1A, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan, 42500Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Copyright © 2017 - 2026

Solehah Travel & Tours Sdn Bhd (1313873-W).

All Rights Reserved.

No. Lesen: KPK/LN 9868 / No. Ahli BUMITRA: BM 910.

Blog

Tips Travel

Bawa Makanan Ke Jepun: Elak Produk Berasas Daging & Ayam

Bawa Makanan Ke Jepun: Elak Produk Berasas Daging & Ayam

Jumlah pelancong asing yang berkunjung ke Jepun meningkat 0.4 peratus pada Oktober 2026 berbanding tempoh sama tahun lepas kepada kira-kira 3.91 juta orang, sekali gus mencatat rekod bulanan baharu, menurut anggaran kerajaan yang dikeluarkan pada Rabu, lapor Kyodo News. Lonjakan berterusan ini mengukuhkan kedudukan Jepun sebagai antara destinasi paling didambakan di dunia, termasuk dalam kalangan pelancong dari Malaysia.

Namun, di sebalik keterujaan merancang percutian ke Jepun, terdapat satu aspek pematuhan yang sering dipandang ringan oleh sebahagian pelancong, iaitu peraturan ketat berkaitan kemasukan produk makanan berasaskan daging dan ayam. Kebelakangan ini, tular kisah pelancong Malaysia yang terpaksa akur apabila bekalan makanan Ready-To-Eat (RTE) mereka dirampas di pintu masuk lapangan terbang Jepun. Insiden seperti ini menjadi peringatan penting bahawa perancangan perjalanan yang rapi bukan sekadar tertumpu kepada tiket penerbangan, penginapan dan itinerari, malah turut menuntut kefahaman terhadap undang-undang sempadan negara tujuan.

Mengapa Produk Daging dan Ayam Menjadi Fokus Utama Kuarantin Jepun?

Jepun melaksanakan sistem kawalan kuarantin haiwan (Animal Quarantine Service) yang sangat teliti bagi melindungi sektor penternakan dan keseimbangan biosekuriti negara daripada ancaman penyakit haiwan berjangkit seperti Demam Babi Afrika (ASF), Selsema Burung (HPAI) dan Penyakit Kuku dan Mulut (FMD).

Dalam konteks ini, larangan kemasukan produk berasaskan daging serta ayam tidak terhad kepada daging mentah atau sejuk beku semata-mata. Ia turut merangkumi:

  • Produk Ready-To-Eat (RTE) dalam pek retort seperti rendang, kari ayam, sambal daging atau hidangan berlauk daging.

  • Produk daging yang dimasak, dikeringkan (seperti serunding atau dendeng) mahupun di dalam tin.

  • Perencah, kiub pati atau pes masakan yang mengandungi ekstrak daging atau ayam sebenar.

Walaupun sesuatu produk dibungkus secara komersial atau memiliki pensijilan Halal, ia tetap tertakluk kepada syarat kuarantin. Tanpa Sijil Kesihatan Pemeriksaan (Inspection Certificate) rasmi daripada pihak berkuasa veterinar negara asal yang memenuhi keperluan import Jepun, barangan tersebut berisiko tinggi untuk dirampas serta-merta semasa pemeriksaan.

Membawa masuk produk daging tanpa sijil yang sah atau gagal mengisytiharkannya boleh mengakibatkan makanan dirampas malah berisiko untuk dikenakan denda sehingga 3 juta Yen atau hukuman penjara sehingga 3 tahun.

Panduan Praktikal Untuk Pelancong Malaysia

Agar pengalaman perjalanan ke Jepun kekal lancar, selesa dan bebas daripada gangguan di lapangan terbang, pelancong boleh mengamalkan beberapa langkah berjaga-jaga berikut:

  1. Utamakan Alternatif Yang Lebih Selamat: Pertimbangkan pilihan makanan segera atau pek RTE yang berasaskan makanan laut (seperti ikan bilis, ikan atau udang) atau berasaskan tumbuhan dan sayuran, sambil memastikan tiada campuran ekstrak daging atau ayam yang dilarang.

  2. Semak Label dan Senarai Ramuan: Pilih produk berbungkus kilang dengan senarai ramuan yang jelas dan mudah dibaca bagi memudahkan proses pengesahan jika bagasi diperiksa. Anda juga digalakkan untuk mencetak senarai label setiap makanan yang dibawa untuk memudahkan urusan di imigresen.

  3. Seimbangkan Bekalan dan Pilihan Setempat: Gunakan bekalan yang dibenarkan sebagai sambil memanfaatkan pilihan makanan segar, kedai serbaneka atau premis Halal yang bersesuaian sepanjang berada di Jepun.

  4. Rujuk Maklumat Rasmi Terkini: Pastikan semakan peraturan kastam dan kuarantin dibuat sebelum berlepas memandangkan dasar kawalan sempadan boleh dikemas kini mengikut perkembangan semasa.

Animal Quarantine Serviceayamdagingimigresenjepunperaturan bawa makanan ke Jepunready to eatRTE

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala kandungan adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi.

Buat Komen

Email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel

Thailand selama ini menjadi antara destinasi percutian kegemaran rakyat Malaysia. Faktor jarak yang dekat, kos perjalanan …

Pesawat Penumpang Elektrik China CE-25A: Masa Depan Travel

Industri pelancongan dan penerbangan global kini berada di ambang transformasi besar. Sebelum ini, pesawat Heart Aerospace …

AirBorneo: Terbang Terus Kuching ke Jakarta Kini Bermula RM399

Pelancaran laluan penerbangan terus antara Kuching dan Jakarta oleh syarikat penerbangan milik Kerajaan Sarawak, AirBorneo, …

7 Tempat Menarik di India untuk Pelancong Malaysia Teroka

India bukan sebuah negara yang boleh dinilai berdasarkan satu gambaran sahaja. Memang tidak dinafikan terdapat isu …

Tips Memilih Travel Agency: Jangan Bandingkan Harga Semata-mata

Merancang percutian pastinya menjadi sesuatu yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi apabila berpeluang meneroka destinasi …

Pelancong Malaysia yang berhasrat membawa kenderaan bukan milik sendiri memasuki Thailand kini perlu lebih berwaspada dan …