1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Tips dan panduan buat passport Malaysia kali pertama

Ramai orang ingat proses buat passport ni susah dan kena beratur panjang tapi sebenarnya, kalau kita tahu flow, semuanya akan jadi lancar. Pernah ada pengalaman buat passport pertama kali untuk anak.

Memang kena datang awal. Jam 7.30 pagi dah mula beratur di luar pejabat. Memang panjang tapi bila dah ada pegawai yang jaga di hadapan, cepat je selesai.

Jangan risau, kalau ada yang tak tahu atau tak faham boleh terus tanya pegawai yang bertugas. Mereka sangat membantu. Tetapi sebelum tu, pastikan anda membawa semua dokumen yang diperlukan sebelum ke mana-mana pejabat imigresen.

Untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun:

  • MyKad/MyKid pemohon
  • Sijil Lahir pemohon
  • MyKad ibu atau bapa (salah seorang ibu atau bapa perlu hadir bersama)
  • Salinan fotostat MyKad ibu atau bapa
  • Salinan fotostat Sijil Lahir
  • Sijil perkahwinan ibu bapa (jika perlu)
  • Surat hak penjagaan anak dari mahkamah (jika perlu)
  • Sijil kematian ibu atau bapa (jika perlu)
  • Bukti pengesahan taraf/Perakuan taraf dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) (jika perlu)

Manakala untuk dewasa berumur 18 tahun ke atas, anda perlu membawa MyKad dan sijil kelahiran asal sahaja.

Pengalaman membuat passport pertama kali di Pejabat Imigresen Kuala Langat, perlu beratur panjang untuk ambil nombor giliran. Sebaik sahaja naik ke atas, tempat duduk memang tak banyak jadinya kena bagi golongan yang memerlukan untuk duduk.

Berdiri dak lama sangat pun. Lebih kurang sejam sebelum nombor giliran dipanggil. Datang ke kaunter dan duduk untuk ambil gambar.

Lepas tu proses biometrik. Ambil cap jari. Dah selesai semua proses ni, anda perlu tunggu sebentar. Adakala, passport boleh siap dalam masa sat uke dua jam hari yang sama bergantung pada jumlah permohonan pada hari tersebut.

Jika terlalu ramai, mungkin mengambil masa beberapa hari untuk siap. Sebaik sahaja nama dipanggil, anda boleh menyemak terlebih dahulu maklumat peribadi di dalam passport termasuk gambar.

Selepas itu, anda perlu ke kaunter sebelah untuk pembayaran. Sekarang ini, semua permohon dikehendaki untuk membayar menggunakan kad kredit atau debit. Boleh juga QR pay kerana tiada lagi urusan pembayaran dalam bentuk wang tunai.

Bayaran yuran passport untuk 5 tahun mengikut kategori.

  • Dewasa: RM200
  • Kanak-kanak bawah 12 tahun / Warga emas 60 tahun ke atas: RM100
  • Pelajar mengikuti program Ijazah luar negara (bawah 21 tahun): RM100
  • Jemaah haji (surat tawaran dari Lembaga Tabung Haji): RM100
  • Orang Kurang Upaya: Percuma.

Untuk mereka yang mahu memohon untuk OKU, pastikan anda membawa sekali dokumen yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mana Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.

Kalau anda dah kehabisan cuti tetapi tetap mahu buat passport untuk travel tahun hadapan, boleh pergi ke mana-mana UTC berhampiran anda kerana mereka beroperasi pada hujung minggu. Dah dapat pegang buku merah, boleh lah cepat-cepat booking pakej dengan Solehah Travel. Kami setia menunggu anda.

 

daftar passport pertama kalipasportdaftar pasporttips dan panduanpassport 5 tahunpassportregister

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Flight Delay Apa Nak Buat? Kenali Hak Penumpang (MACPC)

Kebelakangan ni banyak sangat isu flight delayed, suspended atau pun dibatalkan. Bagi kaki travel, situasi ini bukan ...

Dilarang Guna Gambar AI Permohonan Online Pasport Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini mengeluarkan peringatan tegas buat seluruh rakyat Malaysia agar menggunakan ...

Viral Kena Bayar Hampir RM400 Parkir di LTCP KLIA

Heboh di sosial media baru-baru ini yang mana seorang pengguna Long Term Car Park (LTCP) KLIA meluahkan rasa terkejut dan ...

Wajib isi Digital Arrival Card Vietnam mulai April 2026

Siapa sangka, kini nak masuk ke Vietnam dah jadi seiring dengan kecanggihan negara seperti Korea Selatan dan Jepun! Kalau ...

6 pilihan syarikat penerbangan selain Air Asia

Memilih syarikat penerbangan yang tepat bukan hanya soal harga tetapi tentang nilai yang anda dapat dengan wang yang ...

Inovasi Prayer Space di Okayama, Pemudah Urusan Untuk Solat

Bayangkan anda berada di sebuah pekan kecil di luar bandar Jepun, dikelilingi keindahan seni bina kayu dan ketenangan alam, ...