1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Flight Delay Apa Nak Buat? Kenali Hak Penumpang (MACPC)

Kebelakangan ni banyak sangat isu flight delayed, suspended atau pun dibatalkan. Bagi kaki travel, situasi ini bukan sekadar menguji kesabaran tetapi boleh merosakkan keseluruhan momentum percutian. Ramai antara kita yang akan mula panik, marah-marah di kaunter atau sekadar duduk termenung meratapi nasib. Tetapi sebagai smart traveler, drama air mata ini sebenarnya boleh dielakkan jika kita tahu hak kita.

Ramai yang terlepas pandang bahawa di Malaysia, kita dilindungi oleh Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC). Di bawah undang-undang ini, syarikat penerbangan tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.

Apabila kelewatan mencecah 5 jam ke atas, kita sebenarnya diberi pilihan sama ada mahu diatur semula perjalanan dengan bantuan kebajikan (seperti makanan atau hotel jika terkandas bermalam) atau memilih untuk mendapatkan bayaran balik.

Bagi masalah bagasi yang lewat, rosak atau pun hilang, laporkan terus kepada syarikat penerbangan di lapangan terbang dengan mengisi Laporan Ketidakaturan Harta (PIR). Pastikan anda tidak keluar dahulu dari bahagian tuntutan bagasi. Sebaiknya ambil gambar beg sebelum pelepasan sebagai bukti.

Cara Mengemukakan Aduan

  1. Syarikat Penerbangan/Pengendali Lapangan Terbang: Hubungi dan cuba dapatkan penyelesaian secara terus dengan mereka terlebih dahulu. Syarikat penerbangan/lapangan terbang dijangka menyelesaikan aduan dalam tempoh 30 hari.

  2. Aduan Rasmi: Jika aduan anda masih gagal diselesaikan oleh pihak syarikat penerbangan, kemukakan aduan rasmi anda kepada CAAM melalui platform FlySmart di pautan www.flysmart.my.

Persediaan Sebelum & Semasa di Lapangan Terbang

  • Semak Status Berkala: Sentiasa semak status penerbangan anda secara berkala sepanjang musim cuti persekolahan ini kerana situasi global boleh menjejaskan jadual penerbangan. Untuk penerbangan Air Asia, anda boleh semak status terkini di laman web mereka.

  • Datang Awal: Tiba di lapangan terbang 4 jam lebih awal bagi menghadapi kemungkinan kesesakan atau pelarasan operasi.

  • Kemas Kini Maklumat: Pastikan maklumat perhubungan (nombor telefon/e-mel) yang diberikan semasa tempahan adalah yang terkini.

  • Simpan Dokumen: Simpan semua dokumen perjalanan dan bukti tempahan sebagai rujukan sekiranya berlaku sebarang isu.

Cabaran dalam dunia traveling itu pasti ada, terutamanya dalam fasa genting industri penerbangan global sekarang. Kesesakan dan perubahan jadual mengejut boleh berlaku bila-bila masa. Kuncinya adalah persediaan, ketenangan dan ilmu di dada. Jangan biarkan hak anda dinafikan begitu sahaja.

beg rosakCAAMcuti sekolahflight cancelFlight DelayHak PenumpangKod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC)MACPC

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Selatan Thailand sekali lagi dilanda cuaca ekstrem apabila hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu mencetuskan …

Pelabuhan Sanglang Perlis: Alternatif Baharu Ke Langkawi

Bagi penduduk di kawasan utara tanah air dan para pelancong yang sering berkunjung ke Pulau Langkawi, berita pembangunan …

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …