1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Takaful perjalanan: Apa yang dilindungi & pengecualian wajib tahu

Kebanyakan kita pasti akan ambil takaful apabila mahu bercuti ke luar negara. Semua itu dibuat atas dasar keperluan tanpa berfikir panjang. Dalam hati berkata, “Sekurang-kurangnya kalau jadi apa-apa, adalah perlindungan.” Tanpa tahu apa yang cover dan apa yang tidak. Persoalan paling penting, adakah kita benar-benar dilindungi kalau keadaan tiba-tiba bertukar menjadi kucar-kacir?

Kisah yang kita tak mahu lalui

Bayangkan situasi ini. Anda sudah merancang percutian impian ke sebuah negara namun, dua hari sebelum tarikh penerbangan, berita melaporkan ketegangan politik di sana memuncak hingga tercetusnya konflik bersenjata. Penerbangan dan penginapan terpaksa dibatalkan.

Dengan penuh yakin, anda hubungi syarikat takaful untuk buat tuntutan. Jawapan yang diterima? “Maaf, tuntutan anda ditolak kerana ini adalah pengecualian peperangan.”

Zasss! Terus rasa tak puas hati. Inilah realiti yang ramai pengembara terlepas pandang. Menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), peperangan, pemberontakan dan tindakan ketenteraan adalah standard exclusion bagi hampir semua polisi takaful perjalanan di Malaysia.

Kenapa ‘tak tahu’ bukan satu alasan?

Mungkin ada yang berfikir, “Eh, saya mana tahu tempat tu nak perang. Saya dah beli takaful awal-awal lagi!” Walaupun anda tidak tahu menahu tentang risiko tersebut semasa membeli polisi, sebaik sahaja sesebuah kawasan itu diisytiharkan sebagai zon konflik, perlindungan bagi perkara berkaitan perang secara automatik terbatal. Ini termasuklah kecederaan akibat keganasan, kos pemindahan kecemasan atau kerugian harta benda disebabkan tindakan tentera.

Namun, janganlah terus panik dan batalkan niat untuk mengembara. Takaful anda biasanya masih sah untuk perkara yang tidak berkaitan dengan konflik tersebut. Contohnya, jika anda tiba-tiba jatuh dan luka yang melibatkan rawatan di hospital atau beg pakaian hilang di lapangan terbang, anda masih boleh membuat tuntutan seperti biasa.

Apa lagi yang tak termasuk dalam tanggungan takaful?

Sebelum anda mengemas beg dan menuju ke KLIA, jadikan tiga langkah ini sebagai rutin wajib:

  1. Keadaan kesihatan sedia ada: Ini adalah punca paling popular tuntutan ditolak. Jika anda mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, atau asma yang sudah sedia ada sebelum anda membeli insurans, sebarang rawatan berkaitan penyakit tersebut di luar negara biasanya tidak akan ditanggung.
  2. Sukan lasak dan aktiviti berisiko tinggi: Banyak polisi asas tidak melindungi aktiviti yang dianggap berbahaya kecuali anda membayar premium tambahan. Antaranya:
  • Terjun udara (skydiving) atau bungee jumping.
  • Mendaki gunung (biasanya melebihi ketinggian 3,000 meter).
  • Menyelam skuba (tanpa lesen atau melebihi kedalaman tertentu).
  • Sukan musim sejuk seperti ski atau snowboarding.
  1. Kecuaian peribadi: Jika anda tinggalkan beg di atas meja makan tanpa pengawasan dan ia hilang, tuntutan akan ditolak. Begitu juga kehilangan passport atau tunai akibat ditinggalkan di tempat awam tanpa pengawasan juga sukar untuk dituntut.
  2. Pengaruh alkohol atau dadah: Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa anda berada di bawah pengaruh alkohol atau bahan terlarang akan membatalkan perlindungan anda serta-merta. Syarikat takaful akan menganggap anda sengaja mendedahkan diri kepada bahaya.

Tips Sebelum Membeli:

  • Baca PDS (Product Disclosure Sheet): Dokumen 2-3 helaian ini merumuskan semua pengecualian penting dalam bahasa yang mudah difahami.
  • Beli ‘Add-on’: Jika anda bercadang untuk bermain ski atau melakukan aktiviti lasak, pastikan anda membeli perlindungan tambahan untuk aktiviti tersebut.

Mengembara itu memang menyeronokkan, tapi menjadi pengembara yang bijak itu lebih utama. Kita tak mahu niat asal untuk mencari ketenangan berakhir dengan beban hutang atau masalah keselamatan yang tidak dilindungi.

Takaful perjalanan tetap satu keperluan, bukan pilihan. Cuma, pastikan anda tahu di mana garis sempadan perlindungan anda. Jangan sampai dah terhantuk baru nak tengok polisi.

Selamat mengembara dan sentiasa utamakan keselamatan anda di mana jua anda berada!

alkoholPersatuan Insurans Am Malaysiaskydivingbungee jumpingmendaki gunungscuba diving'hikinginsuransmenyelam skubatakafulskiinsurans perjalanansnowboardingtravel insurancesukan musim sejuktravel takafuldadahPIAM

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Inovasi Prayer Space di Okayama, Pemudah Urusan Untuk Solat

Bayangkan anda berada di sebuah pekan kecil di luar bandar Jepun, dikelilingi keindahan seni bina kayu dan ketenangan alam, ...

Pasport Malaysia di Tangga Ke-6 Dunia 2026

Kedudukan Malaysia di persada antarabangsa mencapai satu lagi mercu tanda bersejarah apabila Pasport Malaysia dilaporkan ...

AirAsia Beli 150 Pesawat Airbus A220

Pernah tak anda rasa geram sebab nak ke sesuatu destinasi tapi flight cuma ada dua atau tiga kali seminggu? Atau pun, nak ...

Rupiah Jatuh: Masa Terbaik Ke Indonesia

Susulan laporan kejatuhan nilai mata wang Rupiah Indonesia ke paras terendah berbanding Ringgit Malaysia (RM) minggu ini, ...

Panduan Lengkap Booking Parking KLIA

Musim cuti sekolah dan perayaan sering kali menjadi mimpi ngeri bagi para pengembara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala ...

Malaysia Airlines Kembali Terbang ke Doha Mulai 2 Julai 2026

Malaysia Aviation Group (MAG) secara rasminya telah mengumumkan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan terhad ke ...