1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel, Tempat Menarik

Pengalaman berbeza Whoosh & Panoramic Train Indonesia

Sepuluh tahun lepas pernah datang ke Jakarta yang sinonim dengan kesesakan lalu lintas, bunyi hon sepanjang masa dan perjalanan mengambil masa berjam-jam untuk sampai.

Namun, sekarang ini situasi dah berubah. Indonesia makin kehadapan apabila wujudnya pengangkutan awam yang semakin viral sekarang ini iaitu Whoosh Train dan Panoramic Train.

Anda wajib mencuba kedua-dua kereta api ini bagi merasai sendiri pengalaman yang berbeza.

Whoosh Train

Whoosh merupakan kereta api laju pertama di Asia Tenggara, menghubungkan Jakarta dan Bandung dalam masa sekitar 40–45 minit sahaja. Bayangkan, jarak yang biasanya ambil masa 3 hingga 4 jam dengan kereta atau bas, kini boleh sampai dalam masa kurang sejam. Memang game changer.

Dirasmikan pada tahun 2023, kereta api yang berkelajuan mencecah 350km/j ini menyediakan 48 trip ulang-alik untuk sehari.

Interior Whoosh sangat moden, bersih dan selesa. Memiliki lapan gerabak dan mampu memuatkan sehingga 601 penumpang pada satu masa. Anda juga boleh memilih sama ada mahu tempat duduk first class, business class atau pun premium economy class bergantung pada bajet anda.

Terdapat empat stesen henti Whoosh Train iaitu Halim (Jakarta), Karawang, Padalarang dan Tegalluar (Bandung). Harga tiket Jakarta-Bandung bervariasi mulai dari Rp150.000 hingga Rp600.000 mengikut jenis kelas.

Untuk traveler yang tak suka buang masa di jalan, Whoosh memang pilihan paling ideal. Senang kata, naik Whoosh ni rasa macam naik kereta api versi masa depan.

Panoramic Train

Kalau Whoosh fokus pada kelajuan, Panoramic Train pula fokus kepada pemandangan. Ini bukan sekadar naik kereta api tapi satu perjalanan santai dengan view yang cantik sepanjang jalan.

Kereta api ini dilengkapi dengan tingkap kaca besar dari paras pinggang hingga ke siling. Jangan risau tentang panas kena matahari kerana ia dilengkapi dengan sistem penghawa dingin yang sangat selesa manakala terdapat sunroof yang boleh diubah.

Sepanjang perjalanan, penumpang boleh menikmati pemandangan gunung, sawah hijau, sungai dan kampung-kampung Indonesia. Sangat healing dan tenang.

Train ni biasanya digabungkan dengan laluan jarak jauh seperti Jakarta–Bandung (3 jam perjalanan), Bandung–Yogyakarta atau Jogja–Surabaya (ikut jadual tertentu). Jika mahu menaiki kereta api ni dari Jakarta terus ke Jogyakarta, ia mengambil masa 6 jam setengah perjalanan.

Tempat duduk yang luas, terdapat wifi dan plug point, ruang letak bagasi asing dan juga perkhidmatan pramugari dan pramugara menjadikan Panoramic Train antara tarikan utama pelancong.

Terletak di gerabak paling hujung dan terhad kepada 38 penumpang sahaja, anda disarankan untuk booking seawall mungkin.

Whoosh atau Panoramic – Nak pilih yang mana?

Kenapa kena pilih kalau boleh rasa kedua-duanya? Ikut je trip Solehah Travel ke Jakarta-Bandung Combo Train. Pakej laku keras kami ni gabungkan kedua-duanya. Jakarta → Bandung naik Whoosh dan Bandung → Jakarta naik Panoramic Train. Tak perlu pening kepala nak booking. Biar kami yang uruskan semuanya.

BandungJakartaPanoramic TrainIndonesiawhoosh traintrainyogyakartayogjakartakereta api laju Indonesia

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Inovasi Prayer Space di Okayama, Pemudah Urusan Untuk Solat

Bayangkan anda berada di sebuah pekan kecil di luar bandar Jepun, dikelilingi keindahan seni bina kayu dan ketenangan alam, ...

Pasport Malaysia di Tangga Ke-6 Dunia 2026

Kedudukan Malaysia di persada antarabangsa mencapai satu lagi mercu tanda bersejarah apabila Pasport Malaysia dilaporkan ...

AirAsia Beli 150 Pesawat Airbus A220

Pernah tak anda rasa geram sebab nak ke sesuatu destinasi tapi flight cuma ada dua atau tiga kali seminggu? Atau pun, nak ...

Rupiah Jatuh: Masa Terbaik Ke Indonesia

Susulan laporan kejatuhan nilai mata wang Rupiah Indonesia ke paras terendah berbanding Ringgit Malaysia (RM) minggu ini, ...

Panduan Lengkap Booking Parking KLIA

Musim cuti sekolah dan perayaan sering kali menjadi mimpi ngeri bagi para pengembara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala ...

Malaysia Airlines Kembali Terbang ke Doha Mulai 2 Julai 2026

Malaysia Aviation Group (MAG) secara rasminya telah mengumumkan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan terhad ke ...