1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Selamat datang Chen Xing & Xiao Yue. Bintang baru Zoo Negara.

Dua ekor panda baru, Chen Xing dan Xiao Yue, officially on the way ke Zoo Negara. Kalau dulu kita pernah rasa sedih bila Xing Xing dan Liang Liang kembali semula ke negara asal mereka, kali ni kita akan rasa gembira semula.

Melalui laopran di The Star, penerbangan khas dari Sichuan dijadualkan berlepas pukul 3.45 petang pada 18 November dengan masa penerbangan lebih kurang empat jam.

Sebaik sahaja kedua-dua ‘tetamu khas’ ini tiba, mereka akan dibawa untuk pemeriksaan kesihatan, clearance dan macam-macam lagi sebelum mereka dibawa ke Zoo Negara. Panda yang comel ini dijangka tiba selepas 9.30 malam.

Chen Xing, si jantan yang lahir pada 19 Ogos 2020, terkenal dengan perangai playful, suka panjat, suka splash air, macam budak lelaki hyper yang tak reti duduk diam.

Sementara Xiao Yue, si betina lahir pada 29 September 2020 pula karakter dia lebih chill, calm, dan penyayang makanan. Bayangkan dua personaliti berbeza tapi sama-sama adorable. Dua-dua memang berpotensi jadi favourite rakyat Malaysia.

Kedatangan mereka sebenarnya simbol sambungan hubungan Malaysia–China dalam usaha pemuliharaan panda. Perjanjian yang disambung untuk 10 tahun lagi dibuat semasa lawatan Presiden Xi Jinping pada 16 April lepas membuktikan dua negara masih komited untuk kerja-kerja konservasi. Panda bukan sekadar haiwan comel tetapi mereka adalah ikon diplomasi yang unik sejak dahulu lagi.

Kali ini, Akmal Hadi Samsuddin, penjaga tersayang panda sebelum ini yang digelar ‘panda nanny daddy’, tak akan jaga pasangan baru ini. Akmal adalah orang penting di belakang tabir yang menjaga Xing Xing dan Liang Liang macam anak sendiri.

Xing dan Liang Liang yang tiba di Malaysia pada tahun 2014 merupakan simbol 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia–China. Seluruh negara excited, media penuh liputan, rakyat beratur nak tengok.

Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan Zoo Negara malah bertambah rezeki apabila tiga anak mereka lahir di sini: Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi.

Kemunculan kedua-dua panda ini dijangka diwar-warkan kepada umum pada awal tahun hadapan.

Selamat datang dua superstar baru! Tahun depan nampaknya ramai akan repeat trip ke Zoo Negara. Mana tahu, mungkin nanti lahir lagi baby panda Malaysia?

Sheng YiChen XingXiao YueXing AingXing XingLiang LiangpandaNuan NuanYi Yi

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Penerbangan terus Bangkok-KL dengan Nok Air

Dunia pelancongan serantau kembali rancak dengan khabar gembira yang pastinya dinantikan oleh rakyat Malaysia yang kaki ...

Daftar e-Konsular: Langkah wajib sebelum travel ke luar negara

Bayangkan situasi ini: Anda sedang seronok menikmati keindahan pemandangan di negara orang, tiba-tiba beg diragut atau ...

Pengalaman ngeri sangkut di imigresen Korea

Setiap kali ke luar negara, adakah anda akan memeriksa passport setiap kali keluar dan masuk negara tersebut? Benda ...

Apa yang best di Surabaya-Bromo?

Jam menunjukkan jam 2 pagi. Suhu di luar mencecah 8°C, cukup dingin untuk membuatkan badan terasa menggigil. Namun, dalam ...

6 negara paling selamat & mudah dilawati 2026

Dunia hari ini mungkin terasa sedikit membimbangkan dengan pelbagai berita konflik antarabangsa, namun itu bukan alasan ...

Ramai di antara anda yang sudah pun merancang untuk mengembara ke negara luar pada tahun ini. Namun, krisis geopolitik yang ...