Bayangkan, mula-mula jamu mata dengan hiruk-pikuk Jakarta yang penuh gedung tinggi. Lepas tu, terus ke Bandung yang sejuk, hijau dan penuh spot Insta-worthy. Let’s go jalan sama-sama.
Selamat datang ke Jakarta!
Lebih kurang 2 jam 15 minit perjalanan, kami dah tiba di Jakarta. Dah ada pemandu yang setia menunggu ketibaan kami. Warming up dulu dengan makan Tengah hari dan lawatan ke Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara.
Lepas tu, wajiblah singgah Tugu Monas yang terletak di tengah-tengah bandar. Ia merupakan ikon Jakarta dan juga tugu peringatan tentang sejarah kemerdekaan Indonesia.
Jalan-jalan kalua tak membeli-belah, tak best lah. Kami dibawa ke Mangga Dua! Barang murah, baju trendy, gajet semua ada. Siapa kaki shopping, confirm susah nak keluar.
Hari pertama kan, jadinya pergi tempat sekitar je dulu. Daftar masuk hotel, makan malam lepas tu dah boleh rehat puas-puas untuk aktiviti esok.
Whoosh Train ke Bandung
Tak sabar tunggu hari kedua sebab nak rasa naik keretapi laju pertama Indonesia! Selesai sarapan terus kami dibawa ke Stesen Jakarta untuk pengalaman baru — naik Woosh Train.
45 minit je dah sampai Bandung. Laju, moden, selesa dan penuh gaya futuristik. Kereta api Whoosh ni lebih laju daripada Shinkansen Jepun tau!
Sampai Bandung, kami terus ke Dusun Bambu — boleh jalan-jalan tengok keindahan alam, terdapat beberapa resort berhadapan tasik dan pastinya ada pelbagai jenis santapan untuk dirasa.
Lepas tu singgah Floating Market – tempat makan best, siap boleh bagi ikan makan & naik paddle boat. Kalau suka aktiviti lasak, kena lah bayar lebih untuk naik ATV, go kart dan juga rainbow slide.
Tak cukup dengan itu, kami terus ke The Great Asia Africa, mini world park yang tunjuk budaya pelbagai negara, rasa tenang melihat air terjun dan macam-macam jenis menu disediakan khas untuk anda. Boleh posing macam travel keliling dunia!
Petang sikit, lepak The Lodge Maribaya — udara segar, pokok tinggi dan spot ‘ayunan tinggi’ yang popular tu! View dia memang buat hati tenang.
Kalau takut, kena pejam mata di Keranjang Sultan
Hari ketiga ni confirm jadi highlight semua orang — Ciwidey, Kawah Putih, tempat wajib kalau ke Bandung. Air tasik berwarna putih kehijauan dalam kawah gunung berapi Patuha, suasana dia macam berada di dunia lain.
Tak jauh dari situ, kita ke Glamping Lakeside RancaBali — glamping site yang super cozy, boleh ambil gambar dekat ladang the yang luas dengan pemandangan gunung.
Lepas tu, jalan atas Jambatan Gantung Kawah Rengganis – terpanjang di Asia Tenggara, view bawah dia memang wow! Nak test keberanian boleh, nak ambil gambar pun cun.
Dah berjaya merentas, di depan tu ada Keranjang Sultan, duduk dalam keranjang rotan dan menyeberang sejauh 250 meter.
Sepanjang perjalanan, anda dapat menikmati pemandangan indah Kawah Rengganis dari ketinggian 70 meter, memberikan pengalaman yang unik dan mendebarkan!
Petang tu, kami beramai-ramai ke Cibaduyut, syurga kasut kulit handmade!
Lepas makan malam naik Bandros (Bandung Tour on Bus) — bas warna-warni bawa kami keliling bandar Bandung sambil pemandu cerita sejarah dan tempat menarik.
Tak jadi diet bila jejak kaki ke Kartika Sari
Mulakan hari dengan sarapan pagi di hotel, kemudian kami ke Kartika Sari, kedai kek terkenal Bandung — brownies, pisang bolen dan kuih lokal semua sedap!
Lepas tu ke Pasar Baru pula, spot wajib kalau nak beli telekung, tudung dan kain dengan harga borong.
Sebelum balik Jakarta, sempat singgah ke Masjid Al-Jabbar, masjid futuristik dengan reka bentuk moden yang terletak indah di atas tasik buatan.
Selepas makan tengah hari, kami menuju ke stesen kereta api untuk menaiki Panoramic Train, kereta api dengan kaca besar untuk tengok view lembah dan bukit Bandung yang menenangkan — pengalaman memang lain dari biasa.
Kering poket bila shopping di Tanah Abang
Hari terakhir di Jakarta, wind down dengan sesi membeli-belah dan santai. Destinasi wajib – Tanah Abang dan Thamrin City, syurga kain dan fesyen Muslimah.
Kalau tiba-tiba rasa nak beli barangan cenderahati untuk majlis perkahwinan pun boleh juga. Barang yang banyak tu semua boleh post je ke Malaysia. Tak perlu masukkan dalam bagasi.
Kalau nak lepak santai sebelum ke lapangan terbang, boleh singgah PIK Avenue, mall tepi laut dengan suasana cozy ala Pavilion KL. Lepas tu terus ke airport untuk pulang ke tanah air. Walau penat, hati puas!




Users Today : 120
Users Yesterday : 307
This Month : 1332
This Year : 48101
Total Users : 116268
Views Today : 399
Total views : 222986
Who's Online : 1
Tiada komen lagi.