikan diri dengan perubahan industri pelancongan.
Bekerja bersama kami penuh dengan semangat, keceriaan dan sokongan. Selain bekerja, anda juga membina persahabatan dan menikmati pengalaman kerja yang positif setiap hari.
Kami percaya pada kejujuran dan kerjasama, bukan permainan dalaman. Semua diberi peluang sama untuk menyerlah dan berjaya dalam suasana kerja yang harmoni.
Kami terdiri daripada tenaga muda yang kreatif, bertenaga dan berfikiran segar. Idea-idea baharu sentiasa dialu-alukan untuk membawa syarikat ke tahap lebih tinggi.
Solehah Travel adalah agensi berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia & BUMITRA. Anda bekerja dalam organisasi sah, profesional dan dipercayai.
Setiap hari adalah peluang untuk belajar perkara baharu. Anda akan didedahkan dengan pengalaman industri sebenar yang memberi nilai tambah kepada masa depan kerjaya.
Anda tidak keseorangan. Pasukan kami akan membimbing serta memberi tunjuk ajar supaya anda lebih yakin, bersedia dan mampu berdikari dalam dunia kerjaya.
Mari bina kerjaya impian anda bersama kami dalam dunia pelancongan yang penuh peluang dan pengalaman baru.
Klik di bawah untuk lihat Senarai Jawatan Kosong yang sedang dibuka!
Menawarkan pelbagai pakej percutian Muslim dalam dan luar negara dengan harga yang mampu milik dan boleh diubah mengikut citarasa dan bajet pelanggan “Rakan Pengembaraan Anda”








1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Isnin - Jumaat : 9.00 am - 5.00 pm
Sabtu/Ahad & Cuti Am : Tutup
The information contained on this website is for general information purposes only. The information is provided by solehahtravel.com and we endeavor to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools, or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Copyright © 2017 - 2026 Solehah Travel Sdn Bhd (1313873-W). All Rights Reserved.
No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.