1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

9 Pulau Tercantik di Indonesia: Info Flight & Cara Ke Sana

Penat kerja dan rasa nak escape pergi tempat yang tenang. Semua pulau di Malaysia ni dah pernah pergi? Jadinya, anda wajib jejak kaki ke Indonesia. Ramai yang tak tahu di negara jiran ni terlalu banyak pulau yang cantik sehingga anda rasa tak nak balik! Jangan scroll dulu! Hari ni saya nak kongsi 9 pulau paling cantik di Indonesia yang anda wajib pergi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Jom ikut saya!

  • Pulau Padar & Pulau Komodo (Nusa Tenggara Timur)

    • Tarikan: Pemandangan panorama dari puncak Bukit Padar yang memperlihatkan tiga teluk dengan warna pasir berbeza (putih, merah jambu dan hitam). Pulau Komodo pula terkenal dengan habitat habitat asal cicak gergasi Komodo dan pantai pasir merah (Pink Beach). Jangan lupa untuk menikmati pelayaran bot mewah di tengah-tengah lautan.

    • Lapangan Terbang: Lapangan Terbang Komodo, Labuan Bajo (LBJ)

    • Laluan: Sedia ada penerbangan terus KLIA-Labuan Bajo. Dari jeti Labuan Bajo, perjalanan diteruskan dengan menaiki bot ke pulau-pulau sekitar.

  • Bali

    • Tarikan: Klasik tetapi tidak pernah mengecewakan. Kombinasi budaya, pantai terkemuka (seperti Nusa Dua & Uluwatu), serta pulau-pulau kecil jiran yang unik seperti Nusa Penida (Pantai Kelingking & Diamond Beach) dan Nusa Lembongan.

    • Lapangan Terbang: Lapangan Terbang Antarabangsa Denpasar (DPS)

    • Laluan: Penerbangan terus dari Kuala Lumpur (KUL) ke DPS. Untuk ke Nusa Penida, anda perlu naik bot laju (speedboat) dari Jeti Sanur, Bali (kira-kira 30–45 minit).

  • Kepulauan Raja Ampat (Papua Barat Daya)

    • Tarikan: Terkenal sebagai ‘Syurga Dunia’ bagi penyelam yang merupakan satu-satunya kawasan UNESCO Global Geopark di Tanah Papua. Raja Ampat menawarkan gugusan pulau batu kapur (karst) yang ikonik seperti Wayag dan Piaynemo, serta kepelbagaian hidupan marin terbanyak di dunia. Empat pulau utamanya adalah Waigeo, Misool, Salawati dan Batanta.

    • Lapangan Terbang: Lapangan Terbang Domine Eduard Osok, Sorong (SOQ)

    • Laluan: Terbang ke Jakarta (CGK) atau Makassar (UPG), kemudian ambil penerbangan domestik ke Sorong. Dari Sorong, naik feri atau bot laju di Pelabuhan Rakyat ke Waisai (ibu kota Raja Ampat).

  • Pulau Derawan & Sangalaki (Kalimantan Timur)

    • Tarikan: Rumah kepada penyu hijau gergasi kerana kurang gangguan manusia, melihat sendiri pari gergasi lebar hingga lima meter dan pengalaman unik berenang bersama obor-obor tidak menyengat di Tasik Kakaban.

    • Lapangan Terbang: Lapangan Terbang Kalimarau, Berau (BEJ) atau Lapangan Terbang Maratua (GTO)

    • Laluan: Terbang ke Balikpapan (BPN) atau Jakarta (CGK), kemudian penerbangan sambungan ke Berau (BEJ). Dari Berau, perjalanan darat 2.5 jam ke Jeti Tanjung Batu dan bot laju ke Derawan. Ada juga penerbangan terus domestik terhad ke Maratua.

  • Kepulauan Bunaken & Siladen (Sulawesi Utara)

    • Tarikan: Taman Laut Bunaken terkenal dengan dinding terumbu karang (vertical wall) yang menakjubkan dan kejernihan air laut yang sukar didapati di tempat lain. Terletak di jalur utama yang menghubungkan laut Filipina, Papua dan Indonesia, menjadikannya rumah bagi pelbagai hidupan marin yang unik.

    • Lapangan Terbang: Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi, Manado (MDC)

    • Laluan: Terbang ke Manado (transit di Makassar atau Jakarta). Dari Manado, perjalanan ke Jeti Marina Manado hanya 30 minit dan naik bot ke Bunaken (20–30 minit).

  • Kepulauan Kei (Maluku Tenggara)

    • Tarikan: Terkenal dengan Pantai Pasir Panjang (Ngurbloat) yang diiktiraf mempunyai pasir pantai paling halus di dunia seperti tepung. Bulan terbaik untuk melancong ke sini adalah pada Mac hingga Mei atau September hingga Disember, saat cuaca cerah dan keadaan laut sangat tenang untuk snorkeling dan menyelam skuba.

    • Lapangan Terbang: Lapangan Terbang Karel Sadsuitubun, Langgur (LUV)

    • Laluan: Terbang ke Ambon (AMQ) via Jakarta atau Makassar, kemudian ambil penerbangan domestik ke Langgur (LUV).

  • Kepulauan Wakatobi (Sulawesi Tenggara)

    • Tarikan: Destinasi menyelam gred dunia dengan perairan yang amat jernih dan terumbu karang yang dipelihara indah. Namanya merupakan akronim dari empat pulau utama: Wangi-Wangi, Kaledupa, Tomia dan Binongko. Terkenal sebagai jantung segitiga terumbu karang dunia.

    • Lapangan Terbang: Lapangan Terbang Matahora, Wangi-Wangi (WKG)

    • Laluan: Terbang ke Kendari (KDI) atau Makassar (UPG), kemudian naik penerbangan domestik ke Wangi-Wangi (WKG).

  • Kepulauan Karimunjawa (Jawa Tengah)

    • Tarikan: Terkenal dengan jolokan ‘Caribbean van Java’, kawasan Taman Nasional ini menawarkan pesona terumbu karang memukau, pantai pasir putih bersih seperti Pantai Ujung Gelam dan bukit ikonik seperti Bukit Love. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menginap di resort serba mewah atas laut yang menjanjikan ketenangan semasa percutian anda.

    • Lapangan Terbang: Lapangan Terbang Dewadaru, Karimunjawa (KDJ) atau Lapangan Terbang Ahmad Yani, Semarang (SRG)

    • Laluan: Laluan paling popular adalah terbang ke Semarang (SRG), kemudian naik feri/bot laju dari Pelabuhan Tanjung Emas (Semarang) atau Jepara. Alternatif lain, penerbangan perintis kecil dari Semarang terus ke KDJ.

  • Pulau Weh (Aceh)

    • Tarikan: Titik utara bagi kepulauan Indonesia dan sering disebut sebagai kilometer 0 yang menawarkan suasana tenang, pantai yang bersih dan keindahan hidupan bawah laut di Iboih dan Rubiah. Terlalu banyak tempat penginapan mengikut pilihan bajet anda. Selain daripada aktiviti laut, anda juga boleh ke pekan Sabang untuk melihat kehidupan harian masyarakat tempatan.

    • Lapangan Terbang: Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh (BTJ)

    • Laluan: Terbang ke Banda Aceh (BTJ). Dari lapangan terbang, naik kenderaan ke Pelabuhan Ulee Lheue (30–45 minit) dan naik feri laju ke Pelabuhan Balohan, Pulau Weh (45 minit).

Kesimpulan

Antara banyak-banyak pulau ni, mana satu yang terus masuk bucket list anda? Mesti anda rambang mata nak pilih yang mana satu kan? Apa kata, anda buat siri jelajah pulau-pulau cantik di Indonesia. Sekali sekali habiskan cuti dua minggu untuk tenangkan fikiran. Pasti berbaloi!

acehambonBalibalikpapanbanda acehBEJBeraubunakenCGKdenpasarDPSfilipinaGTOiboihIndonesiaJakartakarimunjawakendarikepulauan keiKepulauan Raja AmpatKLIAkuala lumpurlabuan bajolanggurLBJmakassarmaratuanegara jirannusa lembongannusa penidapantaipulaupulau cantikPulau KomodoPulau Padarpulau wehRaja AmpatsabangsemarangsiladenSolehah TravelSOQSorongsulawesiTips TraveluluwatuUNESCOUPGwakatobiwangi-wangiWKG

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Penerbangan Terus KL ke Shenzhen & Changsha

Impian untuk meneroka pesona teknologi di Shenzhen atau menikmati kecantikan alam dan kulinari pedas di Changsha kini ...

5 Perkara Wajib Semak Sebelum Berlepas

"Alamak, mana pulak aku letak benda ni?" Ini adalah frasa yang sangat kerap didengari di kaunter pendaftaran masuk dan ...

5 Hotel Best di Kundasang View Gunung Kinabalu (2026)

Sebut sahaja Kundasang, pasti terus terbayang bayu dingin menampar muka, pemandangan padang ragut menghijau ala-ala New ...

5 Destinasi Sejuk Paling Popular di Asia

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, melupakan sejenak cuaca panas dan melepaskan lelah di tempat dingin atau bersalji sentiasa ...

Syarat Masuk Thailand 2026: Jangan Sampai Kena Denda!

Merancang percutian ke luar negara memerlukan lebih daripada sekadar menempah tiket penerbangan dan penginapan. Memahami ...

5 Tempat Penginapan Best di Alahan Panjang (2026)

Alahan Panjang, Sumatera Barat tengah terkenal sekarang ini di dunia sosial media. Antara sebab utama, tiket penerbangan ke ...