1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Sabah ‘is calling!’ Panduan lengkap jimat poket dan bercuti tenang ke Sabah

Ramai yang tanya, “bila masa terbaik nak pergi Sabah?” Jawapan paling jujur mestilah bila tiket murah tapi bukan tu je sebabnya, pemilihan masa dan tarikh bercuti pun memainkan peranan besar kalau nak trip korang smooth dan tak crowded.

Satu benda penting yang ramai terlepas pandang tempahan tiket flight. Kalau boleh, buat tempahan 3 hingga 4 bulan sebelum bercuti dan kalau nak lebih jimat lagi, booking setahun lebih awal!

Berdasarkan carian di laman web tempahan penerbangan sekarang ini, korang boleh dapat harga tiket RM318 untuk ke Kota Kinabalu dan pulang semula ke Kuala Lumpur. Harga ini tak termasuk bagasi tambahan.

Jika mahu pulang beraya, wajib tempah awal selagi harga masih relevan. Sebab itu, perancangan awal sangat penting bagi mengelakkan kos berlebihan.

Siapa yang tengah rancang trip ke Sabah tahun depan, bolehlah mula tengok harga tiket penerbangan dari sekarang. Jangan fikir lama-lama sangat. Check out cepat-cepat ya.

Untuk anda yang mahu berjalan-jalan ke Sabah, bulan Mei hingga Julai dikira bukan musim puncak (non-peak season). Cuaca pun cantik, tak terlalu panas dan tiada hujan lebat. Sesuai sangat untuk korang yang tak mahu bersesak dengan pelancong lain.

Boleh tenang-tenang healing di tempat menarik macam DESA Dairy Farm, Kundasang, Fish Spa Bombon di Ranau, Island Hopping di Semporna atau berjalan-jalan di Jesselton Point.

Bila datang masa cuaca cantik, boleh buat aktiviti snorkeling ke Pulau Bohey Dulang, Pulau Timba-Timba, Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Sibuan, Pulau Mataking dan banyak lagi. Jika ada rezeki, dapat tengok ikan paus secara dekat.

Cadangan paling ideal kalau nak explore Sabah — ambil pakej 4 hari 3 malam (4H3M) atau 5 hari 4 malam (5H4M). Masa ni cukup untuk melawat tempat-tempat best tanpa rushing. Korang boleh gabungkan aktiviti nature, food trip dan shopping lokal sekali.

Kalau boleh, beli tiket penerbangan waktu pagi. Sebab masa tu langit Sabah memang lawa. Dari atas awan boleh nampak Gunung Kinabalu berdiri megah dengan panorama hijau yang luas. P

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sabah cuma ambil masa lebih kurang dua jam sahaja. Tak penat pun.

Kesimpulannya, nak bercuti ke Sabah ni sebenarnya senang je — rancang awal, pilih masa yang sesuai dan booking flight awal-awal. Dengan harga tiket murah dan suasana tak terlalu sesak, trip korang pasti lebih puas hati dan berbaloi.

 

air asiaGunung KinabalujimatKota Kinabalumalaysia airlineMASpulau matakingpulau sempornaSabahsnorkelingSolehah Traveltip traveltips

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …