1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Mak ayah ‘traveller’: Ini panduan ‘holiday’ dengan anak-anak tanpa drama

Ibu ayah yang bekerja ni kerap rasa bersalah sebab tak banyak masa untuk diluangkan bersama anak-anak. Balik kerja, masing-masing dah penat. Hari minggu sahaja masa yang ada. Itu pun jika tiada tugasan atau rancangan lain.

Apa kata, ibu ayah kumpul duit seawal mungkin dan mohon cuti awal untuk habiskan masa yang berharga mencipta memori bahagia bersama anak-anak. Jika ada anak-anak kecil, anda perlu rancang sebaiknya sebelum tempah tiket penerbangan.

  1. Ikut jadual anak, bukan jadual kita

Kalau anak biasa tidur jam 1 petang, janganlah masa tu kita plan nak panjat bukit atau explore bandar. Percayalah, kalau timing tidur anak kacau, sekeluarga boleh moody. Sebab tu, ada ibu ayah yang suka ambil waktu penerbangan lewat malam atau petang supaya keesokan hari anak-anak cukup tenaga untuk melakukan aktiviti.

  1. Bawa survival kit anak

Barang paling wajib perlu ada dalam beg untuk dibawa ke mana-mana sahaja:

  • Lampin pakai buang, tisu basah, tisu kering
  • Susu/botol/puting (jika guna). Kain busuk pun kena ada jika anak memang melekat dengan benda tu supaya mood anak sentiasa baik.
  • Baju lebih 2–3 pasang. Anak-anak biasanya comot bila makan di luar. Baju dan seluar lebih ini penyelamat terbaik untuk ibu ayah. Itu belum lagi yang kotor bila buat macam-macam aktiviti. Bawa plastik juga untuk kecemasan.
  • Makanan ringan atau buah. Kudapan ini bukan sahaja untuk anak-anak malah berguna juga untuk ibu ayah dikala mahu alas perut.
  • Permainan kecil atau buku mewarna. Ini boleh membuatkan anak-anak seronok dikala tengah menunggu menu untuk menjamu selera.

 

  1. Kalau naik flight – pilih masa & tempat duduk

Ada ibu ayah yang suka ambil waktu penerbangan lewat malam atau petang supaya keesokan hari anak-anak cukup tenaga untuk melakukan aktiviti. Cari juga tempat duduk di bahagian paling hadapan yang luas. Kalau anak bawah 2 tahun, boleh mohon bassinet seat (tempat tidur bayi) masa booking. Ini sesuai untuk perjalanan yang jauh iaitu 2 jam ke atas.

 

  1. Pilih hotel mesra keluarga

Cari hotel yang ada:

  • Baby cot atau buaian
  • Kolam kanak-kanak / taman permainan – Kalau anak dah besar sikit, pilih resort yang ada aktiviti family friendly — senang nak ‘curi masa’ untuk rehat sambil lihat anak-anak bermain. Hotel empat atau lima bintang biasanya ada menyediakan kemudahan ini. Jika memang rancang untuk duduk sahaja di hotel maka cari lah hotel yang sedikit mahal di tepi pantai atau berdekatan dengan tempat-tempat peranginan untuk memudahkan pergerakan.

 

  1. Jangan terlalu risau pasal makanan

Anak kecil ni, cerewet makan tu normal. Boleh bawa makanan ready-to-eat (macam biskut baby, instant oats, puree pack). Jika nak lagi mudah, bawa sahaja makanan dari rumah. Sekarang ini banyak makanan packing yang sesuai untuk memudahkan pelancong.

 

  1. Jadual yang fleksibel

Masa berbulan madu berdua dahulu, kita boleh habiskan lima tempat sehari, sekarang ni mungkin dua trmpat sehari pun dah cukup. Tidak mengapa lambat asalkan masing-masing seronok. Anak kecil cepat penat dan bosan, jadi bagi masa mereka explore dan main. Buat trip pergi zoo atau pun taman tema. Pasti anak-anak enjoy.

 

  1. Abadikan momen, bukan perfect shot

Anak menangis, baju comot, muka letih — it’s okay! Itu semua real-life travel story yang nanti bila tengok balik, confirm senyum sendiri. Boleh tunjuk pada anak-anak perangai masing-masing masa travel.

anak-anakanak-ankcuti sekolahelak drama anak-anakschool holidaySolehah TravelTips BercutiTips Traveltraveltraveller

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

5 Destinasi Sejuk Paling Popular di Asia

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, melupakan sejenak cuaca panas dan melepaskan lelah di tempat dingin atau bersalji sentiasa ...

Syarat Masuk Thailand 2026: Jangan Sampai Kena Denda!

Merancang percutian ke luar negara memerlukan lebih daripada sekadar menempah tiket penerbangan dan penginapan. Memahami ...

5 Tempat Penginapan Best di Alahan Panjang (2026)

Alahan Panjang, Sumatera Barat tengah terkenal sekarang ini di dunia sosial media. Antara sebab utama, tiket penerbangan ke ...

FLYsiswa 2026: Syarat Kelayakan & Cara Untuk Tebus

Pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan inisiatif FLYsiswa bagi tahun 2026 telah mencetuskan 'gelombang' kegembiraan di ...

5 Tips Penting Elak Kena Scam Bila Travel ke Istanbul

Bagi peminat travel, destinasi mana yang sering bermain di fikiran apabila bajet menjadi kekangan tetapi impian mahu ke ...

Ngeri! Penumpang Pesawat Ryanair Hampir Tercampak Keluar

Sebuah penerbangan antarabangsa Eropah yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, Ryanair, ...