1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Tips Travel: Fungsi MyBorderPass di KLIA

Tips Travel: Fungsi MyBorderPass di KLIA

Secara ringkasnya, penggunaan MyBorderPass di KLIA (Terminal 1 dan 2) adalah sangat digalakkan tetapi buat masa ini ia masih merupakan pilihan (bukan mandatori sepenuhnya) di samping penggunaan autogate pasport sedia ada.

Namun, jika anda merupakan rakyat Malaysia yang kerap ke luar negara atau suka melancong ke sana ke sini maka aplikasi ini wajib ada dalam telefon bimbit anda. Bukan sahaja memudahkan urusan malah ada masa tertentu anda akan berterima kasih dengan sistem ini.

Mari kita lihat perbandingan dan faedah utama:

  1. Perbezaan kepantasan

Sistem ini menggunakan kod QR dan pengecaman wajah (facial recognition) yang jauh lebih pantas berbanding autogate biasa:

  • MyBorderPass (Kod QR): Hanya mengambil masa 3 hingga 5 saat.
  • Autogate Konvensional: Mengambil masa 15 hingga 25 saat (kerana perlu memasukkan pasport secara fizikal). Adakala, anda perlu menunggu lama disebabkan mesin tidak dapat detect wajah anda. Jadinya, perlu ulang banyak kali. Akhirnya, ada yang terpaksa ke kaunter kerana masalah yang tidak dapat dielakkan walaupun dah cuba lima kali.
  • Kaunter Manual: Bergantung kepada panjang barisan (boleh mencecah berpuluh minit).
  1. Kelebihan utama MyBorderPass
  • Tanpa pasport fizikal: Anda tidak perlu lagi mengeluarkan pasport dari beg atau membuka sarung pasport (passport cover) di pintu imigresen. Cuma imbas kod QR dari telefon anda.
  • 40 lorong khas: Terdapat lorong khas (20 di T1 dan 20 di T2) yang dikhususkan untuk pengguna aplikasi ini yang biasanya mempunyai barisan yang jauh lebih pendek.
  • Pendaftaran sekali sahaja: Anda hanya perlu mendaftar maklumat pasport dan membuat pengesahan wajah dalam aplikasi sekali sahaja. Selepas itu, kod QR akan dijana secara automatik setiap kali anda ingin melakukan perjalanan.
  1. Perlu atau tidak?
  • Guna jika anda seorang frequent traveller (kerap ke luar negara) atau membawa kumpulan pengembara yang besar. Ia dapat menjimatkan masa kumpulan anda secara signifikan di balai pelepasan/ketibaan.
  • Tak payah guna jika anda jarang melancong dan selesa menggunakan pasport fizikal di autogate biasa atau jika anda mempunyai masalah teknikal dengan telefon pintar/aplikasi.

Cara menggunakannya:

  1. Muat turun aplikasi MyBorderPass (tersedia di App Store dan Google Play).
  2. Daftar dengan mengimbas halaman biodata pasport anda.
  3. Lakukan pengesahan wajah (selfie) dalam aplikasi.
  4. Semasa di KLIA, cari lorong bertanda QR Code/MyBorderPass, imbas kod QR pada skrin telefon dan gate terus dibuka.

 

KESIMPULAN: Tak kisah sama ada anda pergi berseorangan, bersama keluarga mahu pun dengan agensi pelancongan, muat naik sahaja aplikasi ini. Kesesakan di lapangan terbang tak menentu sekarang ini. Bukan cuti sekolah pun kadang-kadang ramai juga pengembara dari Malaysia.

imigresenKLIAmyborderpass

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

AirBorneo: Terbang Terus Kuching ke Jakarta Kini Bermula RM399

Pelancaran laluan penerbangan terus antara Kuching dan Jakarta oleh syarikat penerbangan milik Kerajaan Sarawak, AirBorneo, …

7 Tempat Menarik di India untuk Pelancong Malaysia Teroka

India bukan sebuah negara yang boleh dinilai berdasarkan satu gambaran sahaja. Memang tidak dinafikan terdapat isu …

Tips Memilih Travel Agency: Jangan Bandingkan Harga Semata-mata

Merancang percutian pastinya menjadi sesuatu yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi apabila berpeluang meneroka destinasi …

Pelancong Malaysia yang berhasrat membawa kenderaan bukan milik sendiri memasuki Thailand kini perlu lebih berwaspada dan …

Revolusi Pelancongan Koh Lanta & Songkhla

Pelancongan di Selatan Thailand bakal mengalami revolusi berskala besar menerusi pelaksanaan dua projek jambatan ikonik. …

Percutian Percuma: Sindiket Keldai Dadah Sasar Graduan

Sindiket memperdaya golongan muda, termasuk pelajar dan graduan institusi pengajian tinggi, menerusi tawaran pekerjaan …