1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Pasar terapung yang terkenal di seluruh dunia

Siapa yang suka tengok drama Melayu zaman dahulu kala, mesti rasa seronok kan tengok suasana membeli-belah di pasar terapung. Konsep ni paling popular di Asia Tenggara, setiap negara ada gaya dan karakter dia sendiri. Percaya tak, ramai pelancong sanggup terbang jauh hanya untuk rasa pengalaman beli barang dari atas sampan? Jom kita tengok pasar terapung mana yang terkenal di seluruh negara.

  1. Damnoen Saduak, Thailand

Paling dikenali di seluruh Asia. Terusan sepanjang 32 kilometer dan ada lebih 200 cabang ini pernah menjadi nadi perdagangan air paling aktif satu masa dahulu. Vibe dia nampak old school. Boleh beli coconut ice cream, boat noodles, mango sticky rice…semua ada!

  1. Lok Baintan, Indonesia

Pasar terapung yang terkenal di Banjarmasin ini bermula awal pagi selepas Subuh. Jika anda mahu datang ke sini, perlu sampai awal kerana mereka berniaga lebih kurang 2 jam sahaja setiap hari. Suasana di sini nampak meriah dan cantik kerana peniaga mengenakan pakaian tradisional, jual macam-macam makanan tempatan dan pandai memujuk pelancong untuk membeli.

  1. Inle Lake, Myanmar

Wujud sejak abad ke-19 melalui sistem barter sahaja. Mengikut peredaran zaman, kini komuniti Intha masih mengekalkan budaya dengan jual beli di atas perahu panjang. Ia tidak hiruk-pikuk seperti pasar terapung lain. Peniaga akan bertukar tempat selama lima hari ke kampung lain seperti Kaung Daing, Maing Thauk, Nam Pan, and Indein.

  1. Mekong Delta, Vietnam

Cai Rang antara pasar terapung yang terbesar di negara ini. Ia bermula seawal 4 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi. Di sini, bot besar-besar beratur ikut kategori barang. Ada yang jual sayur, buah dan makanan. Mereka siap naikkan batang buluh tinggi sebagai signboard nak tunjuk apa yang dijual.

  1. Dal Lake Market, India

Berjual beli dalam suasana sejuk, nyaman dan penuh warna-warna dengan bunga segar. Memang seronok. Terletak di Srinagar, Kashmir, peniaga di pasar terapung ini ramai yang jual bunga segar, sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan tempatan. Di sini juga terkenal sebagai area yang dicari untuk mencari oleh-oleh seperti tudung pashmina, kraftangan, karpet, saffron dan banyak lagi.

INFO TAMBAHAN: Solehah Travel ada pakej ke Banjarmasin dengan harga RM2099 seorang. Cutomer seronok tak terkata melihat gelagat penjual mempromosi barangan jualan mereka di pasar terapung Lok Baintan.

Banjarmasinbucket listduniafloating marketindiaIndonesiapasar terapungSolehah TravelThailandvietnam

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …