1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

6 Hotel Dengan Mini Waterpark Bawah RM300 Di Malaysia!

Macam-macam masalah yang timbul sekarang ini yang melibatkan penerbangan ke luar negara. Bagi anda yang tak mahu pening kepala tetapi masih nak beri kegembiraan kepada anak-anak, boleh consider beberapa tempat di dalam negara.

Berikut adalah senarai hotel di Malaysia yang mempunyai mini water park dengan kadar harga biasanya di bawah RM300 semalam kecuali ketika cuti sekolah, musim perayaan atau cuti umum.

  1. Hotel Grand Orient (Pulau Pinang)

Hotel ini sangat unik kerana ia bersambung terus dengan Laguna Water Park. Taman tema air mininya bertema Amazon dan sangat sesuai untuk kanak-kanak. Bagi anda yang tidak mahu bermalam, boleh juga masuk ke taman tema air dengan bayaran serendah RM30 sahaja seorang.

  • Anggaran Harga: RM170 – RM220 semalam.
  1. Amverton Heritage Resort (Melaka)

Resort ini memang terkenal sebagai destinasi family-friendly di Melaka. Ia mempunyai kawasan kolam renang yang luas lengkap dengan taman tema air mini untuk kanak-kanak. Hotel ini berdekatan dengan banyak tempat menarik seperti Zoo Melaka, Taman Buaya dan Melaka Wonderland Theme Park.

  • Anggaran Harga: RM180 – RM250 semalam.
  1. Hotel KSL Esplanade (Klang, Selangor)

Hotel baharu di Klang ini mempunyai kolam renang dengan gelongsor air yang sangat menarik. Apa yang lebih menarik, hotel ini bersambung dengan pusat membeli-belah. Ada juga taman rekreasi untuk anda berjalan-jalan dan beriadah. Pada waktu malam, suasana di taman ini sangat cantik dengan limpahan lampu berwarna-warni.

  • Anggaran Harga: RM200 – RM280 semalam.
  1. Hotel Raia (Kuala Terengganu)

Salah satu pilihan terbaik di Pantai Timur. Hotel ini mempunyai kolam renang kanak-kanak yang direka seperti taman tema air mini dengan gelongsor. Bukan itu sahaja, lokasinya juga berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud serta pelbagai pilihan tempat makan terutama ikan celup tepung.

  • Anggaran Harga: RM220 – RM290 semalam.
  1. De Baron Resort (Langkawi)

Jika anda ke Langkawi bersama anak-anak, ini lah tempat penginapan yang paling sesuai. Resort ini mempunyai dua kolam renang besar dan salah satunya mempunyai gelongsor air mini yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Berlatar belakang keindahan laut, resort ini sering kali menjadi tumpuan terutama ketika cuti sekolah.

  • Anggaran Harga: RM150 – RM250 semalam.

6. Hotel Raia (Port Dickson)

Hotel lama yang dinaik taraf ini baharu sahaja dibuka kepada orang awam pada hujung tahun 2025, hotel yang terletak di Teluk Kemang ini menjadi tarikan utama keluarga untuk bercuti bersama anak-anak. Kolam renang yang luas di hotel ini pula baharu siap sepenuhnya pada awal tahun 2026. Selain itu, ia juga terletak berdekatan pantai Port Dickson.

  • Anggaran Harga: RM130 – RM260 semalam.
Amverton Heritage Resort (Melaka)De Baron Resort (Langkawi)Grand Orient Hotel (Pulau Pinang)hotelHotel Raia (Kuala Terengganu)Hotel Raia (Port Dickson)klangKSL Esplanade Hotel (Klanglangkawimalaysiamelakamini waterparknegeri sembilanpulau pinangSelangor)terengganuwaterpark

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Selatan Thailand sekali lagi dilanda cuaca ekstrem apabila hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu mencetuskan …

Pelabuhan Sanglang Perlis: Alternatif Baharu Ke Langkawi

Bagi penduduk di kawasan utara tanah air dan para pelancong yang sering berkunjung ke Pulau Langkawi, berita pembangunan …

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …