1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

7,000 Pelancong Malaysia Serbu Whoosh?

Dahulu, perjalanan dari Jakarta ke Bandung memakan masa 3 hingga 5 jam meredah kesesakan trafik yang cukup mencabar kesabaran. Namun, segalanya berubah dengan kehadiran Whoosh, kereta api laju pertama di Asia Tenggara!

Sepanjang musim cuti Krismas, cuti sekolah dan Tahun Baru 2025/2026 baru-baru ini, statistik menunjukkan lebih 7,000 pelancong Malaysia telah memenuhi gerabak Whoosh. Menariknya, rakyat Malaysia menyumbang sebanyak 53 peratus daripada keseluruhan penumpang antarabangsa.

Ini membuktikan bahawa Whoosh bukan sekadar mod pengangkutan tetapi satu tarikan wajib yang mengubah landskap pelancongan di Indonesia.

Untuk pengetahuan anda semua, Solehah Travel telah membawa lebih 400 orang pelanggan yang disayangi ke Jakarta dengan menaiki kereta api ini. Lebih menyeronokkan, pakej kami juga memberikan pengalaman lebih bermakna kerana pelanggan juga dapat menaiki Panoramic Train.

Bagi kami, melihat wajah-wajah teruja peserta rombongan saat melihat paparan kelajuan digital di dalam gerabak mencecah 350 km/j adalah satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Pakej Eksklusif 2026: Jom Whoosh bersama kami!

Melihat kepada sambutan luar biasa setiap tahun, Solehah Travel telah pun membuka tempahan untuk tahun 2026:

  • Harga: Hanya RM1,799 seorang (harga berbeza ketika cuti umum/cuti sekolah)
  • Durasi: 5 Hari 4 Malam (Jakarta – Bandung).
  • Jenis Pakej: Halfboard (Termasuk sarapan pagi, pengangkutan, penginapan hotel 3 bintang, tiket Whoosh dan Panoramic Train, Bandros tour dan juga tour guide tempatan).
  • Tarikh Perjalanan: Dibuka sepanjang tahun 2026. Cuma, Januari dan Februari dah fully booked. Pakej laku keras macam pisang goreng panas!

Tips tambahan

Bagi anda yang merancang untuk mengikuti rombongan kami, pastikan anda membuat tempahan awal. Seperti yang dilaporkan oleh Pengurus Besar Corporate Secretary KCIC, Eva Chairunisa, jualan tiket harian boleh mencecah lebih 22,000 keping pada musim puncak.

Bersama Solehah Travel, anda tidak perlu pusing kepala memikirkan soal tiket atau logistik yang rumit. Kami uruskan segalanya dari tempahan tiket hinggalah ke pengangkutan peribadi di stesen ketibaan.

Adakah anda bersedia untuk menjadi salah seorang daripada ribuan rakyat Malaysia yang bakal merasai kelajuan Whoosh tahun 2026 nanti?

Ayuh, slot untuk Mac hingga Disember 2026 masih ada lagi untuk anda! Tak sabar nak jumpa anda semua.

Bandungcombo trainJakartajakarta bandung combo trainmalaysiapelancongtouristtraveltravel tipwhoosh train

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Direct Flight Antarabangsa Dari Penang, Senai & Kota Bharu

Tahukah anda bahawa anda tidak lagi perlu menempuh perjalanan jauh atau bersesak di KLIA semata-mata untuk terbang ke luar ...

Panduan Elak Scam Pakej Percutian

Perancangan sebuah percutian impian sama ada bersama keluarga tercinta, rakan-rakan mahupun secara bersendirian sewajarnya ...

Nak ke Zhangjiajie? Ini Perkara Wajib Tahu!

Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan, China sememangnya terkenal dengan lanskap tiang batu pasir gergasi yang menjadi ...

Peraturan Baharu Mendaki di Malaysia 2026

Malaysia sememangnya syurga bagi pencinta alam semula jadi. Daripada kemegahan puncak Gunung Kinabalu di Sabah yang tinggi ...

Diskaun Taman Tema & Pakej Merdeka 2026 | Beli 1 Percuma 1

Cuti panjang Hari Kebangsaan sudah tiba! Inilah masanya untuk cipta kenangan indah bersama keluarga tersayang sambil ...

Tragedi Nepal-Tibet: Kepentingan e-Konsular Buat Pengembara

Bencana alam secara mengejut sekali lagi mengingatkan kita betapa tidak menentunya keadaan apabila berada di luar negara. ...