1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Tragedi Nepal-Tibet: Kepentingan e-Konsular Buat Pengembara

Bencana alam secara mengejut sekali lagi mengingatkan kita betapa tidak menentunya keadaan apabila berada di luar negara. Terbaharu, insiden banjir kilat dan tanah runtuh di Daerah Rasuwa berhampiran sempadan Nepal-Tibet yang berpunca daripada limpahan Sungai Bhote Koshi telah menjejaskan infrastruktur utama, memutuskan perhubungan komunikasi, berlaku kemalangan jiwa dan harta benda serta melumpuhkan laluan darat.

Mengikut laporan Wisma Putra, seramai 55 warganegara Malaysia terputus hubungan hingga ke saat ini. Walaupun tiada kemalangan jiwa melibatkan rakyat Malaysia disahkan setakat ini, insiden ini membuka mata banyak pihak tentang cabaran mengesan keselamatan pengembara sewaktu krisis melanda.

Bagi mereka yang kerap mengembara atau menguruskan perjalanan ke destinasi berisiko atau terpencil, langkah pencegahan awal bukan lagi satu pilihan, sebaliknya satu kewajipan.

Mengapa e-Konsular Langkah Pertama Setiap Pengembara?

Aplikasi dan portal e-Konsular yang disediakan oleh Kementerian Luar Negeri merupakan sistem pendaftaran maklumat perjalanan rasmi untuk warganegara Malaysia di luar negara. Dalam situasi krisis seperti bencana alam atau konflik politik, pendaftaran ini memainkan peranan yang sangat penting:

  • Pencarian Lokasi Pantas: Membolehkan Kedutaan Besar Malaysia mengenal pasti lokasi terakhir dan laluan anda dengan cepat untuk disalurkan kepada pasukan penyelamat tempatan.

  • Perhubungan Terus Dengan Waris: Menghubungkan pihak kedutaan terus dengan ahli keluarga di tanah air tanpa sebarang kesukaran maklumat.

  • Penyelarasan Bantuan Kecemasan: Memudahkan urusan pemindahan keluar (evacuation) dan bantuan logistik secara berstruktur jika situasi semakin memburuk.

  • Bagi anda yang akan atau kini berada di luar negara, layari portal rasmi di ekonsular.kln.gov.my atau muat turun aplikasi e-Konsular untuk pendaftaran.

Kenapa Kawasan Sempadan Ini Popular di Kalangan Pelancong?

  • Laluan Utama Rentas Sempadan (Gyirong Port): Laluan darat rasmi paling popular dan praktikal untuk pengembara yang melancong secara darat antara Kathmandu (Nepal) dan Lhasa (Tibet).

  • Pintu Masuk Ziarah Gunung Kailash: Kawasan ini merupakan laluan transit utama bagi ribuan ziarah/pengembara (Kailash Mansarovar Yatra) yang ingin menuju ke gunung suci Kailash dan Tasik Manasarovar di Tibet.

  • Trekking & Taman Negara Langtang: Kawasan Rasuwa dan Lembah Langtang di sebelah Nepal terkenal dengan trek hiking Himalaya yang menawarkan pemandangan menakjubkan gunung glasier.

  • Pelancongan Budaya & Bandar Sempadan: Pengembara sering berhenti di pekan sempadan (seperti Syabrubesi atau Rasuwagadhi) untuk urusan imigresen, aklimatisasi paras ketinggian dan menikmati gabungan budaya Nepal-Tibet.

Sebagai pengembara yang bertanggungjawab, keutamaan kita bukan sahaja menikmati keindahan destinasi tetapi juga memastikan keselamatan diri sentiasa terpelihara. Pihak Solehah Travel ingin menucapkan salam takziah kepada mereka yang terjejas dan kehilangan ahli keluarga atau pun rakan dalam bencana alam ini. Semoga dipermudahkan segala urusan anda semua yang ada di sana.

 

bencana alamDaerah Rasuwae-konsularlabuan bajomalaysianatural disasternepalnepal-tibetSolehah TravelSungai Bhote KoshitibetTips Travelwisma putra

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …

ECRL Dijangka Beroperasi Disember 2026

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di fasa kemuncak persediaan akhir. Setakat Oktober ini, kemajuan …

Berita Baik Buat Kaki Travel! Bas Direct TBS ke Betong (2026)

Bagi penggemar percutian singkat dan santai, wilayah Betong yang terletak di selatan Thailand (bersempadan dengan Pengkalan …