Melancong ke Kalimantan Barat, Indonesia tidak lengkap tanpa melakukan ‘ziarah rasa’ ke dua bandar ikoniknya: Pontianak dan Singkawang. Gabungan harmoni budaya Melayu, Dayak dan Tionghoa telah melahirkan identiti kulinari yang unik dan tiada galang gantinya.
Jika anda merancang perjalanan ke sana, pastikan enam hidangan ini berada dalam senarai teratas anda.

Choi Pan
Choi Pan ni kuih tradisional masyarakat Tionghoa di Singkawang. Kulit dia nipis lutsinar diperbuat daripada tepung beras. Inti paling popular ialah sengkuang dan kucai.
Bentuk dia separuh bulat, dikukus sampai lembut. Makan dengan sos cili bawang putih yang pedas manis.
Tekstur dia lembut dan sedikit kenyal, inti pula juicy dan beraroma. Kalau datang Singkawang, memang wajib cuba sebab susah nak dapat rasa authentic di tempat lain.
Kuih Kentut
Bagi peminat makanan tradisional yang rare, anda wajib mencari kuih ini. Ada dijual di Pasar Hong Kong, Singkawang. Seperti namanya, ia menggunakan ekstrak daun kentut (yang memberikan warna kehijauan gelap serta aroma herba yang unik.
Biasanya ia dicampur bersama kacang merah yang manis dan agak kenyal apabila digigit. Seakan-akan dodol tetapi ianya tak berapa manis. Diletak di dalam acuan menjadikan ianya kelihatan menarik untuk dicuba.
Pisang Goreng Srikaya
Ini memang favourite ramai orang terutama pelancong dari Malaysia. Pisang goreng biasa kita dah biasa makan kan tapi kat Pontianak lain sikit sebab dia letak srikaya (kaya pandan) atas pisang goreng panas-panas tu.
Bayangkan pisang rangup luar, lembut dalam, lepas tu topping srikaya manis berlemak. Combination panas dan manis tu memang padu.
Kadang-kadang ada yang tambah coklat atau keju tapi versi klasik tetap jadi pilihan. Ada pelanggan yang terpaksa tunggu hingga dua jam untuk mendapatkan hidangan ini yang dijual di gerai tepi jalan.
Bakmi Kering
Bakmi Kering ni antara signature dish orang Singkawang. Mee dia halus dan kenyal, biasanya digaul dengan minyak bawang putih dan kicap khas. Atasnya diletakkan hirisan ayam cincang, sayur sawi dan taburan bawang goreng.
Yang bestnya, ia dihidang kering (tak berkuah). Sup akan diberi dalam mangkuk kecil sebelah. Jadi kita boleh adjust sendiri nak makan sekali atau asing. Rasa dia savory, ringan tapi cukup rasa.
Di Singkawang, hampir setiap pagi kedai bakmi full house. Memang culture breakfast sana makan bakmi panas-panas. Namun, kena ingat ya. Pastikan anda masuk ke kedai Muslim yang halal.
Sotong Pangkong
Ini adalah snek tradisi yang paling popular, terutamanya pada waktu malam atau musim perayaan. Sotong Pangkong adalah sotong kering yang dibakar menggunakan arang, kemudian dipukul (pangkong) menggunakan tukul sehingga seratnya menjadi nipis, lebar dan lembut.
Ia dimakan secara ‘koyak-koyak’ dan dicicah ke dalam sambal kacang cair atau sambal pedas masam. Aktiviti mengunyah sotong ini sambil menghirup udara malam di tepian Sungai Kapuas adalah pengalaman yang sangat santai.
INFO TAMBAHAN
Semua makanan ni bukan jenis fancy di restoran mahal. Mostly kedai lama, gerai tepi jalan atau warung keluarga turun-temurun. Itu yang buat rasa dia ada ‘jiwa’.
Kalau rancang nak explore Kalimantan Barat, jom lah ikut trip Solehah Travel ke Pontianak-Singkawang-Kuching 5 hari 4 malam pada harga RM1899 sahaja. Fullboard okay!
Tiada komen lagi.