1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Malaysia mengalahkan China. 4 juta rakyat Malaysia melancong ke Thailand pada 2025.

Dari dahulu sampai sekarang ramai orang merungut pasal ekonomi. Harga barang naik, minyak turun naik, komitmen makin menggila. Tapi dalam masa yang sama, statistik terbaharu dari Thailand menunjukkan satu fakta yang agak ‘mind-blowing’ yang mana lebih 4 juta rakyat Malaysia dah pergi Thailand tahun 2025.

Sekaligus ia menjadikan Malaysia leading source untuk tourist arrivals di sana. Macam mana tu? Ekonomi mencabar tapi sempadan negara sana tetap ramai dengan orang Malaysia.

Sebenarnya fenomena ni pun tak pelik sangat. Orang Malaysia memang ada satu attitude — kalau stress, kita travel.

Kadang kala bukan sebab kaya pun tapi sebab nak berehat dari rutin biasa dan semestinya untuk recharge. Thailand pula, disebabkan lokasinya yang dekat, makanan sedap, cheap massage, shopping murah memang cukup untuk berehat sementara.

Salah satu destinasi wajib singgah bila ke Thailand

Tambah pula sekarang Thailand buat macam-macam inisiatif untuk mudahkan pelancong: TM6 arrival card exempted. Masuk lagi senang. Flights pun makin banyak. Confirm lah orang Malaysia makin rajin terbang ke sana.

Menurut laporan The Star, Thailand mengumumkan 28.28 juta kedatangan pelancong asing setakat 16 November 2025 dan yang paling mengejutkan, Malaysia mengalahkan China!

Bila fikir balik, ini menunjukkan satu benda menarik. Walaupun ekonomi tak stabil, behaviour travel rakyat Malaysia masih kuat.

Kita mungkin tak kisah tentang lifestyle tapi bab travel, ramai sanggup berjimat, kumpul points, cari promosi, ambil cuti panjang, ada juga cuti tanpa gaji asalkan dapat lari sekejap dari tekanan hidup.

Sebab itu, ramai suka short-haul trip. Murah, dekat dan tak perlu overthinking. RM300–RM400 pun dah boleh dapat return flight ke Bangkok. Harga macam tu pun boleh dapat dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Hat Yai.

Thailand pula tengah push tourism revenue, targeting 2.8 trillion baht by 2026. Memang mereka all-out. Kempen terbaharu, ‘Trusted Thailand’ nak bagi traveller rasa selamat, yakin, dan semua berjalan dengan lancar.

Semua ini sebenarnya bagi kita satu reality check yang mana orang Malaysia masih menghargai pengalaman. Bila tekanan ekonomi meningkat, manusia makin cari benda yang bagi mereka ketenangan dan kehidupan seimbang.

Seolah-olah melancong menjadi terapi moden walaupun sekejap, dekat dan bajet ciput.

Sebenarnya, trend menunjukkan rakyat Malaysia ramai yang pandai adjust. Ambil pakej murah, elak peak season, cari tempat yang value for money.

Thailand menjadi pilihan utama sebab bajet yang masih reasonable. Jadi, kita travel bukan sebab belanja berlebihan tapi sebab nak survive mental dan emosi.

Bukit Kayu Hitamcuti sekolahfloating marketHat YaiKhlonghae Floating MarketKrabimalaysiaMalaysia travellermelancongnegara jiranPadang BesarPhuketsempadan negaraSolehah TravelSonghklaThailandtraveltravel murahtraveller

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Pelabuhan Sanglang Perlis: Alternatif Baharu Ke Langkawi

Bagi penduduk di kawasan utara tanah air dan para pelancong yang sering berkunjung ke Pulau Langkawi, berita pembangunan …

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …