Sebut sahaja Kundasang, pasti terus terbayang bayu dingin menampar muka, pemandangan padang ragut menghijau ala-ala New Zealand dan megahnya puncak Gunung Kinabalu yang diselimuti awan putih.
Namun, hakikatnya mood percutian ke Kundasang boleh terus hilang jika anda tersalah pilih tempat penginapan! Ada yang bila sampai, rupanya Gunung Kinabalu langsung tak nampak sebab terlindung bukit, ada pula yang akses jalannya terlalu curam dan mencabar. Jadi, sebelum anda lock tarikh dan tekan butang booking, jom kami kongsikan panduan lengkap dan senarai penginapan paling padu di Kundasang dengan view 5 bintang yang wajib anda tahu!

1. Kinabalu Pine Resort
Keistimewaan:
-
Semua kabin kayu dibina menghadap Gunung Kinabalu secara terus, jadi setiap bilik mempunyai view Gunung Kinabalu dari balkoni peribadi.
-
Landskap resort dikelilingi pokok pine yang sangat cantik, memberi aura seolah-olah berada di luar negara.
-
Kemudahan fasiliti yang sangat lengkap termasuk restoran Halal-certified, taman permainan kanak-kanak, dan kawasan lapang untuk berfoto.
-
Anggaran Harga: Bermula sekitar RM 280 semalam ( Standard Room, Superior Room, Deluxe Room).
2. H Benjamin Residence
Keistimewaan:
-
Terletak di kawasan tinggi Mesilau, menjadikan suasananya jauh lebih tenang, redup dan udaranya lebih dingin berbanding kawasan pekan.
-
Senibina moden yang elegan dengan kemasan kayu, dilengkapi restoran dalaman (in-house café) yang menyajikan makanan berkualiti tinggi dengan pemandangan lembah.
-
Berdekatan Mount Kinabalu Golf Club (Mesilau). Suasana lebih tenang, sejuk dan dikelilingi kehijauan bukit serta pemandangan puncak gunung yang memukau.
-
Anggaran Harga: Bermula sekitar RM 180 semalam.
3. The Pampines Villa
Keistimewaan:
-
Unit penginapan berkonsepkan villa persendirian yang luas, sesuai untuk romobongan keluarga atau kumpulan besar.
-
Dilengkapi kemudahan private BBQ pit di setiap villa serta kawasan persekitaran yang selamat (gated).
- Anggaran Harga: Bermula sekitar RM 270 semalam (Superior King Room, Bedroom Villa).
4. The Hill Kinabalu
Keistimewaan:
-
Kedudukan di lereng bukit memberikan sudut pandang Gunung Kinabalu yang sangat luas dan tidak terlindung.
-
Port terbaik untuk menikmati pemandangan sunrise dengan cahaya keemasan yang memancar ke puncak gunung.
- Reka bentuk penginapan gaya lodge yang santai dan sesuai untuk keluarga yang kecil.
- Anggaran Harga: Bermula sekitar RM 173 semalam (Superior Room, Family Room).
5. Mountain Valley Resort
-
Terletak di Tenompok (pintu masuk ke Bundu Tuhan di kaki Gunung Kinabalu) pada ketinggian 1,200 meter dari aras laut.
-
Resort berkonsepkan eko-pelancongan ini menawarkan suasana yang tenang, mewah serta pemandangan panorama yang megah menghadap Gunung Kinabalu dan lembah Bundu Tuhan.
- Anggaran Harga: Bermula sekitar RM 286 semalam (Standard Room, Family Room & Suite).
Kesimpulan
Suasana di Kundasang amat sejuk terutamanya pada waktu malam dan puncak Gunung Kinabalu biasanya paling jelas kelihatan seawal jam 6 hingga 9 pagi sebelum dilindungi awan tebal.
Pastikan anda membuat tempahan sekurang-kurangnya 1–2 bulan lebih awal, terutamanya jika merancang percutian pada hujung minggu atau musim cuti sekolah kerana penginapan dengan view cantik selalunya cepat fully booked. Save artikel ini untuk rujukan percutian anda ke Sabah nanti dan jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan travel anda!


Tiada komen lagi.