1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Kanak-kanak dapat masuk Zoo Negara secara percuma!

Berita menarik buat semua mak ayah dan anak-anak! Sempena Hari Kanak‑Kanak Sedunia yang bakal tiba, Zoo Negara menawarkan tiket masuk PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 3-12 tahun pada tarikh 22 & 23 November 2025!

 

Apa yang boleh kita jangkakan?

  • Promosi ini khas untuk kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 3 hingga 12 tahun sahaja.
  • Hanya sah untuk walk-in di kaunter tiket pada 22 & 23 November ini (tak perlu beli online terlebih dahulu untuk anak-anak yang layak).
  • Untuk mak ayah, penjaga, warga emas, OKU: tiket dewasa dan tiket khas masih perlu dibayar.
  • Masa terbaik untuk lawatan keluarga: rancang awal, datang awal pagi supaya dapat elak kesesakan dan ambil gambar-gambar comel dengan haiwan-haiwan yang ada di Zoo Negara.
  • Waktu operasi Zoo Negara bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.
  • Pengesahan MyKid: Sila bawa MyKid asal atau surat beranak kanak-kanak untuk tujuan pengesahan di kaunter tiket.
  • Penebusan segera: Tiket PERCUMA yang ditebus mestilah digunakan pada hari yang sama.
  • Tidak sah untuk lawatan sekolah: Promosi ini tidak terpakai bagi sebarang lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

 

Gambar kredit: Zoo Negara

 

Apa yang anak-anak akan enjoy?

  • Terokai taman haiwan yang penuh dengan spesies unik — dari mamalia, burung, reptilia ke haiwan air.
  • Sudah tentu detik “wow” bila dapat tengok panda depan mata, zirafah menjulur leher, monyet mengusik, harimau belang dan banyak lagi.
  • Aktiviti luar yang bagus untuk anak-anak lepaskan tenaga, bergembira dan belajar serentak — jauh daripada skrin dan yang paling penting dekat dengan alam.

 

Gambar kredit: Facebook Zoo Negara

 

Tip sebelum pergi

  • Pakai pakaian & kasut yang selesa kerana anda perlu banyak berjalan dalam cuaca panas sekarang ini.
  • Boleh bawa payung juga kerana adakala cuaca tidak menentu. Tengah berjalan tiba-tiba hujan pula.
  • Anak bawah umur 3 tahun masuk secara percuma (ikut polisi Zoo Negara) jadi ini promosi tambahan untuk kanak-kanak berumur 3-12 tahun.
  • Bekalan topi, sun-block dan air minuman. Makanan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk.

Penutup

Boleh dah mak ayah rancang aktiviti untuk ke Zoo Negara dua minggu lagi ni. Jimat bajet sangat terutama untuk anda yang ada ramai anak tu. Macam-macam anak boleh belajar tentang haiwan di sana nanti.

Bukan senang dapat tengok singa, harimau, kuda belang, panda, buaya dan zirafah depan mata. Insya-Allah ia akan menjadi memori indah untuk mak ayah sekeluarga.

free ticketkanak-kanakkidsmalaysiatiket percumazoozoo negara

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

5 Resort Pemandangan Laut Paling Cantik di Malaysia (2026)

Ada kalanya, cara terbaik untuk melepaskan segala bebanan kerja dan rutin harian adalah dengan mendengar deruan ombak, ...

Awas! Ini Risiko Renew Pasport 10 Tahun Jika Kerap Travel

Sejak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperkenalkan pilihan pasport dengan tempoh sah laku 10 tahun, ramai rakyat ...

Isu Dadah Krew MAS: Perubahan Drastik di KLIA

Kes penahanan juruterbang Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta Julai lalu sememangnya amat ...

Fenomena Pagpag Filipina: Dari Tong Sampah ke Pinggan Makan

Apabila membayangkan Filipina, minda kita sering menerawang ke pantai berpasir putih di Boracay, batu karang menakjubkan di ...

5 Restoran Halal Phu Quoc Wajib Cuba

Dalam setiap pemusafiran, antara perkara paling utama yang perlu diteliti oleh seorang Muslim adalah memastikan tempat ...

10 Bandar Paling Layak Dihuni Di Dunia 2026

Dalam dunia pengembaraan moden, keindahan sesebuah destinasi bukan lagi diukur pada monumen bersejarah semata-mata, ...