1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Status Penerbangan Asia Barat Terjejas: CAAM Nasihat Semak Jadual

Perancangan perjalanan yang lancar bermula dengan maklumat yang tepat dan terkini. Dalam landskap pelancongan antarabangsa yang sentiasa berubah, memahami status laluan, jadual penerbangan serta persediaan rapi adalah langkah terpenting bagi memastikan percutian anda berjalan dengan lancar.

Pergolakan politik di Asia Barat sekarang ni dilhat seperti tiada penghujungnya. Serangan dan letupan di Bahrain baru-baru ini, termasuk sasaran terhadap markas tentera yang berlaku akibat ketegangan serantau menyebabkan beberapa syarikat penerbangan mengambil kata putus untuk mengubah jadual perjalanan mereka demi keselamatan semua pihak.

Melihat pada laporan Astro Awani pada hari ini, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menasihatkan semua penumpang yang dijadualkan terbang ke atau melalui Asia Barat supaya membuat semakan status penerbangan secara terus dengan syarikat penerbangan sebelum menuju ke lapangan terbang.

1. Syarikat Penerbangan Tempatan

  • Malaysia Airlines: Penerbangan Kuala Lumpur–Doha beroperasi harian, namun perkhidmatan lain ke Doha digantung sehingga 24 Oktober 2026. Penerbangan ke Jeddah dan Madinah berjalan seperti biasa.

  • AirAsia X: Pelancaran laluan Kuala Lumpur–Bahrain–London Gatwick (asalnya 27 Ogos) ditangguhkan ke Mac 2027.

  • Batik Air: Belum membuat perubahaan baharu dan menasihatkan penumpang membuat pengesahan status terus dengan pihak mereka.

2. Kemaskini Status Penerbangan Antarabangsa:

Syarikat PenerbanganLaluan TerjejasStatus & Tempoh Penyesuaian
KLM Royal Dutch AirlinesDubai (DXB), Riyadh (RUH), Dammam (DMM)Penggantungan laluan dilanjutkan sehingga 6 September

(elak ruang udara Iran, Iraq & Israel).

Lufthansa GroupAbu Dhabi, Amman, Beirut, Dammam, Riyadh, Erbil, Muscat, TehranPenggantungan rangkaian Timur Tengah dilanjutkan

sehingga 24 Oktober.

Air FranceBeirut, Riyadh, DubaiPenerbangan ke Beirut digantung sehingga pertengahan Ogos;

laluan Teluk dilaraskan berperingkat.

British AirwaysDubai, Tel Aviv, Bahrain, RiyadhOperasi dikurangkan dan beberapa laluan seperti London–Jeddah

dihentikan secara tetap.

Qatar Airways Beirut, Kuwait, BahrainPenggantungan sementara dan penyesuaian taktikal bagi

penerbangan serantau tertentu.

Cathay Pacific / Singapore AirlinesDubai, RiyadhPembatalan dan penggantungan jadual pelan penerbangan

sehingga akhir Oktober.

Apa yang Perlu Dilakukan Sekiranya Penerbangan Anda Terjejas?

1.Semak Status Penerbangan Semasa

Jangan bergantung kepada jadual asal. Semak Travel Alerts di laman web atau aplikasi rasmi syarikat penerbangan secara berkala sebelum bertolak ke lapangan terbang.

2.Gunakan Hak Penukaran Tarikh Pengecualian (Waiver Policy)

Hampir semua syarikat penerbangan yang terjejas (seperti KLM, Air France dan British Airways) menawarkan penukaran tarikh percuma (free rebooking) atau baucar perjalanan bagi tiket yang dikeluarkan sebelum tarikh gangguan.

3.Tuntut Bayaran Balik Penuh (Full Refund)

Sekiranya penerbangan anda dibatalkan secara rasmi oleh syarikat penerbangan dan tiada alternatif yang sesuai, anda berhak menerima pulangan wang penuh.

4.Semak Perlindungan Insurans Perjalanan

Hubungi penyedia insurans perjalanan anda untuk mengesahkan skop perlindungan sekiranya berlaku kelewatan penerbangan atau pembatalan berpunca daripada nasihat keselamatan ruang udara.

Kesimpulan

Memandangkan situasi keselamatan ruang udara yang sentiasa berubah, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berwaspada dengan mempertimbangkan penangguhan perjalanan ke kawasan terjejas. Langkah ini penting bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan serta kesulitan operasi penerbangan. Kekal selamat dan dapatkan maklumat yang sah hanya daripada pihak berkuasa.

air franceAirAsia Xbahrainbatik airBritish AirwaysCAAMCathay PacificKLM Royal Dutch Airlineskonflik asia baratLufthansa Groupmalaysia airlinesPihak Berkuasa Penerbangan Awam MalaysiaQatar AirwaysSingapore AirlinesSolehah Traveltimur tengahTips Travel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Selatan Thailand sekali lagi dilanda cuaca ekstrem apabila hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu mencetuskan …

Pelabuhan Sanglang Perlis: Alternatif Baharu Ke Langkawi

Bagi penduduk di kawasan utara tanah air dan para pelancong yang sering berkunjung ke Pulau Langkawi, berita pembangunan …

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …