1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tempat Menarik

5 Resort Pemandangan Laut Paling Cantik di Malaysia (2026)

Ada kalanya, cara terbaik untuk melepaskan segala bebanan kerja dan rutin harian adalah dengan mendengar deruan ombak, menghirup udara segar dan membiarkan fikiran kita berehat sejenak. Jika anda sedang merancang percutian impian atau sekadar mencari destinasi untuk recharge jiwa dan raga, anda berada di tempat yang betul! Dalam artikel ini, kami kumpulkan resort menarik yang bukan sahaja memukau pandangan, malah bakal memberi pengalaman yang sukar dilupakan.

1. Pangkor Laut Resort (Pulau Pangkor, Perak)

  • Keistimewaan: Terletak di pulau persendirian yang dikelilingi hutan hujan tropika purba dan perairan tenang Selat Melaka.

  • Pemandangan: Menawarkan Sea Villa dengan pemandangan lautan membiru yang eksklusif dan tenang. Cumanya, salah satu syarat di sini yang mana kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menginap di Sea Villa dan Spa Villa kerana privacy penginap.

  • Anggaran Harga: RM 1,100 – RM 2,500+ semalam

  • Bilik jenis Garden/Hill Villa bermula sekitar RM 1,100+, manakala Sea Villa yang popular biasanya bermula dari RM 1,800+ ke atas bergantung pada musim.

2. Batu Batu Resort (Pulau Tengah, Johor)

  • Keistimewaan: Terletak di pulau persendirian yang tidak berpenghuni di kawasan Taman Negara Johor Pulau Tinggi, Mersing.

  • Pemandangan: Dikelilingi 8 pantai pasir putih yang bersih serta air laut yang jernih berwarna biru pirus (turquoise). Chalet bergaya kayu tradisional dibina mengikut bentuk pulau, memberikan pemandangan laut yang lapang dan mendamaikan.

  • Anggaran Harga: RM 1,400 – RM 2,800+ semalam (kadar bilik sahaja)

  • Resort ini mewajibkan Pakej Makan 3 Kali Sehari berharga sekitar RM 350+ seorang/hari untuk dewasa. Jadi, jumlah keseluruhan untuk 2 orang selalunya bermula sekitar RM 2,100+ semalam.

3. The Datai Langkawi (Langkawi, Kedah)

  • Keistimewaan: Terletak di Teluk Datai yang terpencil ditambah pula dengan keindahan hutan hujan tropika berusia jutaan tahun bersama pemandangan Laut Andaman.

  • Pemandangan: Panorama kawasan tertutup dengan pantai pasir putih halus dan pemandangan lautan biru yang tenang, jauh dari hiruk pikuk bandar.

  • Anggaran Harga: RM 2,200 – RM 4,500+ semalam

  • Merupakan antara resort paling mewah di Malaysia. Bilik kategori asas (Canopy Deluxe) biasanya bermula dari RM 2,200+, manakala Rainforest Villa atau Beach Villa boleh mencecah RM 4,000 – RM 8,000+ semalam.

4. The Taaras Beach & Spa Resort (Pulau Redang, Terengganu)

  • Keistimewaan: Terletak di pulau persendirian di Pulau Redang yang terkenal dengan air lautnya yang sangat jernih.

  • Pemandangan: Pemandangan laut terumbu karang yang berwarna-warni dari kawasan tebing bukit atau terus dari tepi pantai. Pengalaman berenang bersama penyu di laut cetek betul-betul di hadapan pantai resort. Paling istimewa, bot-bot pelancong tidak dibenarkan untuk berkumpul di hadapan resort ini sesuka hati bagi menjaga privacy.

  • Anggaran Harga: RM 1,000 – RM 2,200+ semalam

  • Kadar bilik asas (Cliff Chalet atau Garden Suite) bermula sekitar RM 1,000 – RM 1,300+ pada luar musim. Waktu puncak (musim monsun tamat/cuti sekolah) boleh meningkat melebihi RM 2,000+ semalam.

5. Japamala Resort by Samadhi (Pulau Tioman, Pahang)

  • Keistimewaan: Resort mewah bergaya rustic-chic yang dibina menyatu dengan alam semula jadi hutan dan lautan.

  • Pemandangan: Chalet dan vila yang dibina di atas pokok atau di tepi tebing batu menawarkan pemandangan terus ke Laut China Selatan yang biru dan menenangkan. Resort ini hanya menerima tetamu berumur 12 tahun ke atas sahaja, menjadikannya destinasi pilihan utama untuk pasangan berbulan madu atau percutian romantis.

  • Anggaran Harga: RM 1,200 – RM 2,500+ semalam

  • Menawarkan konsep Boutique Eco-Luxury. Chalet seperti Treetop Chalet atau Seaview Chalet bermula sekitar RM 1,200–RM 1,600+, manakala chalet di tebing atau dengan kolam persendirian boleh mencecah RM 2,500+ semalam.

Kesimpulan

Sudah tahu ke mana arah tuju percutian anda selepas ini? Anda berhak mendapatkan rehat dan layanan terbaik selepas bekerja keras. Sama ada mahukan me-time atau pun saat berharga bersama insan tersayang, senarai resort ini semestinya dapat membantu anda untuk membuat pilihan tepat. Selamat bercuti!

Batu Batu Resort (Pulau Tengahbest resort in Malaysiadestinasi menarikislandJapamala Resort by Samadhi (Pulau TiomanjohorKedah)malaysiapahangPangkor Laut Resort (Pulau PangkorPerak)resort tepi laut di MalaysiaSolehah TravelterengganuThe Datai Langkawi (LangkawiThe Taaras Beach & Spa Resort (Pulau Redang

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Direct Flight Antarabangsa Dari Penang, Senai & Kota Bharu

Tahukah anda bahawa anda tidak lagi perlu menempuh perjalanan jauh atau bersesak di KLIA semata-mata untuk terbang ke luar ...

Panduan Elak Scam Pakej Percutian

Perancangan sebuah percutian impian sama ada bersama keluarga tercinta, rakan-rakan mahupun secara bersendirian sewajarnya ...

Nak ke Zhangjiajie? Ini Perkara Wajib Tahu!

Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan, China sememangnya terkenal dengan lanskap tiang batu pasir gergasi yang menjadi ...

Peraturan Baharu Mendaki di Malaysia 2026

Malaysia sememangnya syurga bagi pencinta alam semula jadi. Daripada kemegahan puncak Gunung Kinabalu di Sabah yang tinggi ...

Diskaun Taman Tema & Pakej Merdeka 2026 | Beli 1 Percuma 1

Cuti panjang Hari Kebangsaan sudah tiba! Inilah masanya untuk cipta kenangan indah bersama keluarga tersayang sambil ...

Tragedi Nepal-Tibet: Kepentingan e-Konsular Buat Pengembara

Bencana alam secara mengejut sekali lagi mengingatkan kita betapa tidak menentunya keadaan apabila berada di luar negara. ...