1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

JOMO vs FOMO, mana satu trend percutian anda?

Dalam dunia travel sekarang, kita selalu dengar dua istilah yang makin popular — JOMO (Joy of Missing Out) dan FOMO (Fear of Missing Out). Kedua-dua ini bukan sekadar trend tapi cara orang merancang percutian ikut gaya hidup, bajet dan tujuan travel masing-masing. Jadi persoalannya, yang mana satu paling sesuai untuk anda?

JOMO travel lebih kepada percutian santai, slow pace dan tak kejar semua tempat popular. Fokus utama adalah pengalaman bukan kuantiti destinasi. Untuk mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil atau warga emas sangat sesuai dengan trend ini.

Contohnya, daripada pergi 6–7 tempat sehari, traveller JOMO lebih suka habiskan masa di satu kawasan sahaja. Lebih minat untuk lepak cafe, explore lorong kecil, sembang dengan warga tempatan dan menikmati suasana sebenar sesuatu destinasi.

Jika anda perasan, pelancong ‘berkulit putoh’ dari Eropah suka berjalan kaki walaupun jarak yang jauh atau kena mendaki bukit untuk pergi ke sesuatu destinasi. Mereka lebih suka menghayati waktu dan ada juga yang suka mengambil gambar sebagai hobi.

Kelebihan JOMO travel:

  • Kurang tekanan dan lebih relaks
  • Lebih sesuai untuk healing, honeymoon & solo travel
  • Badan tak terlalu penat dan trip rasa lebih ‘hidup’
  • Bajet lebih terkawal kerana kurang kos pengangkutan dan tiket
  • Pengalaman lebih bermakna dan menyentuh personal

Kekurangan JOMO travel:

  • Mungkin rasa ‘rugi’ sebab tak sempat pergi banyak tempat
  • Kurang sesuai untuk first timer
  • Tak semua orang boleh enjoy slow travel, especially yang suka aktiviti padat

Apa pula FOMO travel?

FOMO travel pula ialah gaya percutian yang padat dan penuh checklist. Semua tempat viral, ikonik dan ‘wajib pergi’ akan sedaya upaya dimasukkan dalam itinerary. Antara ayat yang sesuai untuk mereka ini ialah “aku dah pernah pergi tempat/negara ni”.

Gaya ini sangat popular untuk first-time travellers, group trip dan mereka yang mempunyai cuti atau masa singkat tapi nak maksimumkan masa.

Golongan ini suka mencuba sesuatu yang baharu. Pantang viral di sosial media, pasti mereka cepat nak merasai benda yang sama. Kadang-kadang tiada keperluan untuk ke destinasi tersebut tetapi kerana ‘rasa ingin tahu’ mereka sanggup redah.

Kelebihan FOMO travel:

  • Rasa puas sebab dah cover banyak tempat
  • Sesuai untuk first trip ke sesuatu negara
  • Banyak content menarik dan puas hati dapat pergi ke lokasi ikonik
  • Setiap hari penuh aktiviti dan pengalaman baharu
  • Berbaloi untuk trip jarak jauh

Kekurangan FOMO travel:

  • Mudah penat dan burnout
  • Jadual ketat boleh buat trip jadi stress
  • Kurang masa untuk enjoy moment
  • Kos boleh jadi lebih tinggi
  • Tak semua tempat viral itu berbaloi untuk dilawati

Percutian bukan tentang siapa pergi paling banyak tempat tapi siapa balik dengan kenangan paling bermakna. Untuk kepuasan sepanjang perjalanan, pastikan anda di kategori yang mana dan susun jadual ikut ‘ketenangan jiwa’.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Inovasi Prayer Space di Okayama, Pemudah Urusan Untuk Solat

Bayangkan anda berada di sebuah pekan kecil di luar bandar Jepun, dikelilingi keindahan seni bina kayu dan ketenangan alam, ...

Pasport Malaysia di Tangga Ke-6 Dunia 2026

Kedudukan Malaysia di persada antarabangsa mencapai satu lagi mercu tanda bersejarah apabila Pasport Malaysia dilaporkan ...

AirAsia Beli 150 Pesawat Airbus A220

Pernah tak anda rasa geram sebab nak ke sesuatu destinasi tapi flight cuma ada dua atau tiga kali seminggu? Atau pun, nak ...

Rupiah Jatuh: Masa Terbaik Ke Indonesia

Susulan laporan kejatuhan nilai mata wang Rupiah Indonesia ke paras terendah berbanding Ringgit Malaysia (RM) minggu ini, ...

Panduan Lengkap Booking Parking KLIA

Musim cuti sekolah dan perayaan sering kali menjadi mimpi ngeri bagi para pengembara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala ...

Malaysia Airlines Kembali Terbang ke Doha Mulai 2 Julai 2026

Malaysia Aviation Group (MAG) secara rasminya telah mengumumkan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan terhad ke ...