1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Berita

Gunung Bromo Dibuka Semula dengan Aturan Baharu Buat Pelancong

Bagi anda yang merancang untuk menikmati keindahan matahari terbit dan pesona lautan pasir di Indonesia, ini berita yang amat dinantikan. Kawasan pelancongan Gunung Bromo secara rasminya telah dibuka semula kepada para pelancong bermula Sabtu, 19 September 2026.

Sebelum ini, Balai Besar Taman Nasional Bromo Tengger Semeru (BB TNBTS) telah menutup seketika kawasan pergunungan ini sejak 10 September lalu berikutan insiden kebakaran hutan dan lahan. Hasil tindakan pantas pihak berkuasa dan pemantauan ketat, keadaan kawasan terjejas kini kembali selamat untuk aktiviti pelancongan.

Keputusan pembukaan ini mengambil kira keselamatan pengunjung, lanjutan sektor pelancongan tempatan, serta sosioekonomi masyarakat setempat yang bergantung kepada kehadiran para pelawat.

Aturan & Syarat Baharu Kunjungan ke Bromo

Bagi memastikan keindahan alam semula jadi Bromo terus terpelihara dan insiden kebakaran tidak berulang, pihak BB TNBTS menetapkan beberapa aturan ketat yang wajib dipatuhi oleh semua pelawat:

  1. Dilarang Sama Sekali Memicu Api

    • Pelancong dilarang keras membuat unggun apui atau membakar apa jua barangan semasa berada di sana.

    • Dilarang membuang puntung rokok atau sebarang bahan berbahaya yang berpotensi menjadi punca api kebakaran.

  2. Patuhi Arahan Petugas & Kelestarian Kawasan

    • Pelawat diminta sentiasa mematuhi arahan petugas di lapangan, terutamanya jika terdapat sekatan atau zon khas yang dihadkan atas faktor keselamatan kawasan.

    • Dilarang mengganggu aktiviti pemantauan atau operasi pencegahan kebakaran yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

    • Sentiasa jaga kebersihan dengan membawa keluar sampah anda (pack in, pack out).

  3. Utamakan Keselamatan & Kesedaran Cuaca

    • Sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan ikuti perkembangan terkini mengenai keadaan keselamatan di lokasi.

    • Laporkan Segera: Jika anda terjumpa asap, bara, titik api atau keadaan berisiko. Wajar untuk terus melaporkannya kepada petugas yang berada di area berdekatan.

Bagaimana Bagi Yang Sudah Ada Tiket?

Bagi pelancong yang telah pun membeli tiket masuk Bromo bagi tempoh 19 hingga 30 September 2026:

  • Tiket Sah Digunakan: Anda tidak perlu membeli tiket baharu dan boleh menggunakan tiket sedia ada mengikut tarikh yang telah ditentukan.

  • Tiada Reschedule / Refund: Perlu diingat bahawa tiket yang telah dibeli tidak boleh diubah tarikh atau dipulangkan wang.

Rancang Perjalanan Anda Sekarang!

Keindahan panorama Gunung Bromo kembali menyambut anda. Mari kita menjadi pelancong yang bertanggungjawab dengan menikmati keindahan alam semula jadi sambil menjaga kelestariannya.

Selamat bercuti dan nikmati keajaiban Bromo!

bromoGunung BromoIndonesiajerebukebakaran lahanSolehah TravelTips Travel

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Amaran Cuaca Thailand: Elak Melancong Oktober 2026

Para pelancong dan pengembara disarankan untuk tangguh atau memikirkan semula rancangan percutian ke Thailand dalam masa …

Bas EV Hatyai Dijangka Mula Operasi 20 Oktober 2026!

Bagi anda yang kerap merancang percutian singkat atau berminat nak buat solo trip ke Hatyai, Thailand, ada berita baik buat …

RTS Link Johor-Singapura Mula Operasi Februari 2027

Berita baik buat semua rakyat Malaysia! Perkembangan terkini mengenai projek RTS Link (Johor Bahru–Singapura) mengesahkan …

5 Life-Changing Travel Hacks Ramai Tak Tahu

Pernah tak anda rasa macam dah pack barang cukup kemas dan beg berat sampai 20kg! Ada juga yang berulang kali keluar dan …

Tak Semua Aktiviti Ekstrem Dilindungi Takaful

Secara amnya, polisi takaful perjalanan asas hanya merangkumi aktiviti rekreasi biasa atau sukan ringan. Sebarang aktiviti …

Fenomena Embun Beku di Dieng Indonesia

Dataran Tinggi Dieng yang terletak di antara wilayah Banjarnegara dan Wonosobo di Jawa Tengah, Indonesia, merupakan salah …