1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

5 pulau paling popular di Maldives

Siapa sahaja yang tidak jatuh cinta dengan kecantikan alam semula jadi di Maldives. Kepulauan yang dianggap sebagai ‘serpihan syurga’ di bumi ini antara wish list wajib setiap pengembara. Maldives bukan sekadar hamparan pasir putih tetapi ia adalah sebuah kanvas alam yang memukau. Mari kita telusuri 5 destinasi yang bakal membuatkan anda tidak sabar mahu ke sana!

 

Hulhumalé ialah sebuah pulau buatan yang terbesar di Maldives. Dibangunkan bagi mengurangkan kesesakan penduduk di ibu negara Malé. Pulau ini dirancang dengan konsep moden, lengkap dengan taman, pantai, kawasan perumahan dan kemudahan awam.

Berbanding Malé yang sibuk dan padat, Hulhumalé menawarkan suasana yang lebih teratur, moden dan tenang dengan pantai yang cantik serta kafe-kafe tempatan. Namun begitu, pemakaian pakaian renang yang tidak mematuhi syariah tidak dibenarkan di kawasan awam, selaras dengan adat dan budaya tempatan.

 

Pulau Maafushi bukan sekadar pulau, ia adalah ‘jantung’ aktiviti pelancongan di Maldives. Bayangkan anda terjun ke dalam laut yang jernih seperti kristal dan tiba-tiba dikelilingi oleh puluhan Nurse Shark yang jinak serta ikan lumba-lumba yang melompat kegirangan.

Ia terkenal kerana faktor kemudahan (hanya kira-kira 30 minit dari Lapangan Terbang Malé) serta menawarkan penginapan, makanan dan pakej lawatan yang lebih murah berbanding pulau resort. Di Maafushi, setiap detik adalah pengalaman ‘wow’ kerana anda boleh merasai kemewahan resort dengan harga yang sangat berbaloi!

 

Baa Atoll ialah kawasan yang sangat cantik dan diiktiraf sebagai Tapak Rizab Biosfera UNESCO di Maldives. Ia terkenal dengan kepelbagaian hidupan marin yang luar biasa, terutamanya ikan pari dan whale shark. Waktu paling best untuk melihat manta rays ialah di Hanifaru Bay semasa musim hujan, sekitar Jun hingga September.

Kawasan ini mempunyai terumbu karang yang masih terpelihara, pelbagai habitat semula jadi serta 13 jenis pulau yang berpenghuni. Anda boleh melawat pulau tempatan seperti Eydhafushi atau menginap di private resort islands untuk pengalaman eksklusif.

 

Ari Atoll, juga dikenali sebagai Alifu Atoll, terkenal dengan pantai pasir putih yang cantik, lagun air biru jernih, resort mewah serta aktiviti menyelam bertaraf dunia. Kepelbagaian hidupan marin menjadikan kawasan ini antara lokasi paling penting untuk eko-pelancongan dan menjadi antara destinasi wajib untuk diteroka oleh penyelam seluruh dunia.

Terletak di bahagian barat kepulauan Maldives, Ari Atoll hanya kira-kira 30 minit penerbangan seaplane dari ibu negara, Malé. Di sini, villa-villa mewah terbina megah di atas air. Bayangkan anda turun dari katil dan terus terjun ke dalam ‘akuarium’ di bawah bilik anda.

 

Pulau Vaadhoo – Pernahkah anda melihat bintang jatuh ke dalam laut? Itulah fenomena Sea of Stars. Apabila malam tiba, pantai di sini akan bercahaya biru neon akibat plankton bioluminesen. Berjalan di tepi pantai pada waktu malam di Vaadhoo akan membuatkan anda rasa seperti berada dalam filem fantasi Avatar. Ia sangat mempesonakan!

Lokasi ini terletak kira-kira 8 kilometer dari Malé dengan menaiki bot. Perjalanan lebih kurang 15 minit tidak terasa jauh kerana anda akan terpukau dengan pemandangan indah sebelum tiba di pulau ini.

 

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI! Adakah anda sudah rasa ‘wow’ dan tak sabar nak packing baju? Kami ada berita gembira untuk anda!

PROMOSI EKSKLUSIF:

Pakej Maldives Maafushi (4 Hari 3 Malam) Solehah Travel

Tarikh: 17 – 20 Mei 2026

Harga: RM3,997 sahaja (Seorang)

Status: Full Board (Termasuk makan minum, penginapan dan aktiviti!)

alifu atollari atollbea atollhulhumalemaafushimaldivesPulau Vaadhoo

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Pelabuhan Sanglang Perlis: Alternatif Baharu Ke Langkawi

Bagi penduduk di kawasan utara tanah air dan para pelancong yang sering berkunjung ke Pulau Langkawi, berita pembangunan …

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …

6 Pulau Utama Malaysia Alami Krisis Terumbu Karang Serius

Keindahan pulau-pulau di Malaysia seperti Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Tenggol, Tioman dan Payar sememangnya tidak …