Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National Geographic: The Best Places in the World to Travel to in 2027 membuktikan bahawa keunikan pelbagai aspek di negeri ini daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO di Georgetown, pantai berlatarbelakangkan hutan hujan, perkampungan tradisional dan sungai bakau di Seberang Perai sehinggalah kepada hab perindustrian moden. Ini semua mempunyai tarikan tersendiri yang memikat hati pelancong antarabangsa.
Ia juga terus memperkukuhkan imej Pulau Pinang selepas pengiktirafan makanan terbaik pada tahun 2025, sekali gus menjadi pemangkin semangat buat penggiat industri pelancongan tempatan untuk terus memberikan perkhidmatan dan produk pelancongan yang terbaik.

Berdasarkan laporan National Geographic untuk senarai Best Places in the World to Travel to in 2027, beberapa lokasi utama serta kawasan di Pulau Pinang yang diketengahkan dan mendapat pengiktirafan termasuk:
Georgetown (Tapak Warisan Dunia UNESCO): Diketengahkan kerana nilai sejarah dan seni binanya, seperti rumah kedai warisan, Pinang Peranakan Mansion, penempatan atas air (Clan Jetties), seni jalanan di Armenian Street dan Love Lane serta pelbagai sajian makanan jalanan tempatan.
Bukit Bendera (Penang Hill) & The Habitat: Terkenal dengan pemandangan dari ketinggian 2,700 kaki, perkhidmatan tren funikular, laluan kanopi hutan hujan (The Habitat) serta ekosistem hutan hujan tropika.
Kuil Kek Lok Si: Kuil Buddha terbesar di Malaysia yang terletak di Ayer Itam yang menampilkan kolam penyu, seni bina pagoda tujuh tingkat dan patung Dewi Guan Yin.
Seberang Perai: Kawasan daratan negeri yang mengetengahkan perkampungan tradisional, kawasan sungai bakau serta pengalaman ekopelancongan (Penang River Cruise).
Kawasan Pantai & Alam Semula Jadi: Pantai-pantai berlatarbelakangkan hutan hujan tropika di sekitar pulau. Di sini ada Pantai Batu Ferringghi, Pantai Tanjung Bungah, Pantai Monyet dan banyak lagi.
Destinasi lain yang turut disenaraikan untuk tahun 2027 ini termasuk Chengdu, Nigata, Jaipur, Vestland, Normandy, Santander, Puerto Rico, Madison, Malawi dan banyak lagi. Tunngu apa lagi tu? Jom ramai-ramai terjah Pulau Pinang okay! Kita support cuti-cuti Malaysia pula.









Tiada komen lagi.