1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Destinasi terbaik dunia untuk saksikan Aurora

Aurora ni sebenarnya fenomena cahaya semula jadi yang muncul di langit, biasanya dekat kawasan kutub utara dan selatan. Orang selalu panggil Aurora Borealis (di utara) dan Aurora Australis (di selatan). Cantik sangat, macam lampu ‘menari-nari’ di langit malam.

Fenomena Aurora adalah antara pengalaman sekali seumur hidup yang paling dicari mereka yang suka travel jelajah banyak negara. Negara mana yang anda perlu lawati untuk kenangan manis ini:

  • Tromsø, Norway

Ini antara spot terbaik dunia untuk tengok Aurora Borealis depan mata. Sebab utama? Lokasinya betul-betul di bawah auroral oval, kawasan paling aktif untuk aurora muncul.

Musim paling sesuai biasanya akhir Ogos sampai awal April tapi November hingga Februari memang paling padu sebab masa ni masuk Polar Night yang mana siang sangat pendek, malam panjang. Jadinya peluang nampak aurora tu lagi tinggi.

Kena sabar sikit sebab aurora ni bukan boleh tengok setiap malam. Tapi bila muncul, memang worth it. Cahaya hijau, ungu ‘menari’ di langit. Rasa macam goosebumps.

Tak hairan la Tromsø ni selalu masuk bucket list traveler yang impikan pengalaman aurora sekali seumur hidup.

  • New Zealand

Terbaik untuk pencinta pemandangan alam dan road trip, anda perlu ke negara ini untuk melihat magic, aurora. ini adalah 5 lokasi terbaik di New Zealand untuk melihat Aurora Australis: Stewart Island (Rakiura), Lake Tekapo & Aoraki (Mount Cook), Dunedin (Otago Peninsula), The Catlins, Invercargill & Bluff, Kingstons Beach, Howden, Tinderbox, South Arm dan Blackmans Bay.

Mac hingga September merupakan musim sejuk di New Zealand dan mempunyai malam yang paling panjang. Oleh itu, ini adalah bulan yang tepat untuk anda datang ke sini.

Kebiasaan aurora di sini berwarna merah dan ungu. Memang cantik mata memandang kerana berbeza dari warna hijau yang kebiasaan berlaku.

  • Tasmania, Australia

Ini merupakan lokasi ‘emas’ untuk melihat Aurora Australis kerana kedudukannya yang paling hampir dengan Antartika bagi wilayah Australia. Berbeza dengan New Zealand yang mempunyai banyak pergunungan tinggi, Tasmania menawarkan banyak kawasan pesisir pantai yang rata di sebelah Selatan.

Antara lokasi strategik untuk melihat aurora di sini ialah di Hobart, Bruny Island, Cradle Mountain-Lake St Clair National Park, Cockle Creek dan Mount Wellington. Malam di Tasmania pada bulan Jun hingga Ogos adalah yang paling panjang dan gelap.

Mengikut data dari Space Weather Prediction Center (NOAA), peluang melihat Aurora di Hemisfera Selatan pada tahun 2025 adalah antara yang terbaik dalam tempoh 11 tahun!

  • Finland

Lokasi popular dan ‘klasik’ ini antara hunting place untuk melihat Aurora Borealis. Ia terkenal dengan pengalaman mewah dan santai di dalam Glass Igloo.

Majoriti aktiviti Aurora tertumpu di wilayah Lapland (Utara Finland) iaitu Rovaniemi, Saariselkä & Ivalo, Inari dan Levi.

November – Februari (musim sejuk): Waktu paling gelap (Polar Night). Peluang melihat Aurora sangat tinggi tetapi suhu boleh sampai negatif. Jika anda tak berapa gemar cuaca ekstrem, boleh datang ke sini pada September – Oktober (musim luruh) yang mana langit cerah dan anda boleh melihat Aurora terpantul di atas tasik.

KESIMPULAN:

Jika anda merancang untuk pergi pada pertengahan tahun (Mei – Ogos), tumpukan kepada New Zealand atau Tasmania.

Jika anda merancang untuk pergi pada hujung tahun (Oktober – Disember), tumpukan kepada Norway atau Finland.

Dah boleh rancang perjalanan anda sekarang!

auroraAurora AustralisAurora BorealisaustraliaFinlandnew zealnadnorwaypolar nighttasmania

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Amaran Cuaca Thailand: Elak Melancong Oktober 2026

Para pelancong dan pengembara disarankan untuk tangguh atau memikirkan semula rancangan percutian ke Thailand dalam masa …

Bas EV Hatyai Dijangka Mula Operasi 20 Oktober 2026!

Bagi anda yang kerap merancang percutian singkat atau berminat nak buat solo trip ke Hatyai, Thailand, ada berita baik buat …

RTS Link Johor-Singapura Mula Operasi Februari 2027

Berita baik buat semua rakyat Malaysia! Perkembangan terkini mengenai projek RTS Link (Johor Bahru–Singapura) mengesahkan …

5 Life-Changing Travel Hacks Ramai Tak Tahu

Pernah tak anda rasa macam dah pack barang cukup kemas dan beg berat sampai 20kg! Ada juga yang berulang kali keluar dan …

Tak Semua Aktiviti Ekstrem Dilindungi Takaful

Secara amnya, polisi takaful perjalanan asas hanya merangkumi aktiviti rekreasi biasa atau sukan ringan. Sebarang aktiviti …

Fenomena Embun Beku di Dieng Indonesia

Dataran Tinggi Dieng yang terletak di antara wilayah Banjarnegara dan Wonosobo di Jawa Tengah, Indonesia, merupakan salah …