1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Jakarta kini bandar paling padat di dunia mengalahkan Tokyo

Jakarta, kota yang sentiasa sibuk dengan lalu lintas, jalan raya yang penuh dengan kenderaan, manusia bersesak kiri kanan dan bunyi hon ibarat menjadi muzik harian. Tapi siapa sangka, di sebalik hiruk-pikuk itu semua, kota ini baru sahaja memecah satu rekod besar dunia.

Menurut laporan terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jakarta kini menggantikan Tokyo sebagai bandar paling ramai penduduk di dunia. Sama macam jumlah keseluruhan penduduk Kanada.

Angka yang PBB keluarkan menunjukkan Jakarta ada 42 juta penduduk.

Menurut laporan The New York Times, PBB guna kaedah baharu untuk kira populasi bandar. Pengiraan kali ini jauh lebih konsisten antara negara. Sebelum ni, setiap negara guna kaedah metrik berbeza jadinya data memang tak sama. Dengan metodologi terkini, barulah nampak angka sebenar yang lebih dekat dengan realiti.

Yang menariknya, perubahan ni membuatkan ramai terkejut. Dalam laporan tahun 2018, Jakarta menduduki tempat ke-33 dengan 11 juta orang populasi.

Manakala Tokyo pula ketika itu adalah juara dengan 37 juta penduduk. Tapi sekarang? Jakarta dah jauh memintas dengan kiraan baharu yang memasukkan kawasan komuniti berpenduduk padat yang sebelum ini tak diambil kira.

Cara baharu ini membongkar rupanya ada 30 juta lagi penduduk yang selama ni tak termasuk dalam kiraan rasmi negara. Mereka tinggal di kawasan penempatan padat yang bersambung dengan pusat bandar.

Profesor Waleed Alzamil dari Universiti King Saud pernah berkata, banyak penduduk di penempatan tak formal atau kampung seperti yang dikenali oleh warga Jakarta, mereka tiada akses sempurna kepada air bersih, elektrik stabil dan kemudahan pelupusan buangan.

Jumlah mereka sangat ramai dan mereka lah sebenarnya sebahagian dari nadi Jakarta. Lebih menarik, bila guna pendekatan baharu ini, penyelidik dapati Tokyo sebenarnya tak lagi menjadi bandar paling ramai penduduk sejak lebih kurang tahun 2010.

Jepun memang dah lama bergelut dengan isu penyusutan populasi. Jakarta pula, sejak beberapa dekad kebelakangan ini, makin berkembang pesat. Migrasi besar-besaran dari kawasan luar bandar, pembinaan projek infrastruktur dan pembukaan kawasan baharu bagi pembangunan menjadi penyumbang utama.

Namun, pertumbuhan pesat ini ada kebaikan dan keburukannya. Makin ramai orang masuk bandar, isu sosial dan ekonomi pun makin ketara. Infrastruktur kena catch up, perumahan perlu upgrade, pengangkutan awam kena lebih efisien, sanitasi dan sistem kesihatan kena ditambah baik.

Sebab itu, laporan PBB ini penting. Ia bukan sekadar angka tapi panduan untuk penggubal dasar dan perancang bandar merancang masa depan kota-kota besar seluruh dunia.

Gelaran yang diperolehi oleh Jakarta datang bersama tanggungjawab besar untuk memastikan jutaan warga dapat hidup dengan lebih baik.

INFO TAMBAHAN: Siapa nak rasa keseronokan di kota Jakarta jom lah ikut trip Solehah Travel ke Jakarta-Bandung. Boleh naik Whoosh dan Panoramic train tau.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuBandungJakartaPanoramic Trainwhoosh trainnegara paling padatnegara paling ramai pendudukTokyoPBB

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

6 sebab baucer percutian adalah hadiah ulang tahun terbaik

Setiap kali ulangtahun perkahwinan mesti setiap orang buntu tak tahu nak bagi hadiah apa untuk pasangan ...

6 pulau tercantik di Malaysia untuk lari dari cuaca panas!

Laporan terkini mengatakan terdapat beberapa kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 1 (Berjaga-jaga dengan suhu maksimum ...

6 destinasi paling sejuk di Indonesia

Cuasa panas sekarang ini menyebabkan ramai orang nak mencari udara sejuk tapi rasa dah bosan pula pergi Genting Highlands ...

Soekarno-Hatta kini 22 terbaik dunia

Sekadar menggantikan lapangan terbang lama yang sesak pada 1985, kepada sebuah hab yang kini diiktiraf di peringkat dunia, ...

6 Hotel Dengan Mini Waterpark Bawah RM300 Di Malaysia!

Macam-macam masalah yang timbul sekarang ini yang melibatkan penerbangan ke luar negara. Bagi anda yang tak mahu pening ...

Isu catuan minyak di Thailand. Apa yang pelancong kena tahu?

Krisis geopolitik di Timur Tengah sekarang ini makin meruncing apabila ada negara yang terpaksa mengambil inisiatif untuk ...