1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Tempat Menarik di Vietnam Selain Phu Quoc

Dah banyak kali melancong ke Indonesia dan Thailand? Mungkin sudah tiba masanya untuk anda beralih arah ke Vietnam pula. Ramai yang tak tahu rahsia alam semula jadi di negara ini. Sekali sudah sampai ke sini pasti anda mahu ulang semula. Tak cukup lima hari untuk teroka banyak daerah.

Selain Phu Quoc, Vietnam mempunyai banyak destinasi menarik lain yang kaya dengan aktiviti pelancongan, sama ada untuk peminat alam semula jadi, aktiviti lasak, mahupun peminat kebudayaan dan hiburan.

1. Da Nang & Hoi An 

  • Ba Na Hills & French Village: Menaiki kereta kabel terpanjang di dunia, melawat Golden Bridge (jambatan yang dipegang tangan gergasi) dan bermain pelbagai permainan di taman tema seperti Moon Kingdom, Fantasy Park, Lava Train & Eclipse Square dan juga Le Jardin D’Amour.

  • Sampan Biji Kelapa (Basket Boat) di Hoi An: Naik bot bulat gentian buluh merentasi hutan pokok nipah sambil menonton pertunjukan pusingan bot yang unik.

  • Bandar Lama Hoi An: Naik bot menyusuri sungai pada waktu malam sambil melepaskan tanglung kertas berlampu.

  • Aktiviti Pantai & Malam: Bersantai di Pantai My Khe, menaiki bot atau menonton pertunjukan naga ‘berapi’ di Dragon Bridge pada hujung minggu di Da Nang.

2. Sapa (Kawasan Pergunungan Utara)

  • Trekking ke Kampung Etnik: Berjalan kaki menerokai lereng bukit, sawah padi bertingkat serta melawat perkampungan tradisi masyarakat minoriti tempatan seperti Cat Cat Village.

  • Puncak Fansipan: Menaiki kereta kabel untuk ke Bumbung Indochina di ketinggian 3,143 meter kira-kira 9 kilometer dari bandar Sapa. Sesuai untuk ke sini pada Oktober hingga April kerana cuaca yang sejuk dan cerah. Suhu boleh turun mendadak di bawah 0°c pada November hingga Februari. Jika anda bernasib baik pada bulan Disember atau Januari, anda mungkin berpeluang merasai keindahan salji di puncak Fansipan.

3. Ninh Binh & Ha Long Bay (Utara)

  • Kayak di Trang An / Tam Coc (Ninh Binh): Menaiki sampan tradisional merentasi gua-gua kapur dan laluan sungai yang dikelilingi pergunungan hijau (digelar Ha Long Bay atas darat).

  • Pelayaran & Kayaking di Ha Long Bay / Lan Ha Bay: Bermalam di atas kapal persiaran, berkayak menerokai gua laut serta melawat pulau-pulau kecil.

4. Da Lat (Dataran Tinggi Selatan)

  • Aktiviti Lasak: Melakukan aktiviti abseiling turun dari air terjun Datanla, berkayak di sungai, gelongsor pelangi di Mongo Land dan merasai gelongsor air semula jadi.

  • Alpine Coaster: Menaiki roller coaster kawalan kendiri paling panjang menerusi kawasan hutan pain ke Air Terjun Datanla.

  • Menerokai Kafe & Taman Bunga: Mengunjungi kafe-kafe berkonsepkan estetik di atas bukit, ladang strawberi dan Crazy House (bangunan rekaan unik).

Kesimpulannya, Vietnam bukan sahaja menawarkan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan, malah kaya dengan kepelbagaian aktiviti menarik yang berbaloi untuk diterokai. Pastikan anda memasukkan destinasi-destinasi pilihan ini ke dalam bucket list percutian anda akan datang.

alpine coasterba na hillsbasket boatDa LatDa Nangfrench villageHa Long Bayhoi anLan Ha BAyNinh Binhphu quocSapaTam CocTrang Anvietnam

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Selatan Thailand sekali lagi dilanda cuaca ekstrem apabila hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu mencetuskan …

Pelabuhan Sanglang Perlis: Alternatif Baharu Ke Langkawi

Bagi penduduk di kawasan utara tanah air dan para pelancong yang sering berkunjung ke Pulau Langkawi, berita pembangunan …

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …