1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Berlepas dari KLIA lebih lancar mulai 2026

Kalau anda travel dari KLIA Terminal 1, ada berita baik yang patut anda tahu sebelum merancang destinasi seterusnya terutama kalau selalu rasa stress kena hadap barisan panjang sebelum boarding.

Bermula 1 Januari 2026, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah buat perubahan besar pada cara pemeriksaan kastam dan keselamatan dijalankan di pintu pelepasan KLIA Terminal 1, dengan tujuan utama untuk mempercepat aliran pergerakan penumpang tanpa kompromi keselamatan.

Apa yang berubah?

Sebelum ini, pemeriksaan kastam termasuk mesin pengimbas barangan biasanya dilakukan selepas imigresen, di kawasan departure zone. Semasa waktu puncak seperti cuti sekolah atau cuti umum yang panjang, laluan ini akan menjadi sesak dengan ramai orang beratur panjang sebelum berlepas.

Dengan inisiatif penyelarasan baharu ini, semua pemeriksaan kastam kini disatukan di pintu pelepasan. Ia bermaksud anda tak perlu melalui dua checkpoint berasingan.

Untuk seorang traveller, masa selalu menjadi isu besar ketika di airport. Ramai yang pernah:

  • Kejar masa untuk check-in sebab terlambat.
  • Stress berdiri di barisan yang panjang.
  • Stress sebab risau tertinggal penerbangan.

Tujuan utama JKDM dengan kerjasama pihak Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah untuk mengurangkan masa menunggu dan kesesakan di kawasan berlepas. Semoga penambah baikan ini menjadikan airport experience anda menyenangkan.

Mungkin akan ada yang tertanya-tanya, “Eh, kalau laju sangat nanti tak jumpa barang haram ke?”

Semua pemeriksaan masih kekal ketat dan tahap keselamatan di KLIA masih top notch. Mesin pengimbas yang digunakan pun telah ditambah baik untuk bermain dua peranan mengikut standard keselamatan penerbangan (AVSEC) dan juga keperluan kastam.

Jadi, keselamatan dan penguatkuasaan kastam tidak pernah dikompromi walaupun prosesnya dipermudahkan.

Selain itu, kerjasama antara agensi seperti Kastam, Agensi Kawalan & Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), dan AVSEC kini diperkukuh lagi supaya setiap penumpang dan barang yang dibawa tetap diperiksa secara teliti berdasarkan risiko, intel dan trend semasa.

Untuk anda yang kerap travel, update macam ni memang membantu plan trip lebih baik sebab airport process juga memainkan peranan besar dalam keseluruhan pengalaman anda.

So, next time terbang dari KLIA, jangan terkejut kalau proses keselamatan dan kastam ambil masa yang lebih singkat. Anda boleh start holiday dengan mood yang lebih chill.

air asiaairportberitaimigresenkastamKLIAKLIA terminal 1MASnewstip traveltravel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Panduan Tuntut Pelepasan Cukai Pelancongan 2026

Dua minggu cuti sekolah ni, sosial media penuh dengan memori keluarga bercuti dalam negara. Ada yang kena ‘sidai’ lama ...

Air India Kurangkan Penerbangan Musim Panas

Dunia penerbangan serantau dikejutkan dengan keputusan drastik syarikat penerbangan nasional India, Air India, yang ...

5 Tempat Menarik di Indonesia Sesuai Untuk Keluarga

Siapa yang tengah cari tempat healing tapi bajet 'ngam-ngam soi', meh rapat sini. Tak payah terbang jauh-jauh sampai 10-12 ...

Isu tol di Genting Highlands sebenarnya dah mula kecoh dan jadi buah mulut orang ramai sejak hujung tahun 2023 lagi, ...

Flight Delay Apa Nak Buat? Kenali Hak Penumpang (MACPC)

Kebelakangan ni banyak sangat isu flight delayed, suspended atau pun dibatalkan. Bagi kaki travel, situasi ini bukan ...

Dilarang Guna Gambar AI Permohonan Online Pasport Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini mengeluarkan peringatan tegas buat seluruh rakyat Malaysia agar menggunakan ...