1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Lokasi bulan madu pilihan anda: Bali atau Lombok?

Bila sebut tentang honeymoon impian, dua destinasi yang sering menjadi pilihan pasangan Malaysia ialah Bali dan Lombok. Kedua-duanya terletak di Indonesia, mudah diakses dengan penerbangan terus dan menawarkan pengalaman romantik yang cukup lengkap. Dari pantai yang memukau hingga suasana alam semula jadi yang menenangkan.

Bali – Destinasi all in one

Pulau ini menawarkan pelbagai pilihan aktiviti dan lokasi menarik yang sesuai untuk pasangan. Di Ubud, pasangan boleh menikmati suasana tenang dengan pemandangan sawah padi yang menghijau. Manakala di Uluwatu pula, anda boleh menikmati pemandangan laut dari atas tebing sambil menyaksikan matahari terbenam yang cukup romantik.

Selain itu, Bali juga terkenal dengan pengalaman romantik seperti spa bersama pasangan, makan malam candle light di tepi pantai, serta penginapan mewah seperti villa dengan private pool. Tidak hairanlah ramai pasangan memilih Bali kerana ia menawarkan keseimbangan antara aktiviti santai dan pengalaman romantik yang tersusun dengan baik.

Lombok – Suasana intimate

Namun begitu, bagi pasangan yang mahukan suasana lebih tenang dan kurang sesak, Lombok sering menjadi alternatif yang semakin popular. Berbanding Bali yang lebih meriah, Lombok menawarkan pengalaman honeymoon yang lebih privasi.

Pantai-pantai di Lombok seperti Tanjung Aan Beach dan Selong Belanak Beach terkenal dengan keindahan semula jadi yang masih terpelihara serta suasana yang lebih damai.

Salah satu tarikan utama Lombok ialah gugusan pulau kecil yang dikenali sebagai Gili Islands. Antara yang paling romantik ialah Gili Meno yang sering menjadi pilihan suami isteri kerana suasananya yang sunyi, tenang dan jauh dari kesibukan.

Di sini, pasangan boleh menikmati masa berkualiti bersama, sama ada berjalan di tepi pantai, snorkeling di air jernih atau menikmati makan malam romantik di bawah cahaya bulan.

Bulan madu dengan kos sederhana

Dari segi kos pula, kedua-dua destinasi ini masih dianggap berpatutan berbanding destinasi honeymoon lain seperti Maldives atau Eropah. Bali menawarkan lebih banyak pilihan penginapan dari bajet hingga ke mewah, manakala Lombok pula sedikit lebih murah dan sesuai untuk pasangan yang mahukan pengalaman eksklusif tanpa perlu berbelanja terlalu besar.

Walaupun mempunyai keunikan tersendiri, pilihan antara Bali dan Lombok sebenarnya bergantung kepada gaya honeymoon yang diinginkan.

Kesimpulannya, tidak kira sama ada Bali atau Lombok, kedua-duanya menawarkan pengalaman bulan madu yang indah dan sukar dilupakan.

Jika anda tidak mahu pening kepala, Solehah Travel boleh merealisasikan impian andadengan harga yang mesra poket.

Tidak kisah di mana jua pilihan anda, apa yang penting adalah bagaimana pasangan itu sendiri menikmati setiap detik bersama.

Balibulan maduhoneymoonhusband and wifeLomboksuami isteriubuduluwatu

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

5 Resort Pemandangan Laut Paling Cantik di Malaysia (2026)

Ada kalanya, cara terbaik untuk melepaskan segala bebanan kerja dan rutin harian adalah dengan mendengar deruan ombak, ...

Awas! Ini Risiko Renew Pasport 10 Tahun Jika Kerap Travel

Sejak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperkenalkan pilihan pasport dengan tempoh sah laku 10 tahun, ramai rakyat ...

Isu Dadah Krew MAS: Perubahan Drastik di KLIA

Kes penahanan juruterbang Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta Julai lalu sememangnya amat ...

Fenomena Pagpag Filipina: Dari Tong Sampah ke Pinggan Makan

Apabila membayangkan Filipina, minda kita sering menerawang ke pantai berpasir putih di Boracay, batu karang menakjubkan di ...

5 Restoran Halal Phu Quoc Wajib Cuba

Dalam setiap pemusafiran, antara perkara paling utama yang perlu diteliti oleh seorang Muslim adalah memastikan tempat ...

10 Bandar Paling Layak Dihuni Di Dunia 2026

Dalam dunia pengembaraan moden, keindahan sesebuah destinasi bukan lagi diukur pada monumen bersejarah semata-mata, ...