1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

5 Restoran Halal Phu Quoc Wajib Cuba

Dalam setiap pemusafiran, antara perkara paling utama yang perlu diteliti oleh seorang Muslim adalah memastikan tempat makan yang menyediakan makanan halal dan diyakini. Rasulullah SAW bersabda: “Mencari yang halal itu adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim.” – Riwayat al-Tabarani.

 

Ada yang mengatakan, antara kaedah terbaik untuk mengenalpasti lokasi makanan halal di sesuatu kawasan asing adalah dengan menjejaki masjid-masjid berdekatan. Di mana ada masjid, di situlah terletaknya komuniti Muslim tempatan dan sumber makanan halal.

Bagi anda yang pertama kali berhasrat untuk menjejakkan kaki ke Phu Quoc, Vietnam untuk membawa anak-anak berlibur di sana, anda perlu membuat kajian terlebih dahulu restoran manakah yang halal dan diyakini sepanjang anda berada di sana.

Sebelum ini, ramai yang mengatakan agak sukar untuk mendapatkan restoran halal di sana. Ramai yang sarankan untuk membawa makanan ready to eat (RTE) untuk lebih yakin. Jangan risau, ada beberapa restoran yang anda boleh masukkan dalam senarai untuk mengisi perut dikala lapar dan dahaga.

Restoran Halal & Lokasi Pilihan di Phu Quoc:

1- Restoran Halal Sri Mutiara:

Terletak di kawasan Dương Đông / Dương Tơ (Tengah) — sekitar 25 km hingga 30 km dari VinWonders. Diusahakan oleh rakyat Malaysia, Abdul Razak Ahmad yang merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, lebih memudahkan untuk pelancong Muslim yang mana terdapat masjid untuk mendirikan solat Jumaat bersebelahan restoran ini.

Restoran ini merupakan cawangan utama dan menjadi pilihan popular untuk sajian seafood segar serta masakan tradisi Melayu/Vietnam. Anda wajib cuba menu Gỏi Cuốn (Vietnamese Fresh Spring Rolls) iaitu gulungan kulit beras segar berisi udang, sayur-sayuran dan bihun, dicicah dengan sos kacang tanah masam manis.

2. Halal Sunset Town:

Terletak di kawasan An Thới / Sunset Town (Selatan) sekitar 45 km hingga 50 km dari VinWonders (mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit pemanduan). Restoran ini sangat berdekatan dengan destinasi tarikan seperti Kereta Kabel Hòn Thơm dan Jambatan Kiss Bridge di Sunset Town.

Menu di sini sangat sesuai untuk hidangan santai sambil menikmati pemandangan laut atau makan malam bersama keluarga. Jangan lupa untuk memesan Bún Chả Halal (Versi Daging/Ayam): Hidangan bihun khas Vietnam yang dimakan bersama daging/ayam panggang beraroma asap, ulam-ulaman segar dan sos celupan masam manis.

3. Restoran Halal Venice:

Terletak di dalam kawasan Grand World Phu Quoc. Lokasinya sangat strategik dan mudah diakses jika anda berada di zon utara pulau (berdekatan dengan VinWonders dan tarikan Grand World). Ia memudahkan pelancong Muslim mendapatkan makanan halal tanpa perlu merentas jarak jauh.

Dikala sedang lapar selepas pernat berjalan-jalan, anda boleh singgah di restoran ini untuk menjamu selera hidangan mi sup tradisi Vietnam dengan cita rasa autentik. Anda boleh juga merasa sendiri keenakan nasi goreng seafood dan juga Vietnamese Spring Rolls asli di sini.

4. Restoran Halal Afandy:

Sering menjadi tumpuan bagi mereka yang mencari variasi masakan Timur Tengah dan kebab, serta hidangan gabungan Asia. Lokasinya di kawasan Cửa Cạn (berdekatan laluan zon Tengah-Utara) memudahkan akses bagi pelancong yang berulang-alik.

Kalau tiba-tiba rindu nak makan nasi, maka ini tempat yang layak untuk dikunjungi. Anda boleh makan dengan kenyang menu pilihan seperti shawarma dan kebab daging atau ayam. Begitu juga nasi mandy atau briyani dengan gabungan ayam atau pun daging. Boleh juga bungkus untuk dimakan di hotel.

5. Restoran Javaher Halal:

Terletak dalam kawasan resort tepi pantai, ia merupakan restoran di bawah kendalian Mercury Phu Quoc Resort & Villas. Ini menjadikannya restoran halal rasmi pertama di pulau tersebut yang memegang pensijilan halal antarabangsa (Halal Vietnam Organization).

Menu utama Timur Tengah seperti Kabab Koobideh (daging cincang panggang khas Parsi), Joojeh Kabab (ayam perap safran) dan Hummus/Moutabal. Anda juga boleh cuba nasi safran & daging kambing yang dimasak perlahan (slow-cooked) sehingga lembut.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, isu mencari makanan halal bukan lagi satu halangan apabila anda melawat Phu Quoc. Dengan kepelbagaian pilihan restoran halal daripada sajian tradisi Vietnam, masakan laut tempatan hinggalah ke hidangan Timur Tengah ditambah pula dengan kemudahan masjid untuk beribadah, anda boleh bercuti dengan tenang, selesa dan penuh yakin.

Halal Sunset Town Phu QuocMercury Phu Quoc Resort & Villasphu quocRestaurant Halal Sri Mutiararestoran halalRestoran Halal Afandyrestoran halal phu quocRestoran Halal VeniceRestoran Javaher HalalSolehah Traveltempat menarikTips Travelvietnam

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …

ECRL Dijangka Beroperasi Disember 2026

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di fasa kemuncak persediaan akhir. Setakat Oktober ini, kemajuan …

Berita Baik Buat Kaki Travel! Bas Direct TBS ke Betong (2026)

Bagi penggemar percutian singkat dan santai, wilayah Betong yang terletak di selatan Thailand (bersempadan dengan Pengkalan …

5 Kesilapan Pelancong Malaysia di Luar Negara

Membuat keputusan untuk melancong ke luar negara sememangnya mengujakan. Dapat melihat budaya orang, menikmati keindahan …