Pakej Sabah, Malaysia
Pilih pakej anda:
Pengenalan Sabah
Sabah di utara pulau Borneo ialah "Negeri di Bawah Bayu" yang terkenal dengan Gunung Kinabalu, tanah tinggi Kundasang yang sejuk, ladang Desa Dairy Farm ala Eropah, serta pulau-pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Penerbangan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 2 jam 45 minit.
Pakej berkumpulan kami menggabungkan tanah tinggi dan pantai: lawatan ke Kinabalu Park, Masjid Kundasang, Tagal Marakau, Pulau Manukan dan sunset di Tanjung Aru, dengan pilihan 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam. Tersedia juga pakej bulan madu dengan candle light dinner dan dekorasi bilik khas.
Highlight Sabah
- Desa Dairy Farm
- Kinabalu Park
- Masjid Kundasang
- Tanjung Aru
- Pulau Manukan (pilihan)
Jadual perjalanan KK Kundasang 3H2M
Hari 1 · KL – Kota Kinabalu – Kundasang
- Dijemput di Lapangan Terbang Kota Kinabalu
- City tour Kota Kinabalu
- Rumah Terbalik
- Jambatan Tamparuli
- Pekan Nabalu
- Pekan Kundasang
- Daftar masuk hotel
- Makan malam
- Aktiviti bebas
Bermalam di Cottage Hotel Kundasang (atau setaraf)
Hari 2 · Kundasang – Ranau – Kota Kinabalu
- Sarapan dan daftar keluar
- Desa Dairy Farm
- Tagal Marakau (fish spa)
- Masjid Kundasang
- Kinabalu Park
- Bergerak ke Kota Kinabalu
- Sunset Tanjung Aru
- Daftar masuk hotel
Bermalam di Howard Johnson by Wyndham KK (atau setaraf)
Hari 3 · Kota Kinabalu – Kuala Lumpur
- Sarapan dan daftar keluar
- Island hopping Pulau Manukan (pilihan)
- Jamilah Jewellery
- Pasar Filipina
- KK Chocolate Factory
- Dihantar ke lapangan terbang
- Pulang ke Kuala Lumpur
Soalan lazim Sabah
Berapa harga pakej Sabah?
Pakej berkumpulan Sabah 3H2M bermula RM1,249 seorang dan pakej 4H3M bermula RM1,399 seorang, termasuk tiket penerbangan, hotel, sarapan dan pemandu. Pakej bulan madu Ground bermula RM2,799 (tanpa tiket flight). Harga akhir bergantung pada tarikh trip.
Bila tarikh trip 4H3M seterusnya?
Tarikh trip berkumpulan 4H3M diselaraskan terus dari sistem tempahan kami dan dipaparkan pada tab 4H3M. Untuk pakej 3H2M dan bulan madu, hubungi kami di WhatsApp untuk tarikh terkini.
Adakah tiket flight termasuk?
Pakej berkumpulan 3H2M (AirAsia) dan 4H3M (Malaysia Airlines) termasuk tiket penerbangan pergi balik. Pakej bulan madu adalah Ground, iaitu tanpa tiket penerbangan.
Apa beza pakej 3H2M dan 4H3M?
Pakej 3H2M lebih padat dengan 2 malam penginapan dan island hopping sebagai pilihan. Pakej 4H3M menaiki Malaysia Airlines dengan bagasi 20kg, 3 malam penginapan, serta island hopping dan snorkeling Pulau Manukan yang sudah termasuk.
Berapa lama penerbangan ke Sabah?
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira 2 jam 45 minit. Tiada perbezaan waktu antara Sabah dan Semenanjung Malaysia.
Apa yang tidak termasuk dalam pakej?
Bagasi tambahan (3H2M), makan tengah hari dan makan malam, tiket lawatan berbayar, insurans perjalanan dan perbelanjaan peribadi. Pakej bulan madu tidak termasuk tiket penerbangan dan bagasi.
Destinasi lain di Malaysia
Teruskan pengembaraan anda bersama Solehah Travel







