1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

5 tips wajib tahu sebelum travel ke negara sejuk untuk ‘first timer’

Orang Malaysia yang jarang mengembara ke luar negara, biasanya pergi ke Genting Highland mahu pun Cameron Highland untuk rasa suasana sejuk. Tambahan pula kalau musim hujan, nak mandi pun malas sebab air sejuk beku.

Tapi, kalau tetiba kawan ajak ke negara sejuk, nak tolak atau tidak? Bukan selalu dapat tengok negara orang. Bagi anda yang tak biasa, kena buat kajian sikit pasal tempat yang anda nak pergi tu.

Berapa suhu harian, nak makan di mana, apa aktiviti yang ada. Paling mudah dan jimat bajet, cari homestay yang sediakan dapur untuk masak. Jadi, apa tip terbaik untuk anda yang nak melancong sewaktu musim sejuk?

Trip Solehah Travel ke Shandong, China ketika musim salji
  1. Lapisan pakaian yang betul

Gunakan sistem 3 lapisan – base layer (thermal wear), middle layer (fleece/sweater) dan outer layer (jaket tahan air/angin). Ini lebih efektif daripada satu jaket tebal sahaja. Baju berlapis-lapis ni membolehkan anda adjust mengikut suhu.

  1. Jaga bahagian badan yang mudah sejuk

Kepala, tangan dan kaki kehilangan haba paling cepat. Bawa beanie atau topi, sarung tangan (yang boleh guna touchscreen) dan stoking tebal. Boots yang waterproof dan ada grip yang baik sangat penting untuk jalan di atas salji mahu pun ais.

  1. Pelembap wajah & lip balm adalah wajib

Udara sejuk yang sangat kering akan menyebabkan kulit kering dan mudah merekah. Gunakan moisturizer setiap hari dan sentiasa bawa lip balm. Losyen pun boleh digunakan juga bagi memastikan kulit sentiasa lembap.

  1. Charger bateri & powerbank

Bateri telefon bimbit dan kamera cepat habis dalam cuaca sejuk. Bawa powerbank dan simpan dalam poket dalam yang dekat dengan badan supaya lebih hangat. Mungkin boleh bergilir dengan kawan-kawan ketika mengambil gambar bagi menjimatkan jangka hayat bateri.

  1. Check cuaca & masa siang

Ada negara musim sejuk yang mana waktu siangnya sangat pendek (kadang-kadang hanya 4-6 jam). Rancang aktiviti luar sebaiknya dan check weather forecast setiap hari untuk elak ribut salji atau cuaca ekstrem.

Bonus tip: Cari homestay yang ada aktiviti

Jika anda datang beramai-ramai, cari lah homestay yang sesuai untuk buat aktiviti sendiri. Kadangkala tempat tarikan pengunjung ramai orang atau pun mahal. Ada homestay yang membolehkan anda dan anak-anak bermain di belakang rumah tanpa ada gangguan.

Bonus tip: Bawa ubat-ubatan asas seperti panadol dan ubat selsema kerana perubahan cuaca drastik boleh menyebabkan badan mudah rasa tak sihat!

 

chinajepunkoreamain saljimusim sejuknegara sejuksaljishandongsnowtiptip traveltipsTips Bercuti

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Selatan Thailand sekali lagi dilanda cuaca ekstrem apabila hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu mencetuskan …

Pelabuhan Sanglang Perlis: Alternatif Baharu Ke Langkawi

Bagi penduduk di kawasan utara tanah air dan para pelancong yang sering berkunjung ke Pulau Langkawi, berita pembangunan …

Pakej Vietnam: Panduan & Itinerary Hanoi Sapa Halong Bay

Dah alang-alang berjalan ke luar negara, apa kata 'tapau' terus tiga destinasi dalam masa lima hari sahaja. Terokai …

Syarikat Penerbangan Baharu di KLIA 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksikan momentum pertambahan laluan udara antarabangsa yang amat …

Penang Tersenarai 25 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia 2027

Kejayaan Pulau Pinang tersenarai sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara dalam senarai berprestij National …

Unit Anjing K9 Mula Tugasan di KLIA Bermula 26 Oktober

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala …