1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Pakej Labuan Bajo, Indonesia

Pulau Padar · Pulau Komodo · Pink Beach · Taka Makassar

Pilih pakej anda:

Pengenalan Labuan Bajo

Labuan Bajo ialah pekan pelabuhan di hujung barat Pulau Flores, Indonesia, dan pintu masuk ke Taman Nasional Komodo, Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dari Malaysia, penerbangan biasanya transit di Bali atau Jakarta sebelum tiba di Lapangan Terbang Komodo (LBJ).

Pakej darat kami menggabungkan lawatan sekitar pekan, seperti Puncak Waringin dan Gua Batu Cermin, dengan pelayaran bermalam di atas kapal Phinisi ke Pulau Kelor, Pulau Kalong, Bukit Padar, Pink Beach, Pulau Komodo, Manta Point dan Taka Makassar. Pakej bulan madu pula membawa anda ke air terjun, sawah Lingko dan Gua Rangko di Flores, lengkap dengan spa dan makan malam romantik di tepi pantai.

Highlight Labuan Bajo

  • Pulau Komodo
  • Pulau Padar
  • Hotel 4 bintang
  • 2 malam Phinisi Cruise

Jadual perjalanan Labuan Bajo 5H4M

Hari 1 · Ketibaan – Lawatan sekitar Labuan Bajo

  • Tiba di Lapangan Terbang Komodo dan disambut wakil/pemandu tempatan
  • Lawatan ke Puncak Waringin, Bukit Cinta & Sylvia Hill, Gua Batu Cermin dan Exotic Komodo
  • Makan malam di Restoran Maecenggo
  • Daftar masuk hotel dan berehat

Bermalam di Hotel 4 bintang di Labuan Bajo

Hari 2 · Pelayaran Phinisi – Pulau Kelor, Manjarite & Pulau Kalong

  • Sarapan di hotel
  • Bertolak ke Pelabuhan Labuan Bajo dan menaiki Superior Phinisi Boat
  • Pelayaran ke Pulau Kelor
  • Snorkeling di Pulau Manjarite
  • Menikmati matahari terbenam di Pulau Kalong
  • Makan tengah hari dan makan malam di kapal
  • Aktiviti santai seperti karaoke atau memancing

Bermalam di Kapal Superior Phinisi (kabin persendirian)

Hari 3 · Pulau Padar – Pink Beach – Pulau Komodo – Manta Point – Taka Makassar

  • Aktiviti awal pagi untuk menikmati matahari terbit
  • Pendakian di Pulau Padar
  • Lawatan ke Pink Beach / Long Island dan snorkeling
  • Lawatan berpandu bersama renjer rasmi di Pulau Komodo
  • Snorkeling di Manta Point
  • Lawatan ke Taka Makassar
  • Semua hidangan disediakan di kapal

Bermalam di Kapal Superior Phinisi (kabin persendirian)

Hari 4 · Pulau Sebayur – Kembali ke Labuan Bajo

  • Sarapan di kapal
  • Pelayaran ke Pulau Sebayur dan aktiviti snorkeling
  • Makan tengah hari di kapal
  • Kembali ke Pelabuhan Labuan Bajo
  • Pengangkutan ke hotel dan daftar masuk
  • Pada 7.30 malam bertolak untuk makan malam di Kampung Ujung
  • Kembali ke hotel

Bermalam di Hotel 4 bintang di Labuan Bajo

Hari 5 · Labuan Bajo – Kuala Lumpur

  • Sarapan di hotel
  • Masa bebas untuk berehat dan mengemas barang
  • Daftar keluar mengikut waktu ditetapkan
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Komodo untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan AirAsia

Soalan lazim Labuan Bajo

Berapa harga pakej Labuan Bajo?

Pakej darat Labuan Bajo 4H3M bermula RM2,649 seorang dan 5H4M bermula RM2,799 seorang (2 hingga 9 orang). Trip group 5H4M termasuk penerbangan AirAsia bermula RM3,999 seorang (RM4,299 untuk tarikh cuti sekolah 1–5 Jun 2027), deposit RM1,300 seorang. Pakej bulan madu 5H4M bermula RM5,839 untuk satu pasangan, bergantung pada hotel pilihan.

Bagaimana nak ke Labuan Bajo dari Malaysia?

Tiada penerbangan terus. Kebanyakan penerbangan transit di Bali (Denpasar) atau Jakarta sebelum tiba di Lapangan Terbang Komodo (LBJ). Zon waktu Labuan Bajo (WITA, GMT+8) sama dengan Malaysia.

Adakah tiket flight termasuk?

Bergantung pada pakej. Trip group 5H4M (Komodo, Padar & Phinisi Cruise) termasuk tiket penerbangan AirAsia pergi balik. Pakej darat persendirian 4H3M, 5H4M dan bulan madu tidak termasuk penerbangan, jadi tiket ditempah berasingan; pemindahan lapangan terbang di Labuan Bajo sudah termasuk, dan kami boleh bantu carikan tiket.

Bagaimana tidur di atas kapal Phinisi?

Pakej 4H3M dan 5H4M termasuk 2 malam di kapal Phinisi Superior dengan kabin persendirian. Semua hidangan sepanjang pelayaran disediakan di atas kapal.

Adakah yuran Taman Nasional Komodo termasuk?

Ya. Tiket masuk Pulau Komodo dan Pulau Padar serta renjer rasmi sudah termasuk dalam semua pakej.

Apa keistimewaan pakej honeymoon Labuan Bajo?

Trip persendirian untuk berdua, sesi spa dan aromaterapi, makan malam romantik di tepi pantai serta pilihan 6 hotel di Labuan Bajo.

Destinasi lain di Indonesia

Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel