1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

Tempat menarik paling popular di Singapura (terkini 2026)

Singapura mungkin sebuah negara kecil tetapi ia padat dengan tarikan kelas dunia yang boleh diterokai. Jika anda merancang untuk melakukan day trip, perancangan masa yang betul adalah kunci utama. Dari seni bina futuristik hingga ke lorong-lorong budaya yang penuh warna, berikut adalah destinasi wajib pergi yang akan memenuhkan memori telefon anda dengan gambar-gambaryang menarik!

  1. Merlion Square & Marina Bay Sands

Lawatan ke Singapura tidak lengkap tanpa melihat Merlion, patung ikonik berkepala singa dan berbadan ikan. Terletak di Merlion Park, inilah tempat terbaik untuk mengambil gambar ‘klasik’ dengan latar belakang bangunan Marina Bay Sands yang megah.

Ramai pelancong suka lepak di sini pada waktu malam untuk melihat limpahan cahaya dari Marina Bay.

 

  1. Gardens By The Bay

Hanya seberang jambatan dari Marina Bay, anda akan memasuki dunia masa hadapan di Gardens By The Bay. Tarikan utamanya adalah Supertree Grove—taman menegak gergasi yang kelihatan seperti di planet lain.

Jangan lepaskan peluang memasuki Cloud Forest untuk melihat air terjun dalaman yang tertinggi di dunia. Kalau anda singgah pada waktu malam, pastikan anda menonton pertunjukan cahaya Garden Rhapsody.

Masuk adalah percuma untuk bersiar-siar di taman ini. Untuk pengetahuan anda juga, taman ni mengamalkan pets friendly yang mana pengunjung boleh membawa anjing atau kucing peliharaan mereka bersiar-siar.

  1. Sentosa Island & Universal Studios Singapore (USS)

Bagi peminat adrenalin, Sentosa Island adalah ‘syurga’ hiburan. Di sini terletaknya Universal Studios Singapore (USS). Disebabkan hanya day trip mungkin agak singkat untuk mencuba semua rides, anda tetap boleh bergambar di hadapan globe gergasi Universal yang ikonik.

Selain USS, di sini juga menawarkan aktiviti santai di pantai, minum petang di kafe atau menaiki cable car untuk melihat pemandangan seluruh pulau dari udara.

 

  1. Arab Street & Masjid Sultan

Setelah penat berjalan, marilah menyelami budaya tempatan di kawasan Kampung Glam. Masid Sultan berdiri gah dengan kubah emasnya yang memukau, menjadi mercu tanda sejarah komuniti Islam di sana.

Di Arab Street yang berada di area masjid, anda akan dihidangkan dengan deretan kedai tekstil, barangan antik dan kafe-kafe yang menghidangkan makanan Timur Tengah serta masakan lokal yang halal dan sedap. Terdapat juga souvenir yang dijual dengan harga mampu milik.

  1. Art Street (Haji Lane)

Tepat di belakang kawasan masjid, terdapat lorong-lorong kecil yang dikenali sebagai Haji Lane. Ini adalah lubuk Art Street atau seni mural yang sangat artistik. Dinding-dinding di sini dihiasi dengan lukisan grafiti yang berwarna-warni, menjadikannya lokasi kegemaran golongan muda untuk OOTD.

Terdapat juga beberapa gerai yang menjual barangan antik seperti lukisan, keychain yang boleh ditulis nama sendiri, baju dan banyak lagi.

  1. Bugis Street

Mahu mencari buah tangan atau pakaian murah? Bugis Street adalah jawapannya. Ia merupakan pasar jalanan terbesar di Singapura. Dari kemeja-T cenderamata, beg, hingga ke makanan ringan, semuanya dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

Suasananya agak sesak dan meriah. Jika anda tidak suka pada kesesakan maka digalakkan untuk membeli-belah ketika di Arab Street.

  1. Jewel Changi Airport

Sebelum pulang, pastikan anda singgah ke Jewel Changi Airport. Ia bukan sekadar lapangan terbang biasa, tetapi pusat gaya hidup yang menempatkan HSBC Rain Vortex, air terjun dalaman tertinggi di dunia. Mata rasa terpukau melihat keindahan air terjun ini.

Dikelilingi oleh hutan rimba Shiseido Forest Valley dengan suasana yang nyaman, Jewel adalah penutup yang sempurna untuk perjalanan anda sebelum menaiki pesawat atau bas untuk pulang ke tanah air.

 

INFO TAMBAHAN: Jika anda rasa penat untuk memandu sendiri, boleh ikuti pakej day trip Solehah Travel ke Singapura pada harga RM165 sahaja seorang

arab streetart streetbugis streetchangi airportgarden by the bayhaji lanejewel changi airportmarina bay sandsmasjid sultanmerlionmerlion parksentosa islandSingaporeSingapuraUniversal studios singaporeUSS

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

5 Destinasi Sejuk Paling Popular di Asia

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, melupakan sejenak cuaca panas dan melepaskan lelah di tempat dingin atau bersalji sentiasa ...

Syarat Masuk Thailand 2026: Jangan Sampai Kena Denda!

Merancang percutian ke luar negara memerlukan lebih daripada sekadar menempah tiket penerbangan dan penginapan. Memahami ...

5 Tempat Penginapan Best di Alahan Panjang (2026)

Alahan Panjang, Sumatera Barat tengah terkenal sekarang ini di dunia sosial media. Antara sebab utama, tiket penerbangan ke ...

FLYsiswa 2026: Syarat Kelayakan & Cara Untuk Tebus

Pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan inisiatif FLYsiswa bagi tahun 2026 telah mencetuskan 'gelombang' kegembiraan di ...

5 Tips Penting Elak Kena Scam Bila Travel ke Istanbul

Bagi peminat travel, destinasi mana yang sering bermain di fikiran apabila bajet menjadi kekangan tetapi impian mahu ke ...

Ngeri! Penumpang Pesawat Ryanair Hampir Tercampak Keluar

Sebuah penerbangan antarabangsa Eropah yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, Ryanair, ...