1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Apa yang best di Surabaya-Bromo?

Jam menunjukkan jam 2 pagi. Suhu di luar mencecah 8°C, cukup dingin untuk membuatkan badan terasa menggigil. Namun, dalam kedinginan itu, kelihatan deretan lampu Jeep 4WD membelah kegelapan Lautan Pasir, mendaki perlahan-lahan menuju ke Puncak Penanjakan.

Apabila cahaya matahari mula menjengah dari ufuk timur, segalanya berubah. Langit yang tadi gelap pekat bertukar menjadi warna jingga keemasan. Di depan mata, Gunung Bromo, Gunung Batok dan Gunung Semeru berdiri megah di sebalik hamparan lautan awan yang memutih.

Inilah ‘candu’ yang membuatkan ramai pelancong kembali lagi dan lagi.

“Eh, boleh ke bawa mak ayah & anak kecil?”

Ini soalan yang selalu singgah di inbox kami. Jawapannya, BOLEH, asalkan tahu caranya. Ramai yang fikir Bromo ini hanya untuk orang muda yang kuat mendaki tapi sebenarnya ia sangat mesra keluarga.

  • Logistik yang memudahkan: Anda tak perlu mendaki berjam-jam. Jeep akan hantar anda sampai ke kawasan view point.
  • Wira berkaki empat: Untuk anak kecil atau warga emas yang ingin ke kawah Bromo tapi risaukan stamina, ada ratusan kuda yang sedia membantu. Anak-anak pasti teruja dapat merasa pengalaman naik kuda merentas padang pasir macam dalam filem! Harga pun murah je. Lebih kurang RM30-RM50 sahaja.
  • Taman Safari Prigen: Sebelum sampai ke Bromo, singgah dulu di Taman Safari Indonesia II. Bayangkan wajah teruja anak-anak dapat tengok zirafah dan harimau depan mata dari dalam kereta. Ini adalah ‘syurga’ buat si kecil sebelum kita layan alam semulajadi di gunung. Ia juga sekaligus menjadi bahan pembelajaran anak-anak untuk mengenali haiwan dengan lebih dekat.

Tips sebelum jejak kaki ke Bromo:

  • Waktu terbaik: Musim panas (April – Oktober) adalah waktu terbaik untuk lawatan bagi mengelakkan kabus tebal.
  • Pakaian: Suhu awal pagi boleh mencecah paras beku, jadi pastikan anda memakai jaket tebal, topi dan sarung tangan.
  • Mendaki: Bagi anda yang sudah biasa hiking maka mendaki beribu tangga untuk melihat kawah gunung berapi bukan satu masalah. Namun, bagi anda yang ada masalah kesihatan, dilarang untuk mencuba mendaki kerana ditakuti akan mendatangkan kemudaratan.
  • Bukit Teletubbies: Bukit-bukit kecil yang bergulung ini nampak lembut dan menenangkan. Sesuai untuk bergambar atau sekadar duduk menikmati pemandangan.

3 sebab kenapa anda perlu repeat Surabaya:

  1. Syurga makanan: Dari kepekatan kuah Rawon Setan hingga ke kerangupan Bebek Sinjay, selera anda sangat terjaga di sini.
  2. Shopping tanpa henti: Surabaya adalah bandar kedua terbesar di Indonesia. Boleh singgah ke Pakuwon Mall, Tunjungan Plaza, Grand City Mall, Ciputra World Surabaya atau pun pasar tradisional, Pasar Atom.
  3. Pelbagai vibe: Hari ini anda di puncak gunung yang sejuk, esoknya anda mungkin sedang bersantai di taman safari dan lusa sedang memborong kain sulam di bandar.

Kesimpulan:

Kalau anda belum pernah sampai, letakkan Surabaya-Bromo dalam bucket list tahun ini. Kalau sudah pernah sampai, percayalah…rindu itu pasti akan datang semula. Nak lagi mudah? Tempah dengan Solehah Travel. Anda tinggal bawa diri je.

bromoCiputra World SurabayaGrand City MallGunung BatokGunung BromoGunung SemeruPakuwon MallPasar AtomPuncak PenanjakansurabayaTunjungan Plaza

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

5 Destinasi Sejuk Paling Popular di Asia

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, melupakan sejenak cuaca panas dan melepaskan lelah di tempat dingin atau bersalji sentiasa ...

Syarat Masuk Thailand 2026: Jangan Sampai Kena Denda!

Merancang percutian ke luar negara memerlukan lebih daripada sekadar menempah tiket penerbangan dan penginapan. Memahami ...

5 Tempat Penginapan Best di Alahan Panjang (2026)

Alahan Panjang, Sumatera Barat tengah terkenal sekarang ini di dunia sosial media. Antara sebab utama, tiket penerbangan ke ...

FLYsiswa 2026: Syarat Kelayakan & Cara Untuk Tebus

Pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan inisiatif FLYsiswa bagi tahun 2026 telah mencetuskan 'gelombang' kegembiraan di ...

5 Tips Penting Elak Kena Scam Bila Travel ke Istanbul

Bagi peminat travel, destinasi mana yang sering bermain di fikiran apabila bajet menjadi kekangan tetapi impian mahu ke ...

Ngeri! Penumpang Pesawat Ryanair Hampir Tercampak Keluar

Sebuah penerbangan antarabangsa Eropah yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, Ryanair, ...