1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Bulan paling best nak ‘travel’ ke Kashmir

Kashmir, India sering digelar Heaven on Earth dan sejujurnya gelaran itu memang tak overclaim. Setiap musim di Kashmir bagi vibe yang berbeza. Ada masa penuh bunga, ada masa hijau nyaman, ada masa daun luruh romantik dan ada masa putih bersalji macam winter postcard. Kalau nak travel ke Kashmir, penting untuk tahu musim mana paling sesuai ikut aktiviti yang anda nak buat.

 

🌸 Spring (Mac – April)

Spring adalah antara musim paling cantik di Kashmir. Peralihan dari musim salji ke musim bunga memang menakjubkan. Salji mula cair, cuaca sejuk dan bunga-bunga mula mekar di seluruh lembah. Masa ni Kashmir nampak ‘hidup semula’ selepas winter.

Aktiviti menarik semasa musim bunga:

  • Melawat Tulip Garden Srinagar (taman tulip terbesar di Asia)
  • Jalan santai di Nishat Garden & Shalimar Bagh
  • Naik Shikara ride di Dal Lake dengan view bunga dan gunung
  • Kebanyakan tempat memang sesuai untuk ambil gambar aesthetic. Cantik sungguh!

Untuk anda yang tak berapa gemar suasana salji tebal dan suhu sejuk ‘beku’ maka ini adalah musim yang sesuai untuk anda berjalan-jalan dengan suhu yang nyaman.

☀️ Summer (Mei – Ogos)

Summer adalah peak season yang mana Kashmir akan menerima kehadiran pelancong yang sangat tinggi. Cuaca sekitar 15–30°C, sejuk berbanding negara Asia lain. Sangat sesuai untuk yang tak tahan sejuk extreme.

Aktiviti yang menyeronokkan semasa musim panas:

  • Explore Gulmarg, Pahalgam & Sonamarg
  • Boleh jungle trek & nature walk
  • Menunggang kuda dengan view gunung kehijauan
  • Menaiki cable car Gulmarg Gondola. Wajib cuba ya!

Summer sesuai untuk first-timer ke Kashmir sebab jalan raya mostly clear dan semua attraction dibuka untuk pelancong.

 

🍁 Autumn (September – November)

Autumn ni underrated tapi sangat cantik. Daun pokok bertukar warna kuning, oren dan merah. Vibes dia macam di Eropah. Hati tenang bila tengok gambar ketika musim ini. Pelancong tak berapa ramai dan pastinya anda boleh berjalan-jalan dengan lebih selesa.

Aktiviti best masa autumn:

  • Photography & videography landscape
  • Jalan-jalan di kampung tempatan area Pahalgam
  • Beli hasil kraftangan dan shawl Kashmir
  • Shikara ride dengan view daun luruh

Pahalgam sebenarnya kawasan yang berisiko terutama di bahagian tourist attraction yang mana pernah berlaku serangan ke atas pelancong dan menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang awam dibunuh pada 22 April 2025. Jangan pelik bila anda melihat kehadiran askar India di merata tempat.

❄️ Winter (Disember – Februari)

Winter adalah musim salji tebal. Suhu boleh jatuh bawah 0°C terutama di Gulmarg. Sangat sesuai untuk pencinta winter dan snow experience.

Aktiviti best masa winter:

  • Main salji dan buat snowman
  • Ski & snowboarding di Gulmarg
  • Stay di houseboat sambil minum kahwa panas
  • Mengabadikan kenangan di winter wonderland

Cuma musim salji ini, anda perlu kuatkan mental dan fizikal sebab ada kawasan jalan tutup dan cuaca unpredictable. Selain daripada itu, anda berlu bersedia situasi luar jangka iaitu flight delay atau pun dibatalkan kerana cuaca buruk.

 

INFO TAMBAHAN: Jika anda tidak tahu untuk DIY ke Kashmir, jom ikut trip bersama Solehah Travel selama 9 hari 7 malam pada April 2026. Jangan risau, trip kami ada travel guide berlesen warga tempatan (India) dan juga tour leader dari Malaysia. Tempat penginapan pula betul-betul berhadapan gunung yang bersalji. Bila bangun pagi, memang segar mata tengok pemandangan yang cantik.

 

PahalgamShikara ridehouseboatwinter wonderlandKashmirSonamargindiawintersummerspringautumnGulmarg

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Ribuan penerbangan Eropah bakal dibatalkan Mei ini

Berita RTM baru-baru ini melaporkan, industri pelancongan dunia dikejutkan dengan amaran keras daripada Persatuan ...

Rakyat Malaysia serbu Jepun: 3.6 juta pelancong pada Mac 2026

Pernahkah anda terfikir mengapa media sosial kita kini dipenuhi dengan gambar-gambar berlatarbelakangkan Gunung Fuji atau ...

Penerbangan terus Bangkok-KL dengan Nok Air

Dunia pelancongan serantau kembali rancak dengan khabar gembira yang pastinya dinantikan oleh rakyat Malaysia yang kaki ...

Daftar e-Konsular: Langkah wajib sebelum travel ke luar negara

Bayangkan situasi ini: Anda sedang seronok menikmati keindahan pemandangan di negara orang, tiba-tiba beg diragut atau ...

Pengalaman ngeri sangkut di imigresen Korea

Setiap kali ke luar negara, adakah anda akan memeriksa passport setiap kali keluar dan masuk negara tersebut? Benda ...

Apa yang best di Surabaya-Bromo?

Jam menunjukkan jam 2 pagi. Suhu di luar mencecah 8°C, cukup dingin untuk membuatkan badan terasa menggigil. Namun, dalam ...