1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Direct Flight Antarabangsa Dari Penang, Senai & Kota Bharu

Tahukah anda bahawa anda tidak lagi perlu menempuh perjalanan jauh atau bersesak di KLIA semata-mata untuk terbang ke luar negara? Banyak lapangan terbang serantau kini menawarkan penerbangan terus ke pelbagai destinasi antarabangsa dan domestik sekali gus menjimatkan masa, tenaga dan kos perjalanan anda.

Cuma anda perlu tahu bahawa pilihan masa penerbangan yang diberikan tidak banyak untuk sehari atau seminggu. Jadinya anda perlu bijak membuat perancangan rapi sebelum menempah penginapan atau pakej pelancongan.

Sama ada anda berlepas dari Utara, Selatan atau Pantai Timur, berikut adalah kemudahan laluan penerbangan terus yang boleh anda manfaatkan terus dari lapangan terbang berdekatan anda:

1. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu (KBR)

DestinasiSyarikat PenerbanganKekerapan Harian
Kuala Lumpur (KUL)AirAsia, Malaysia Airlines, Batik Air8 – 12 trip
Kuala Lumpur – Subang (SZB)Firefly, Batik Air Malaysia3 – 5 trip
Johor Bahru (JHB)AirAsia1 trip (3–4 hari/minggu)
Pulau Pinang (PEN)Firefly1 trip (3–4 hari/minggu)

Nota tambahan:

Bermula Jun 2026, penerbangan terus AirAsia bagi laluan Kota Bharu (KBR) ke Jakarta (CGK) beroperasi sebanyak 4 kali seminggu (iaitu 1 penerbangan sehari pada hari-hari tertentu):

  • Hari Operasi: Selasa, Khamis, Sabtu, dan Ahad.

  • Masa Berlepas: Jam 10:00 pagi (waktu Malaysia).

  • Nombor Penerbangan: AK2353.

2. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN)

Domestik

DestinasiSyarikat PenerbanganKekerapan Harian
Kuala Lumpur (KUL)AirAsia, Malaysia Airlines, Batik Air15 – 20 trip
Kuala Lumpur – Subang (SZB)Firefly, Batik Air6 – 10 trip
Langkawi (LGK)AirAsia, Firefly3 – 5 trip
Johor Bahru (JHB)AirAsia, Firefly2 – 4 trip
Kota Kinabalu (BKI)AirAsia1 – 2 trip
Kuching (KCH)AirAsia1 – 2 trip
Kota Bharu (KBR)Firefly1 trip (3–4 hari/minggu)

Antarabangsa

DestinasiSyarikat PenerbanganKekerapan Harian / Mingguan
Singapura (SIN)Singapore Airlines, Scoot, AirAsia, Batik Air8 – 10 trip sehari
Bangkok (DMK/BKK)AirAsia, Thai Airways, Firefly3 – 5 trip sehari
Jakarta (CGK)AirAsia, Indonesia AirAsia, TransNusa1 – 2 trip sehari
Medan (KNO)Firefly, Indonesia AirAsia1 – 2 trip sehari
Surabaya (SUB)Indonesia AirAsia3 – 4 trip seminggu
Banda Aceh (BTJ)Firefly2 – 3 trip seminggu
Phuket (HKT)Firefly1 trip sehari
Guangzhou (CAN)China Southern Airlines, AirAsia1 – 2 trip sehari
Hong Kong (HKG)Cathay Pacific, HK Express1 trip sehari
Shanghai (PVG)Shanghai Airlines, Juneyao Air1 trip sehari
Xiamen (XMN)Xiamen Air3 – 4 trip seminggu
Taipei (TPE)China Airlines, Starlux1 – 2 trip sehari
Ho Chi Minh City (SGN)AirAsia1 trip sehari
Dubai (DXB)Flydubai1 trip sehari

3. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru (JHB)

Domestik

DestinasiSyarikat PenerbanganKekerapan Harian
Kuala Lumpur (KUL)AirAsia, Malaysia Airlines6 – 9 trip
Kuala Lumpur – Subang (SZB)Firefly2 – 4 trip
Pulau Pinang (PEN)AirAsia, Firefly2 – 4 trip
Kota Kinabalu (BKI)AirAsia, Malaysia Airlines2 – 4 trip
Kuching (KCH)AirAsia, Malaysia Airlines2 – 4 trip
Sibu (SBW)AirAsia1 trip sehari
Tawau (TWU)AirAsia3 – 4 trip seminggu
Kota Bharu (KBR)AirAsia1 trip (3–4 hari/minggu)
Langkawi (LGK)AirAsia3 – 4 trip seminggu
Ipoh (IPH)AirAsia3 – 4 trip seminggu

Antarabangsa

DestinasiSyarikat PenerbanganKekerapan Harian / Mingguan
Jakarta (CGK)Indonesia AirAsia, TransNusa1 – 2 trip sehari
Surabaya (SUB)Indonesia AirAsia3 – 4 trip seminggu
Bangkok (DMK)Thai AirAsia1 trip sehari
Ho Chi Minh City (SGN)AirAsia3 – 4 trip seminggu

Nota: Kekerapan jadual penerbangan dan juga syarikat penerbangan yang terlibat boleh berubah mengikut musim dan permintaan.

Tunggu apa lagi? Kemudahan sudah pun disediakan untuk anda sekeluarga. Rancang perjalanan anda dengan lebih bijak. Pilih pelepasan dari lapangan terbang terdekat dan nikmati pengalaman percutian yang lebih pantas dan tidak terburu-buru!

airportdirect flightkota bharuPenangsenai

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …

Kena Hantar Balik Malaysia Gara-gara Satu Selfie!

Setiap kali menjejakkan kaki ke lapangan terbang di luar negara, perasaan teruja untuk bercuti pastinya membara. Tangan …

ECRL Dijangka Beroperasi Disember 2026

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di fasa kemuncak persediaan akhir. Setakat Oktober ini, kemajuan …

Berita Baik Buat Kaki Travel! Bas Direct TBS ke Betong (2026)

Bagi penggemar percutian singkat dan santai, wilayah Betong yang terletak di selatan Thailand (bersempadan dengan Pengkalan …

5 Kesilapan Pelancong Malaysia di Luar Negara

Membuat keputusan untuk melancong ke luar negara sememangnya mengujakan. Dapat melihat budaya orang, menikmati keindahan …