1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Panduan Elak Scam Pakej Percutian

Perancangan sebuah percutian impian sama ada bersama keluarga tercinta, rakan-rakan mahupun secara bersendirian sewajarnya menjadi satu pengalaman yang menenangkan dan penuh dengan kenangan manis.

Namun, di sebalik keghairahan kita merancang destinasi pilihan, realiti hari ini menuntut kita untuk menjadi lebih berwaspada. Lambakan tawaran pakej pelancongan di media sosial dengan harga yang tersangat murah acapkali menjadi perangkap halus yang meragut ribuan ringgit dan merosakkan impian para pelancong.

Oleh itu, langkah pertama bagi memastikan perjalanan anda selamat, lancar serta dilindungi sepenuhnya adalah dengan memilih agensi pelancongan yang berdaftar dan berlesen secara sah.

Jangan biarkan titik peluh dan wang simpanan anda lebur begitu sahaja di tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Buatlah keputusan yang bijak dengan menyemak ketulenan agensi pelancongan pilihan anda sebelum membuat sebarang bayaran.

  • Semak Lesen MOTAC: Pastikan agensi mendaftar secara sah di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Anda boleh membuat semakan nombor lesen pelancongan (KPK/LN) terus di portal rasmi MOTAC https://www.motac.gov.my/kategori-semakan-new/agensi-pelancongan-tobtab/ atau pun semakan entiti tidak berdaftar di https://www.motac.gov.my/kategori-semakan-new/senarai-entiti-tidak-berlesen/

  • Akaun Bank Syarikat: Jangan pernah memasukkan wang atau deposit ke akaun bank peribadi individu individu walaupun dia mengaku sebagai ejen berdaftar agensi pelancongan tersebut. Bayaran wajib dibuat ke akaun bank perniagaan yang berdaftar atas nama syarikat pelancongan tersebut.

  • Premis & Alamat Fizikal: Agensi yang sah mempunyai alamat pejabat perniagaan yang jelas, nombor telefon talian tetap dan lokasi yang boleh dilawati bukan sekadar beroperasi secara misteri di media sosial.

  • Harga Rasional & Pakej Jelas: Waspada dengan harga tawaran yang terlampau murah atau tidak masuk akal (too good to be true). Ada juga individu megambil kesempatan dengan menyatakan tajaan pelancongan kepada mereka yang bertuah. Agensi berwibawa akan menyediakan itinerary, terma & syarat serta polisi pembatalan secara hitam putih.

  • Resit & Invois Rasmi: Pastikan anda menerima resit atau invois bayaran rasmi yang mengandungi maklumat syarikat, jumlah bayaran dan butiran pakej sebaik sahaja transaksi selesai.

  • Ulasan & Reputasi: Semak maklum balas pelanggan terdahulu di platform seperti Google Reviews atau maklum balas di media sosial untuk memastikan track record perkhidmatan mereka.

  • Akaun Sosial Media: Pastikan akaun sosial media mereka sentiasa aktif dengan update terkini. Jika mereka berdaftar biasanya nombor lesen akan dipaparkan kepada umum. Tidak dinafikan, masih ada scammer yang buat pengiklanan di media sosial. Namun, anda boleh buat semakan seperti mana yang disebutkan di atas.

Tindakan MOTAC terhadap individu atau syarikat tidak berlesen adalah berlandaskan undang-undang di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

  • Denda Mahkamah: Boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000 jika disabitkan kesalahan.

  • Hukuman Penjara: Hukuman penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

  • Kompaun Pentadbiran: MOTAC berhak mengenakan kompaun sehingga RM250,000 tanpa perlu melalui prosiding mahkamah penuh untuk kesalahan tertentu.

  • Operasi Gempur & Notis: Penguatkuasa MOTAC kerap menjalankan operasi serbuan dan menyita premis, laman media sosial, serta bahan promosi pengusaha haram di bawah Seksyen 5(2) Akta 482.

  • Senarai Hitam & Tindakan Rentas Agensi: Nama pesalah dimasukkan ke dalam senarai hitam MOTAC dan maklumat disalurkan kepada PDRM (Komersial) serta LHDN bagi tindakan pendakwaan kes penipuan/scam dan elak cukai.

Orang ramai boleh membuat aduan secara rasmi melalui sistem SISPAA (Sistem Pengurusan Aduan Awam) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Saluran ini digunakan untuk melaporkan sebarang aktiviti penipuan, agensi pelancongan tidak berlesen atau salah guna perkhidmatan. Portal Sistem SISPAA MOTAC: motac.spab.gov.my

agensi pelanconganMOTACscamscam pelanconganscammertravel scam

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Direct Flight Antarabangsa Dari Penang, Senai & Kota Bharu

Tahukah anda bahawa anda tidak lagi perlu menempuh perjalanan jauh atau bersesak di KLIA semata-mata untuk terbang ke luar ...

Nak ke Zhangjiajie? Ini Perkara Wajib Tahu!

Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan, China sememangnya terkenal dengan lanskap tiang batu pasir gergasi yang menjadi ...

Peraturan Baharu Mendaki di Malaysia 2026

Malaysia sememangnya syurga bagi pencinta alam semula jadi. Daripada kemegahan puncak Gunung Kinabalu di Sabah yang tinggi ...

Diskaun Taman Tema & Pakej Merdeka 2026 | Beli 1 Percuma 1

Cuti panjang Hari Kebangsaan sudah tiba! Inilah masanya untuk cipta kenangan indah bersama keluarga tersayang sambil ...

Tragedi Nepal-Tibet: Kepentingan e-Konsular Buat Pengembara

Bencana alam secara mengejut sekali lagi mengingatkan kita betapa tidak menentunya keadaan apabila berada di luar negara. ...

AirAsia Gantung Laluan Terus New Delhi

Penggantungan laluan penerbangan oleh syarikat penerbangan tambang murah kerap berlaku disebabkan penyesuaian jadual dan ...