No. 41, Tingkat 1, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2025

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Kuching bukan biasa-biasa. Ini sebab kenapa ramai yang jatuh cinta.

Bila sebut Kuching, mesti korang terbayang replika kucing yang enam ekor di tengah bandar tu kan? Ada yang kata, kenapa nak melancong ke Kuching? Macam tak ada apa yang menarik pun.

Kalau korang tengah cari tempat yang ada kombinasi nature, culture & food heaven, Kuching memang tak pernah gagal deliver. Makanan orang Sarawak memang chef kiss, sampaikan rasa macam tak cukup lima hari di sana.

Bermain dengan alam

  • Taman Negara Bako – sini lah port nak jumpa monyet proboscis (belalai panjang), biawak besar, hutan bakau dan pantai yang lawa.
  • Hutan Simpan Semenggoh – tempat paling sesuai untuk tengok kehidupan orang utan secara semula jadi. Kalau dapat timing masa feeding, memang rezeki.
  • Gunung Santubong – untuk yang minat hiking, view dia memang padu teruk.

Budaya dan sejarah

  • Sarawak Cultural Village – kira macam living museum, boleh tengok rumah panjang, tarian tradisional & budaya pelbagai etnik.
  • Borneo Cultural Museum – muzium terbaru dan tercantik di Malaysia. Dibuka setiap hari untuk kunjungan orang ramai. Serius lawa dengan reka bentuk moden.
  • The Old Courthouse, Kubu Margherita & Astana Kuching – tinggalan kolonial yang bagi vibe old Kuching charm.
  • Rumah Panjang Annah Rais – kalau nak rasa pengalaman kehidupan kaum Iban dan Bidayuh, kena lah melawat tempat ni. Ia dibuka untuk lawatan umum.

Destinasi ikonik bandar

  • Kuching Waterfront – kalau datang Kuching tapi tak singgah sini memang rugi besar. Jalan santai, naik sampan tambang dan tengok Darul Hana Bridge menyala waktu malam.
  • Jambatan Darul Hana – spot bergambar paling famous.
  • Masjid India Kuching /Tua Pek Kong / Kuil Hong San Si – gabungan budaya yang unik terletak di bandar Kuching.
  • Jalan Padungan (Lorong Kucing Besar) – wajib ambil gambar dengan ikon giant cat statue tanda anda telah hadir ke Kuching!

Membeli-belah dan selera tempatan

  • Pasar Satok, Pasar Serikin & Bazar Sarawak – tempat cari barang yang jarang ada, kraftangan, kain Pua Kumbu dan semestinya ole-ole tempatan.
  • Kubah Ria Food Court – Terletak berhadapan Sungai Sarawak, kalau nak makan local food banyak pilihan di satu tempat. Ada nasi ayam tapak ijo, mee goreng daging dan katanya, mee kolok di sini sedap!
  • Laksa Sarawakcreamy, spicy, penuh udang. Once try, confirm repeat.
  • Kek Lapis Sarawak – ini menu wajib kena rasa sebelum korang balik ke Kuala Lumpur.
kuchingmirisarawakbruneitrip borneoborneodestinasi menarikbest di sarawakSolehah Traveltravelejen solehah travel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Tempat ‘rahsia’ untuk dijelajah bila sampai ke Sabah

Kalau anda rasa kepala makin ‘berat’, badan pula penat, itu tanda anda perlu beristirehat. Dalam Malaysia pun ...

Tangguhkan dahulu perjalanan ke Aceh dan Hat Yai

Setiap kali hujung tahun, ramai yang bersemangat nak berjalan-jalan ke sana ke sini. Maklumlah nak habiskan cuti tahunan ...

Jakarta kini bandar paling padat di dunia mengalahkan Tokyo

Jakarta, kota yang sentiasa sibuk dengan lalu lintas, jalan raya yang penuh dengan kenderaan, manusia bersesak kiri kanan ...

Tips dan panduan buat passport Malaysia kali pertama

Ramai orang ingat proses buat passport ni susah dan kena beratur panjang tapi sebenarnya, kalau kita tahu flow, semuanya ...

Pasar terapung yang terkenal di seluruh dunia

Siapa yang suka tengok drama Melayu zaman dahulu kala, mesti rasa seronok kan tengok suasana membeli-belah di pasar ...

Gabenor Bali arah pembinaan lif kaca Pantai Kelingking dirobohkan

Pantai Kelingking merupakan permata utama Nusa Penida, terkenal dengan tebing curam yang ikonik berbentuk seperti dinosaur ...