1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Pelancong disaran tangguh perjalanan ke Selatan Thailand

Awal pagi 11 Januari 2026, serentak letupan berlaku di 11 stesen minyak PTT di tiga wilayah sempadan selatan Thailand – Narathiwat, Yala dan Pattani. Ledakan dan kebakaran itu berlaku dalam tempoh lebih kurang 40 minit selepas tengah malam, menyebabkan kerosakan struktur petrol pump, convenience store dan menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk tempatan.

Empat individu termasuk seorang anggota polis serta beberapa pekerja stesen minyak dilaporkan cedera dan dirawat di hospital tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Di wilayah Narathiwat, kerajaan tempatan mengisytiharkan perintah berkurung dari pukul 9 malam hingga 5 pagi dikuatkuasakan di bawah kuasa undang-undang tentera.

Penduduk diarahkan supaya kekal di rumah dalam tempoh berkurung kecuali mempunyai kebenaran rasmi, manakala pasukan polis dan tentera ditugaskan memperketatkan kawalan keselamatan di bandar-bandar utama dan pos pemeriksaan sempadan.

Orang ramai telah diminta supaya mengelakkan kawasan terjejas, bekerjasama dengan pasukan keselamatan dan tidak panik, serta hanya mengikuti maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan The Star, Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas secara langsung dalam kejadian tersebut, namun kementerian turut mengeluarkan peringatan kepada warganegara yang berada di kawasan selatan Thailand supaya kekal waspada.

Bagi pelancong Malaysia yang berada di zon berisiko  perlu mendaftar kehadiran mereka dengan pejabat konsulat bagi memudahkan komunikasi dan bantuan sekiranya diperlukan.

Selatan Thailand merupakan wilayah yang masih menghadapi isu keselamatan berkaitan konflik lama.

Oleh itu, bagi individu yang merancang perjalanan ke destinasi seperti Narathiwat, Yala atau Pattani dalam masa terdekat, adalah amat disarankan untuk menangguhkan perjalanan tersebut sehingga keadaan benar-benar stabil dan risikonya dapat dinilai dengan lebih jelas.

Pelancong juga digalakkan membuat semakan risiko melalui sumber rasmi sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan atau membatalkan tempahan. Keutamaan mesti diberikan kepada keselamatan diri dan keluarga kerana walaupun lokasi pelancongan mungkin menarik, keselamatan mesti sentiasa diutamakan.

Siapa yang merancang untuk melancong ke Hatyai dan Songhkla dalam masa terdekat, boleh sahaja meneruskan rancangan anda kerana wilayah bergolak terletak jauh dari kawasan pelancongan ini.

Namun, anda perlu kekal waspada dan sentiasa ada backup plan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.

bergolakberitaGolokmalaysiamelancongNarathiwatPattanipelancongselatan Thailandstesen minyak PTTThailandTips TraveltravelYala

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Direct Flight Antarabangsa Dari Penang, Senai & Kota Bharu

Tahukah anda bahawa anda tidak lagi perlu menempuh perjalanan jauh atau bersesak di KLIA semata-mata untuk terbang ke luar ...

Panduan Elak Scam Pakej Percutian

Perancangan sebuah percutian impian sama ada bersama keluarga tercinta, rakan-rakan mahupun secara bersendirian sewajarnya ...

Nak ke Zhangjiajie? Ini Perkara Wajib Tahu!

Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan, China sememangnya terkenal dengan lanskap tiang batu pasir gergasi yang menjadi ...

Peraturan Baharu Mendaki di Malaysia 2026

Malaysia sememangnya syurga bagi pencinta alam semula jadi. Daripada kemegahan puncak Gunung Kinabalu di Sabah yang tinggi ...

Diskaun Taman Tema & Pakej Merdeka 2026 | Beli 1 Percuma 1

Cuti panjang Hari Kebangsaan sudah tiba! Inilah masanya untuk cipta kenangan indah bersama keluarga tersayang sambil ...

Tragedi Nepal-Tibet: Kepentingan e-Konsular Buat Pengembara

Bencana alam secara mengejut sekali lagi mengingatkan kita betapa tidak menentunya keadaan apabila berada di luar negara. ...