1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Strategi jimat untuk travel sekeluarga dengan kos mampu milik

Bila nak melancong bawa anak-beranak ni memang memerlukan belanja yang besar. Bila nak pergi berdua je suami isteri rasa tak syok pula kena tinggalkan anak-anak.

Sebenarnya, boleh je melancong ke luar negara bawa anak-anak. Bukannya setiap bulan. Kadang-kadang setahun sekali je. Ramai dah cuba kumpul duit untuk bawa keluarga tapi tak lepas. Setahun simpan pun masih tak cukup. Bila tengok harga tiket, penginapan, bajet makan terus rasa putus asa.

Hakikatnya, ada hack untuk realisasikan impian semua orang ni.

 

MENABUNG

“Sikit-sikit lama-lama jadi bukit” tu bukan sekadar pepatah. Memang itulah sistem berjimat yang tepat. Bila dah ada rancangan nak melancong, memang wajib kena ada tabung khas yang tak boleh diusik.

Bila gaji masuk, terus asingkan siap-siap untuk tempoh enam ke lapan bulan awal. Ada masa terpaksa juga pecah tabung sebab hal kecemasan. Itu memang normal. Cuma lepas guna, kena bayar balik. Baru lah cepat penuh.

Tak perlu pun simpan sampai tahap menyeksa diri. Menabung ikut kemampuan bukan ikut orang lain. Kena sehati sejiwa dengan pasangan dalam hal ini untuk pastikan rancangan berjaya.

 

BERSEDERHANA

Orang selalu salah faham. Bila cakap pasal besederhana ni bukan bermaksud kedekut. Cuma hidup dengan apa yang perlu sahaja. Cukupkan keperluan dan tolak sekeras-kerasnya kehendak.

Guna sahaja baju yang sedia ada. Tak perlu nak beli baharu setiap bulan. Begitu juga telefon bimbit. Tak perlu terpengaruh dengan iklan atau pun orang lain untuk upgrade setiap waktu.
Kereta? Tak perlu make up keterlaluan pun.

Bila priority dah jelas, semua akan jadi mudah. Mind setting dah tahu apa yang perlu buat. Kita jimat bukan sebab miskin tapi sebab kita ada misi penting iaitu melancong.

 

BURU TIKET MURAH

Ini antara pekara yang malas orang nak buat. Nak melancong tak boleh malas. Kena rajin apatah lagi kalau pergi sendiri. Macam-macam kena buat dan study.

Install semua apps airlines. Bila ada promosi, cepat-cepat tengok harga. Sebaiknya setiap hari berlainan masa sebab harga tiket tak menentu. Tetapkan belanja yang munasabah ikut kemampuan korang. Kalau nak bawa anak-anak semua berapa bajet yang diperlukan. Contoh, bajet bawah RM2000 untuk tiket penerbangan jadinya bila nampak harga macam ni terus je booking. Jangan fikir banyak kali.

 

TOUR GUIDE

Kebiasaan yang melancong bawa bayi, warga emas mahu pun anak-anak yang masih kecil ni jarang guna tour guide. Lebih selesa bergerak sendiri. Kalau perlu pun, hanya gunakan khidmat driver sahaja. Nak lebih jimat, cari tempat yang percuma dan kurang tumpuan ramai seperti taman, tasik, pasar, muzium atau kawasan kampung, market.

 

DISIPLIN

Tanpa disiplin, semua rancangan tak akan menjadi. Yes, akan ada masa rasa rapuh. Ada masa rasa tak cukup. Bila rasa nak menyerah kalah, cuba bayangkan anda berada di negara tersebut atau cuci mata tengok video orang lain. Mesti tak jadi putus asa.

 

TIPS TAMBAHAN

Ada je orang yang tak mampu disiplin menabung sendiri. Maklumlah bila nampak wang ringgit depan mata, gatal je tangan tu nak guna. Apa kata, korang bayar je ansuran bulanan dengan Solehah Travel. Confirm menjadi! Pakej kami pun masih harga rahmah serendah RM899 seorang termasuk tiket penerbangan.

 

KESIMPULAN

Kalau korang ikut semua tips ni, insya-Allah korang pasti boleh bawa keluarga berjalan-jalan tanpa pening kepala. Tak perlu kaya raya. Tak perlu tunggu bila dah senang. Sebab kalau nak tunggu masa yang perfect memang sampai bila-bila tak pergi.

 

Solehah Traveltips jimatberjimat untuk travelhunting ticketdisiplinmenabungbersederhanatips berjimat untuk bercutiTips Travel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Penerbangan terus Bangkok-KL dengan Nok Air

Dunia pelancongan serantau kembali rancak dengan khabar gembira yang pastinya dinantikan oleh rakyat Malaysia yang kaki ...

Daftar e-Konsular: Langkah wajib sebelum travel ke luar negara

Bayangkan situasi ini: Anda sedang seronok menikmati keindahan pemandangan di negara orang, tiba-tiba beg diragut atau ...

Pengalaman ngeri sangkut di imigresen Korea

Setiap kali ke luar negara, adakah anda akan memeriksa passport setiap kali keluar dan masuk negara tersebut? Benda ...

Apa yang best di Surabaya-Bromo?

Jam menunjukkan jam 2 pagi. Suhu di luar mencecah 8°C, cukup dingin untuk membuatkan badan terasa menggigil. Namun, dalam ...

6 negara paling selamat & mudah dilawati 2026

Dunia hari ini mungkin terasa sedikit membimbangkan dengan pelbagai berita konflik antarabangsa, namun itu bukan alasan ...

Ramai di antara anda yang sudah pun merancang untuk mengembara ke negara luar pada tahun ini. Namun, krisis geopolitik yang ...