1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Destinasi cuti sekolah di Indonesia khas untuk anak-anak

Mesti ramai ibu bapa dah simpan takwim cuti sekolah sepanjang 2026 kan? Kalau masih ada yang sedang berfikir nak bawa anak-anak ke mana, anda perlu consider Indonesia. Bukan sahaja dekat malah banyak tempat best yang boleh anda lawati.

Pondok Indah Water Park

  1. Jakarta

Bukan sahaja lokasi menarik untuk membeli-belah tetapi ibu kota Indonesia ini juga mempunyai banyak pilihan hiburan pendidikan dan taman tema:

  • Taman Mini Indonesia Indah (TMII): Tempat yang sangat luas untuk dijelajah bersama anak-anak mempelajari tentang kepelbagaian budaya Indonesia melalui replika rumah adat dan muzium. Jangan lupa untuk menaiki kereta kabel dan juga melawat taman burung.
  • Jakarta Aquarium & Safari: Terletak di dalam Neo Soho Mall, akuarium indoor ini membolehkan kanak-kanak melihat hidupan marin dan persembahan ikan duyung tanpa perlu berpanas. Antara aktivit wajib cuba termasuk Underwater Funtasy Diving dan juga Aquatrekking.
  • Pondok Indah Water Park: Taman air yang dilengkapi dengan pelbagai gelongsor dan kolam renang yang menyeronokkan antaranya tube slide, wave pool, whizzard slide, olympic pool dan banyak lagi.
  • Ancol Dreamland: Dah bosan dengan Sunway Lagoon? Jom ajak anak-anak ke Dunia Fantasi. Tempat ini merupakan kawasan rekreasi tepi laut yang menawarkan taman tema air dan juga permainan yang menarik seperti Ferris Wheel dan juga Ocean Dream Samudra.
  • Whoosh Train: Ini antara aktiviti wajib buat untuk anak-anak bila dah sampai Jakarta. Kereta api berkelajuan tinggi pertama di Asia Tenggara, menghubungkan Jakarta dan Bandung dalam masa kira-kira 40-45 minit dengan kelajuan maksimum 350 km/j. Wow!!! Pasti menjadi pengalaman bermakna buat anak-anak.

Dago Dreampark

  1. Bandung

Bandung terkenal dengan udaranya yang sejuk dan taman rekreasi kreatif:

  • Farm House Susu Lembang: Bersiar-siar di sekitar bangunan gaya Eropah, rasa susu segar dan makanan lazat yang diperbuat dari produk tenusu terus dari sumbernya. Berinteraksi dengan haiwan seperti biri-biri, arnab dan haiwan mesra lain. Jangan lupa cuba memakai pakaian tradisional seperti penduduk tempatan, sambil mengambil gambar di tempat-tempat menarik termasuk pameran Hobbiton yang menyerupai perkampungan Hobbiton dalam filem Lord of the Rings.
  • Dago Dreampark: Menawarkan aktiviti luar seperti memanah, monster trail, sky gliding, ATV, tarzan cross dan pelbagai spot foto menarik seperti karpet aladdin. Paling seronok, anda boleh berkhemah di sini dengan suasana sejuk dan nyaman.
  • Mini Mania Lembang: Taman rekreasi keluarga yang menawarkan lebih dari 80 miniatur ikonik dunia, Sakura Park, Sky Ride (mengayuh basikal seperti berada di awangan), bermain Go Kart dan banyak lagi aktivit menarik yang perlu dicuba. Pastinya menarik perhatian anak-anak untuk belajar sambil bermain.
  • Orchid Forest Cikole: Hutan pinus yang mempunyai kawasan permainan kanak-kanak, jambatan gantung kayu yang cantik, menaiki kuda dan juga cuci mata melihat keajaiban alam yang sungguh tenang.
  1. Surabaya dan Bromo
  • KidZania Surabaya: Pusat hiburan pendidikan di mana kanak-kanak boleh mencuba pelbagai kerjaya orang dewasa secara interaktif.
  • Monumen Kapal Selam (Monkasel): Monumen kapal selam terbesar di Asia ini menjadi salah satu tarikan utama pengunjung untuk belajar tentang sejarah menarik sebagai simbol perjuangan dan prestasi dalam bidang pertahanan laut Indonesia. Ia sekaligus memberi peluang kepada anak-anak untuk menerokai bahagian dalam kapal selam sebenar buatan Rusia ini,
  • Baobab Safari: Taman haiwan yang terletak di Prigen ini menjadi tarikan utama terutama pelancong luar negara yang mana tetamu boleh berendam di kolam renang terbuka atau menjamu selera di Kilimanjaro, yang menyajikan sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Paling menarik, anda boleh bersarapan bersama zirafah dan juga bangun pagi dengan menikmati pemandangan kehidupan semula jadi flora dan
  • Bukit Teletubbies & Padang Savana: Terletak di kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, hamparan bukit hijau yang luas dan cantik, sesuai untuk kanak-kanak berlari dan bermain. Datanglah pada waktu tengah hari kerana ia merupakan waktu paling tepat untuk melawat dan bergambar di sini dengan langit membiru.

Masjid 99 Kubah

4. Makassar

  • Bugis Waterpark Adventure: Siap dirasmikan pada tahun 2012, taman tema air ini merupakan salah satu yang terbesar di Indonesia dan menyediakan sepuluh jenis papan gelongsor yang mengujakan untuk dinikmati oleh para pengunjung.
  • Trans Snow World Makassar: Kanak-kanak boleh merasai pengalaman bermain salji dan meluncur di tengah-tengah cuaca tropika Makassar. Taman permainan indoor ini menyajikan pelbagai aktivit menarik antaranya snow motor, spinning tire, snowplay house, sliding dan juga selfie bersama keluarga!
  • Pantai Losari: Tempat bersantai pada waktu petang untuk melihat matahari terbenam dan menikmati makanan ringan tempatan. Jangan lupa untuk menaiki Kapal Phinisi yang akan berhenti di tengah lautan. Anda akan melihat keunikan kubah di Masjid 99 Kubah yang berada berdekatan.

 

INFO TAMBAHAN: Indonesia bukan hanya kaya dengan budaya dan sejarah tetapi jika anda buat research lebih mendalam, banyak tempat-tempat menarik yang sesuai untuk anak-anak. Kadang-kadang teringin nak bawa anak-anak ke luar negara tapi bajet tak besar mana. Sekarang ni, boleh dah rancang untuk ke negara sebelah je.

makassarbukit teletubbieskapal Phinisiorchid forest cikoleMasjid 99 kubahmini mania lembangsurabayadago dreamparkbromofarm house susu lembangBandungpantai losariancol dreamlandJakartabugis waterpark adventurepokok indah water parkIndonesiatrans snow world makassarjakarta aquarium & safarirupiahKidZania Surabayataman mini indonesia indahrupiah jatuhMonumen Kapal Selam (Monkasel)whoosh trainbaobab safari

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Krisis Timur Tengah: UAE ‘Menyelamatkan’ Ribuan Pelancong

Di tengah-tengah pergolakan geopolitik yang sedang melanda rantau Timur Tengah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekali lagi ...

Tips Travel: Fungsi MyBorderPass di KLIA

Secara ringkasnya, penggunaan MyBorderPass di KLIA (Terminal 1 dan 2) adalah sangat digalakkan tetapi buat masa ini ia ...

5 Persediaan Wajib Sebelum Terbang ke Kashmir

Siapa yang tidak terpukau melihat keindahan lembah hijau, puncak gunung bersalji dan ketenangan Tasik Dal di Kashmir? ...

Tradisi Aidilfitri Paling Unik dari Seluruh Dunia

Tahukah anda lebih dua billion umat Islam di seluruh dunia bersatu dalam kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri setiap ...

Panduan Insurans Masuk Thailand: Beza CI, VI & Extension 101

Rancangan untuk bercuti ke Thailand dengan kenderaan sendiri memang menyeronokkan. Bayangkan memandu santai ke Hat Yai atau ...

5 destinasi wajib jejak di Asia

Memandangkan situasi geopolitik di Timur Tengah yang sangat tidak menentu ketika ini terutamanya dengan penutupan ruang ...