1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Tiket masuk ke Desa Dairy Farm, Kundasang naik harga tapi Solehah Travel ada ‘surprise’ untuk anda!

Siapa yang pernah sampai Kundasang, Sabah? Katanya, nak datang kembali sebab tak puas melihat keindahan alam semula jadi dan pastinya suasana sejuk di sana menjadi tarikan utama.

Selain daripada Mount Kinabalu Sky Bike dan Giant Swing yang menjadi pilihan utama pengunjung, mereka juga tidak akan melepaskan peluang untuk melawat New Zealand Malaysia iaitu Desa Dairy Farm.

Bayangkan anda berdiri di tengah ladang rumput menghijau yang luas sambil dikelilingi oleh lembu-lembu berwarna hitam dan putih. Kelihatan latar belakang Gunung Kinabalu yang cantik memukau.

Antara aktiviti yang paling famous di sini, mestilah kita boleh beri makan anak-anak lembu dan kambing yang berada di nursery. Tak payah bayar pun, cuma kena beli susu dan rumput yang ada disana.

Bukan sahaja kanak-kanak yang seronok dengan pegalaman ini malah ibu bapa juga rasa teruja dengan moment indah sebegini. Tak selalu dapat meluangkan masa bersama keluarga.

Namun, baru-baru ini, Desa Dairy Farm telah membuat pengumuman rasmi bahawa bermula 1 Januari 2026, harga tiket masuk ke ladang ini akan dinaikkan. Itu pun selepas lebih 15 tahun tiada perubahan.

Foto kredit: Facebook DESA Dairy Farm

Tetapi tunggu — ada bonus untuk anda! Setiap pengunjung yang datang dan membeli tiket antara Januari hingga Jun 2026 akan mendapat sepek susu segar 250ml secara PERCUMA sebagai tanda penghargaan.

Kenaikan harga ini disebabkan oleh misi utama untuk pembaikan fasiliti, penyelenggaraan semula ladang serta memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkan kepada pengunjung yang akan datang.

Jangan risau. Harga yang dinaikkan juga masih lagi relevan iaitu RM10 untuk seorang dewasa dan RM7 untuk seorang kanak-kanak. Manakala pengunjung Orang Kurang Upaya (OKU) dan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah boleh masuk secara percuma.

Foto kredit: Facebook DESA Dairy Farm

Berita baik tambahan untuk anda semua. Walaupun ada kenaikan harga untuk masuk ke ladang ini namun Solehah Travel masih lagi memberikan tiket secara percuma kepada pelanggan kami!

Tunggu apa lagi? Jom lah tempah trip dengan kami.

air asiacuti sekolahdairy farmDESA Dairy FarmholidayKKKota KinabaluKundasangMASnew zealand MalaysiapadangSabahschool holiday

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Selatan Thailand sekali lagi dilanda cuaca ekstrem apabila hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu mencetuskan …

Pelabuhan Sanglang Perlis: Alternatif Baharu Ke Langkawi

Bagi penduduk di kawasan utara tanah air dan para pelancong yang sering berkunjung ke Pulau Langkawi, berita pembangunan …

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …