1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Kenapa Refund Penuh Susah Dapat Jika Batal Trip Saat Akhir?

Isu bayaran balik sering kali menjadi titik pertembungan antara pelanggan dan agensi pelancongan. Apabila pembatalan dilakukan pada saat akhir tanpa sebab yang kukuh, terdapat beberapa faktor teknikal dan kontrak yang menyebabkan full refund sukar atau mustahil untuk diberikan:

  1. Bayaran Komitmen kepada Pihak Ketiga

Agensi pelancongan biasanya tidak memegang semua wang anda dalam akaun mereka. Untuk mengesahkan slot perjalanan, mereka perlu membuat bayaran pendahuluan (deposit) yang bersifat non-refundable kepada:

  • Syarikat Penerbangan: Tiket berkumpulan (group ticketing) biasanya mempunyai syarat pembatalan yang sangat ketat.
  • Hotel/Penginapan: Tempahan bilik yang sudah disahkan tidak boleh dibatalkan secara percuma dalam tempoh masa yang singkat.
  • Pengangkutan & Pemandu Pelancong: Bayaran tempahan bas atau bayaran komitmen pemandu di destinasi perlu diselesaikan lebih awal.
  1. Terma dan Syarat Kontrak

Semasa mendaftar, biasanya terdapat klausa pembatalan yang dipersetujui. Sebagai pelanggan, anda perlu baca sepenuhnya setiap terma dan syarat yang telah disediakan oleh pihak agensi pelancongan.

Jika tiket penerbangan atau komitmen lain belu lagi dibayar, peratusan untuk mendapat semula bayaran balik amat tinggi. Kebiasaannya, jika group booking, tiket penerbangan akan dibeli lebih awal iaitu dua atau tiga bulan sebelum tarikh penerbangan.

Pembatalan tanpa sebab yang munasabah dikala saat akhir memang agak sukar untuk pihak agensi akan memberikan full refund.

  1. Kos Pengurusan dan Operasi

Agensi telah mengeluarkan kos dari segi masa dan tenaga kerja untuk menyusun jadual, menguruskan dokumentasi dan pemasaran. Wang deposit biasanya digunakan untuk menampung kos pentadbiran ini.

  1. Risiko Kerugian Kapasiti

Apabila pelanggan membatalkan perjalanan pada saat akhir, agensi kehilangan peluang untuk menjual slot tersebut kepada orang lain. Jika trip tersebut adalah private tour atau group departure yang memerlukan kuota minimum, pembatalan seorang peserta boleh menjejaskan kos keseluruhan kumpulan.

KESIMPULAN: Krisis peperangan di Timur Tengah sekarang ini sedikit sebanyak menyumbang kepada rasa takut pelancong sama ada keselamatan atau pun kewangan. Selagi mana tiada memo rasmi tentang negara yang anda mahu kunjungi maka anda boleh teruskan perjalanan yang telah dirancang.

full refundoperasirefundtimur tengah

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Selatan Thailand sekali lagi dilanda cuaca ekstrem apabila hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu mencetuskan …

Pelabuhan Sanglang Perlis: Alternatif Baharu Ke Langkawi

Bagi penduduk di kawasan utara tanah air dan para pelancong yang sering berkunjung ke Pulau Langkawi, berita pembangunan …

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …