1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Pakej Kashmir, India

Srinagar · Sonamarg · Pahalgam · Gulmarg · Dal Lake

Pilih pakej anda:

Pengenalan Pakej Kashmir

Kashmir, digelar "Syurga Dunia", terkenal dengan gunung bersalji Himalaya, lembah hijau dan tasik yang tenang. Bermula di Srinagar dengan shikara di Dal Lake dan bermalam di houseboat, perjalanan membawa anda ke Sonamarg, Pahalgam (Baisaran "Mini Switzerland" & Betaab Valley) dan Gulmarg dengan cable car serta aktiviti salji. Maklumat rasmi destinasi boleh disemak di portal Jammu & Kashmir Tourism.

Pilih pakej mengikut citarasa: Kashmir 7H5M yang klasik, Kashmir + Agra 8H6M yang menambah Taj Mahal dan New Delhi, atau Bulan Madu Kashmir 6H5M (ground, harga sepasang) dengan dekorasi bilik romantik dan candlelight dinner. Pakej group termasuk penerbangan Air India, eVisa dan tour leader dari Malaysia.

Highlight Pakej Kashmir

  • Bermalam di houseboat Dal Lake
  • Shikara ride & floating market
  • Gulmarg Cable Car (Phase 1)
  • Salji di Sonamarg
  • Pahalgam, Pampore & Apple Valley

Jadual perjalanan Kashmir 7H5M

Hari 1 · Kuala Lumpur – Delhi – Srinagar

  • Berkumpul di KLIA1 3 jam sebelum berlepas
  • Penerbangan ±5 jam 30 minit ke Delhi
  • Transfer ke terminal domestik, penerbangan ke Srinagar
  • Daftar masuk hotel & rehat

Bermalam di Hotel 3* di Srinagar (atau setaraf)

Hari 2 · Srinagar – Sonamarg

  • Sarapan di hotel
  • Perjalanan ke Sonamarg menyusuri sungai & gunung
  • Photo stop di Viyal Point
  • Shopping cenderamata di Super Mario
  • Daftar masuk hotel
  • Aktiviti bebas / main salji

Bermalam di Hotel di Sonamarg (atau setaraf)

Hari 3 · Sonamarg – Srinagar

  • Sarapan & aktiviti salji di Sonamarg
  • Kembali ke Srinagar
  • Tulip Garden
  • Badamwari
  • Kedai kulit (tempah jaket custom)
  • Daftar masuk hotel & makan malam
  • Lal Chowk (aktiviti bebas)

Bermalam di Hotel 3* di Srinagar (atau setaraf)

Hari 4 · Srinagar – Pahalgam – Srinagar

  • Perjalanan ke Pahalgam (±3 jam)
  • Pampore (ladang saffron)
  • Apple Valley
  • Berkuda ke Baisaran (pilihan) / shopping di pekan Pahalgam
  • Kembali ke Srinagar

Bermalam di Hotel 3* di Srinagar (atau setaraf)

Hari 5 · Srinagar – Gulmarg – Houseboat

  • Daftar keluar & perjalanan ke Gulmarg (±2 jam)
  • Gulmarg Cable Car Phase 1
  • Aktiviti salji (pilihan, bayar sendiri)
  • Makan tengah hari
  • Kembali ke Srinagar
  • Daftar masuk houseboat di Dal Lake

Bermalam di Houseboat 4* di Dal Lake

Hari 6 · Srinagar – Delhi – Kuala Lumpur

  • Shikara ride keliling Dal Lake (±1 jam 30 minit)
  • Floating market
  • Makan tengah hari
  • Penerbangan ke Delhi
  • Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

Hari 7 · Tiba di Kuala Lumpur

  • Dijangka tiba di KLIA sekitar 7 pagi

Soalan lazim Pakej Kashmir

Berapa harga pakej Kashmir?

Kashmir 7H5M bermula RM3,997 seorang dan Kashmir + Agra 8H6M bermula RM4,397 seorang, termasuk penerbangan Air India dan eVisa. Bulan Madu Kashmir 6H5M bermula RM4,599 sepasang (ground, tanpa tiket penerbangan).

Bila tarikh trip seterusnya?

Tarikh untuk pakej Kashmir + Agra diselaraskan terus dari sistem tempahan kami. Untuk pakej lain, hubungi kami di WhatsApp untuk tarikh terkini.

Apa beza ketiga-tiga pakej?

Kashmir 7H5M fokus pada Srinagar, Sonamarg, Pahalgam dan Gulmarg. Kashmir + Agra 8H6M menambah Taj Mahal dan New Delhi. Bulan Madu 6H5M ialah pakej ground untuk pasangan dengan dekorasi bilik romantik dan candlelight dinner.

Adakah visa India termasuk?

Ya, eVisa India termasuk dalam semua pakej Kashmir.

Ada aktiviti tambahan berbayar?

Ya, aktiviti pilihan seperti menunggang kuda ke Baisaran, ATV, sledge, snow motorbike dan ski dibayar sendiri di sana (sekitar INR 600–2,000).

Destinasi lain di India

Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel