1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Krisis Timur Tengah: UAE ‘Menyelamatkan’ Ribuan Pelancong

Di tengah-tengah pergolakan geopolitik yang sedang melanda rantau Timur Tengah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekali lagi membuktikan kedudukannya bukan sekadar hab penerbangan global, malah sebagai pusat perlindungan kemanusiaan yang utama.

Penutupan ruang udara dan pembatalan ribuan penerbangan di seluruh rantau tersebut telah menyebabkan puluhan ribu pengembara terkandas. Namun, tindak balas pantas pihak berkuasa dan masyarakat UAE telah memberikan nafas lega kepada mereka yang dalam kebimbangan.

Langkah kerajaan: Pengecualian denda dan pelanjutan visa

Antara langkah paling signifikan yang diambil oleh kerajaan UAE adalah melalui Federal Authority For Identity, Citizenship, Customs & Port Security (ICP). Menyedari bahawa pengembara terkandas bukan atas kesalahan sendiri, pihak berkuasa telah mengumumkan pengecualian denda tinggal lebih masa bagi pelancong dan pelawat yang visanya tamat tempoh semasa krisis ini berlaku.

Selain itu, proses pelanjutan visa dipermudahkan secara drastik. Pengembara yang terjejas hanya perlu mengemukakan bukti pembatalan penerbangan untuk mendapatkan permit tinggal sementara sehingga keadaan kembali stabil.

Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Abu Dhabi pula mengarahkan hotel-hotel di seluruh UAE untuk melanjutkan tempoh penginapan bagi tetamu yang terkandas dengan kos tambahan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

Langkah ini bukan sahaja mengurangkan beban kewangan pelancong, malah memberikan ketenangan minda kepada mereka untuk merancang perjalanan pulang tanpa tekanan birokrasi.

Koridor udara selamat dan penerbangan khas

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Kebangsaan (GCAA) telah mengaktifkan pelan kontingensi dengan mewujudkan ‘koridor udara selamat’. Inisiatif ini membolehkan syarikat penerbangan utama seperti Emirates, Etihad dan Flydubai mengendalikan penerbangan penghantaran pulang meskipun dalam keadaan ruang udara yang terhad.

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) dan Zayed International Airport di Abu Dhabi kekal beroperasi dengan sumber tambahan untuk menguruskan kepadatan penumpang, menyediakan makanan serta keperluan asas di terminal bagi mereka yang menunggu jadual baharu.

Inisiatif sektor swasta dan komuniti

Semangat pay it forward yang diamalkan di UAE sangat terserlah dalam krisis ini. Banyak syarikat pembangunan hartanah dan operator rumah percutian menawarkan penginapan percuma atau diskaun besar kepada pengembara yang terpaksa bermalam lebih lama.

Sebagai contoh, beberapa pemaju terkemuka seperti Danube Properties, Peace Homes Development dan Dugasta Properties telah membuka unit kediaman kosong untuk dihuni oleh keluarga dan warga emas yang terjejas.

Malah, rakyat dan penduduk tetap UAE turut menggerakkan bantuan melalui media sosial. Kumpulan sukarelawan di WhatsApp dan Facebook aktif memadankan pengembara yang terkandas dengan hos tempatan yang sedia menawarkan bilik tetamu, makanan dan pengangkutan ke lapangan terbang tanpa sebarang bayaran.

Penduduk yang tidak dapat menyediakan penginapan di rumah mereka sebaliknya telah menyediakan pakej bantuan yang mengandungi air, power bank dan makanan kering untuk diedarkan kepada mereka yang sedang menunggu di terminal lapangan terbang.

Kesimpulan

UAE telah menunjukkan bahawa dalam setiap krisis, nilai kemanusiaan harus diangkat melebihi segala-galanya. Walau tidak dapat memberi bantuan 100 peratus tetapi setiap tindakan yang diambil sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang masih terkandas di sana.

arab saudiGCAAICPLapangan Terbang Antarabangsa Dubaipeperangantimur tengahUAEwarZayed International Airport di Abu Dhabi

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Amaran Cuaca Thailand: Elak Melancong Oktober 2026

Para pelancong dan pengembara disarankan untuk tangguh atau memikirkan semula rancangan percutian ke Thailand dalam masa …

Bas EV Hatyai Dijangka Mula Operasi 20 Oktober 2026!

Bagi anda yang kerap merancang percutian singkat atau berminat nak buat solo trip ke Hatyai, Thailand, ada berita baik buat …

RTS Link Johor-Singapura Mula Operasi Februari 2027

Berita baik buat semua rakyat Malaysia! Perkembangan terkini mengenai projek RTS Link (Johor Bahru–Singapura) mengesahkan …

5 Life-Changing Travel Hacks Ramai Tak Tahu

Pernah tak anda rasa macam dah pack barang cukup kemas dan beg berat sampai 20kg! Ada juga yang berulang kali keluar dan …

Tak Semua Aktiviti Ekstrem Dilindungi Takaful

Secara amnya, polisi takaful perjalanan asas hanya merangkumi aktiviti rekreasi biasa atau sukan ringan. Sebarang aktiviti …

Fenomena Embun Beku di Dieng Indonesia

Dataran Tinggi Dieng yang terletak di antara wilayah Banjarnegara dan Wonosobo di Jawa Tengah, Indonesia, merupakan salah …